Rakan Blogger

Sunday, March 6, 2011

Bila Cinta Ditolak

Kesian kat member - member yang putus cinta baru - baru nie. Menjadi tak terurus hidup mereka disebabkan si dia. Bukan apa, hati dan perasaan tu still sayang lagi kat dia. Walaupun dah tahu cinta tu ditolak habis - habisan oleh si dia. Saya pun pernah putus cinta dan mungkin kamu juga pernah mengalaminya. 

Masa tu, anggap dunia nie gelap dan tidak nampak lagi cahaya. Dah tersepit oleh perasaan sedih, kecewa, marah, geram, menyampah dan sebagainya. Bercampur baur menjadilah ABC campur dalam hati kita nie. Tulah bila ada orang cakap payah betul mahu dengar. Hati kita mempengaruhinya. Hati kita yang memainkan peranannya.

Tapi bila akal dah mengambil alih. Barulah nampak tu cahaya. Barulah nampak masa depan. Barulah nampak insan - insan yang sememangnya ditakdirkan menjadi jodoh kita. Ingatlah bahawa kita ada hak untuk bergembira dengan orang lain. Jika dia ingin bahagia dengan orang lain, biarlah dia dengan hidup dia. Kita pula bina hidup baru dengan orang lain.

Dia tidak akan ambil tahu pun kalau kita nie kecewa ke, sedih ke dan sebagainya. Sebab dia dah bahagia dengan orang lain. So mengapa perlu bersedih dengan kebahagiaan orang lain. Kita nie mestilah bahagia dengan orang lain pulak. Hehehehe....wahai member - member ku di luar sana, ramailah lagi insan kat dunia nie. Lainlah kalau kita nie Nabi Adam dan Hawa. Dua manusia je di dunia. So, carilah dan berusahalah mencari pasangan yang sememangnya jodoh kita.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...