Rakan Blogger

Monday, July 11, 2011

Jalan - Jalan Ke Lereng Bukit Sakong

Tepat pada pukul 2 petang, kami sekeluarga tiba di Kampung Bukit Sakong, Semporna. Kira kampung halaman saya. Dulu selalu balik Lahad Datu dan memandangkan ibu bapa saya berpindah ke Semporna atas wasiat nenek kami. So, saya baliklah selalu ke sana.

Setelah berehat selama 2 jam, adik - adik saya mengajak kami mendaki ke bukit. Saya pun tidak tahu berapa ketinggian bukit tersebut. Namun saya pasti, boleh nampak Pulau Bait, Pulau Larapan dan Pulau Bohey Dulang. Kira tinggi juga kan. So, perjalanan kami bermula dengan melintas jalan raya kampung. Kemudian melalui ladang kelapa sawit milik pak cik kami. 


Lebih kurang 15 minit kami bergerak, kami telah sampai ke kebun mak cik kami iaitu di lereng bukit. Di kawasan tersebut ada anak sungai. Airnya tidak dalam, setinggi  paras betis sahaja. Orang dewasa, confrim tidak boleh mandi...kalau kanak - kanak, mungkin bolehlah.


Gambar dibawah ini merupakan keadaan anak sungai tersebut. Mereka yang di dalam gambar merupakan adik - adik saya kecuali perempuan berbaju biru tua tu...dia tu isteri sayalah. 


Lebih kurang 10 minit kami berada di situ, kami meneruskan pendakian kami. Dalam perjalanan, kami menemui pondok usang. Masih lagi kukuh walaupun dah bertahun tidak dikunjungi.


Kami teruskan lagi mendaki ke atas bukit. Sehinggalah kami menemui jeram air a.k.a anak sungai bukit. Sejuk airnya. Biasalah air bukit. Apa lagi, anak - anakku mahu mandi. Saya biarkan mereka dengan mak cik - mak cik mereka. Adik - adik saya suka melayan karenah anak - anak buah mereka.


Kami ingin berehat sekejap di jeram air tersebut. Rehat punya rehat, kami semua sebenarnya tidak larat nak mendaki lagi ke atas bukit tersebut. Selain itu, dah nak malam. So, lekas - lekas kami turun bukit. Takut ada apa - apa yang tidak bagus. Namun, inilah kali pertama saya sampai ke situ. Harap - harap dapat naik ke atas bukit. Boleh lihat keadaan sekeliling...

2 comments:

PROFESSIONAL CHEFF said...

Seronoknya beriadah dalam kebun. Saya sangat tertarik dengan pokok kelapa sawit tu...Setahu saya kat Langkawi memang tak ada kebun kelapa sawit. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat cikgu sekeluarga.

Kancil 8349 said...

Hafidz : Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk kamu juga...kebun kelapa sawit nie terletak di daerah semporna

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...