Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Tawau juga mempunyai hutan tertua di dunia seperti Maliau Basin yang diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Selain itu, hutan simpan Bukit Gemuk yang cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Manakala Taman Negara Bukit Tawau atau dikenali sebagai TABLE merupakan tempat kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan. Di TABLE ini ada pokok yang tertinggi di dunia, setinggi 15 tingkat bangunan. Kancil belum pernah ke sana lagi namun pernah tengok gambarnya. Memang tinggi.
Selain itu, ada tempat menarik seperti Tawau Cocoa Village, Shan Shui Golf (tempat kolam renang), Balung River Eco Park, Kolam Air Panas Semulajadi di Taman Hot Spring (masih dalam proses pengubahsuaian) dan Ranggu Holiday Valley di Batu 10. Kalau nak ke pantai pergi ke Batu Payong. Tapi bahaya kalau mandi ke sana. Kalau mahu berkelah tu bolehlah tapi mandi kena berfikir dua kali. Di Tawau nie juga terdapat sebuah Masjid yang terbesar di negeri Sabah yang mana pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2006. Bagi yang suka membeli makanan laut yang murah, pastinya akan mengunjungi Pasar Tanjung. Pasar ini adalah bangunan 3 tingkat yang dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan tingkat 4. Ruang atas adalah sangat menarik kerana dihiasi panorama keindahan laut dan kawasan bandar Tawau.