Assalamualaikum dan Salam Perpaduan.
Acapkali musim perayaan, maka rakan tauladan dan sanak saudara akan berkumpul untuk bertanya khabar. Bertanya berita. Bercerita mengenai pengalaman dan kenangan antara mereka yang sudah bertahun lamanya ditinggalkan.
Namun, pertanyaan yang bertujuan memulakan cerita kadang kala membawa maksud yang tersirat. Maksud penyampai, lain dan maksud yang disampai berlainan. Bak kata orang - orang tua, rambut sama hitam hati lain - lain. Oleh itu, berhati - hatilah bertanya khabar agar tiada siapa yang terluka bila berjumpa.
Harus ingat, setiap kita membuat peranan masing - masing di atas muka bumi. Tidak kiranya besar atau pun kecil. Namun janganlah kerana kerjaya yang kita perolehi lebih baik daripada orang lain, kita bersikap sombong sehingga sanggup menghina dan mengejek kerjaya orang lain.
Tolonglah ingat, jika mereka tidak bekerja dari mana mereka perolehi duit. Takkan korang mahu support dia. Sedangkan kamu pun benci untuk menyalur kewangan kepada orang lain yang sihat walafiat. (kecuali ia mendapat musibah) Ingatlah, mereka bekerja bukan minta duit kamu dan bukan juga mengampu untuk mendapatkan duit kamu. Dan mengapa perlu dihina mereka ini?
Kita jarang berfikir jika kita berada di kasut mereka. Berada di situasi mereka. Malah kita juga jarang bersyukur kerana kita mengalami kehidupan yang lebih baik daripada orang lain. Sedangkan orang lain berusaha lebih untuk mengejar satu kehidupan. Dan mengapa perlu menghina?
No comments:
Post a Comment