Rakan Blogger

Tuesday, February 22, 2011

Kenangan Bersama Warga Kolej Yayasan Sabah

Hampir dua tahun saya meninggalkan tempat kerja lama saya iaitu Kolej Yayasan Sabah. Tempat dimana saya kenal erti kerjasama, persahabatan, politik kerja dan sebagainya. Lima tahun saya berada di sana, tempoh yang agak lama saya menimba pengalaman. Dalam tempoh tersebut, ramai graduan di KYS telah pun berjaya dengan kerjaya mereka masing - masing. Lima tahun itu juga pelbagai dugaan dan cabaran yang saya tempuhi. Namun, saya tetap berfikir. Apa yang berlaku pada hari ini akan memberi natijah positif ataupun negatif.

Saya tidak lupa jasa semua orang di sana kerana mereka sering membantu dan menolong saya walau apa keadaan sekali pun. Secara langsung mahupun tidak langsung. Lima tahun tersebut telah membentuk diri saya pada hari ini. TERIMA KASIH!

Ini adalah beberapa gambar kenangan saya semasa saya berada di Kolej Yayasan Sabah dulu.
 Bersama Kakitangan Perpustakan Penyelidikan Borneo Yayasan Sabah

Gambar ini diambil semasa Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur. Saya ndak ingat tahun berapa saya ke sana dan ini merupakan kali pertama  dan terakhir saya mengunjungi PWTC di Kuala Lumpur. Masa ini saya menginap di Hotel Legend. Seorang je lagi tu.
 
Gambar Kenangan Di Pejabat Lama

Gambar ini diambil selepas saya kembali bertugas setelah menjalankan tugas luar iaitu ke Pesta Buku Antarabangsa. Member dalam gambar tu bernama Melvin Basintal. Seorang kakitangan KYS dan menjawat jawatan Juruteknik Komputer. Kebetulan dia berada di sana, saya minta dia checkkan komputer saya.

Berkelah Di Karambunai

Lelaki yang berbaju hijau merupakan warden asrama lelaki. Ketika itu, mereka menganjurkan perkelahan di pantai Karambunai. Kebetulan saya masa tu free so saya join sekaki. Bantu mana yang boleh. Manakala lelaki yang berdiri di tengah merupakan ketua pelajar di asrama. 

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang ingin saya kongsikan tetapi cukup ini je lah. Kenangan bersama mereka tidak akan saya lupakan sampai bila - bila walaupun saya bukan lagi warga KYS. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...