Rakan Blogger

Friday, February 4, 2011

Suasana Pagi Di Kampung Bukit Sakong

Hari nie merupakan hari terakhir saya berada di daerah Semporna. Saya kena balik ke Tawau. Ada benda penting mahu diselesaikan. So pepagi tadi sempat gak saya meronda - ronda kawasan kampung. Kawasan rumah bapa saya je.
 Sentiasa mendung

 Tapak permainan

 Rumah Bapa

 Gelanggang Badminton

 Pondok Menunggu Bas

 Jalan Raya Kampung Menuju Ke Kampung Sungai Buaya

 Perigi : Tempat kami bermandi selalu

 Banyak Air : Sumber Air Utama
Tidak Jauh Dari Jalan Raya

Menurut kata orang tua, Sakong tu bermaksud perigi dalam bahasa bajau. Di kampung nie terlalu banyak perigi...Setiap rumah mesti ada perigi. Selain Kampung Bukit Sakong, terdapat dua buah kampung lagi iaitu Kampung Sakong Besar dan Kampung Sakong Kecil......

Thursday, February 3, 2011

Jemputan Kahwin Di Kampung Bukit Sakong

Cuti CNY tahun nie penuh dengan program. Antaranya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan keluarga di Kampung Bukit Sakong. Ada kad jemputan yang saya terima. Nampaknya berhimpun lagi semua sepupu sebelah bapa saya. Sepupu yang banyak kali..hahaha...status pun kurang pasti...

Saya tidak sempat naik ke rumah untuk melihat pengantin sebab kesuntukkan masa. Lagipun pengantin lelaki belum sampai. 

Kad Jemputan

 Kereta dah memenuhi  bahu jalan

 Kain Berwarna Merah menandakan rumah pengantin

 Para tetamu menjamu makanan

 Cantiknya para wanita 

Dua orang gadis ini merupakan sepupu saya...

Harapan kami sekeluarga moga pasangan pengantin berbahagia sepanjang hayat mereka...AMIN!!

Jalan - Jalan Di Pekan Semporna

Pekan Semporna merupakan pekan yang penuh dengan simbolik dari segi adat kaum Bajau Laut. Dahulunya Semporna di kenali sebagai Tong Talun. Sejarah juga telah membuktikan bahawa kawasan Semporna merupakan pusat perdagangan antarabangsa yang terkemuka dan ini terbukti dengan penemuan Jangkar setinggi 3 meter dan lebar 1 meter. Kalau saya tidak silap ia telah disimpan oleh Pihak Muzium Negeri.

Bermula dari sebuah perkampungan kecil hinggalah ia membesar sebagai pekan besar yang menempatkan pelbagai bangsa. So, saya sempat mengambil beberapa gambar pada waktu pagi di Pekan Semporna

 Papan Tanda Menuju Ke Kampung Saya

 Ada Majlis bersama pemimpin di Kampung Seraya

 Tersergam Tinggi Bangunan USIA 

 Tambak menuju ke Ploating
 Pemandangan Laut

 Suasana Pagi di Pulau Bum - Bum

 Hotel Seafesh

 Ikan Layar : Lambang Kemegahan Pekan Semporna

 Kawasan Pekan Semporna

 Masjid Tertua Di Semporna (Kampung Air)

 Pasar Ikan Pekan Semporna

Pintu Gerbang Masuk Pekan Semporna

Kenduri Arwah

Genaplah 6 tahun pemergian arwah adik saya ke rahmahtullah. Dalam tempoh tersebut banyak benda yang telah berlaku dan saya hanya mampu melihat tanpa bersuara. Teringat lagi bila berita pemergiannya disampaikan kepada saya. Masa itu saya baru pindah ke rumah sewa baru. Ketika itu juga saya kerja di Kolej Yayasan Sabah.

Tersentak juga saya mendengarnya. Tetapi saya tabahkan hati saya kerana yang hidup pasti pergi. Ramai beranggapan saya tidak sayangkan adik saya. Padahal saya hidup bersama dengannya selama  20 tahun. Pada luaran mereka beranggapan begitu tetapi dalam hati saya siapa yang tahu. Buat apa saya nak kongsi itu semua, saya kena terima takdir ilahi.

Sempena cuti Tahun Baru Cina, saya balik kampung bersama keluarga saya. Lari dari  kesibukan bandar dan bunyi letupan bunga api. Kami sekeluarga membuat kenduri bagi memperingati pemergiannya. Tepat pada pukul 4.45 petang, majlis pun berjalan.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis tersebut diadakan...
 Juadah yang dihidangkan

 Sepupu - sepupu bersama rakan - rakan mereka

 Imam membacakan doa...

Wednesday, February 2, 2011

Balik Kampung

Dah banyak kali saya balik kampung dan ini merupakan kali pertama saya post mengenai perjalanan saya balik kampung. Ndak banyak yang mahu diceritakan sebab ramai menganggap perjalanan balik kampung biasa je. Namun, saya ingin berkongsi pengalaman dengan rakan - rakan yang lain.

Kampung halaman saya terletak di Kampung Bukit Sakong, Daerah Semporna. Lebih kurang 109 km dari bandar Tawau. Saya mengambil masa lebih 1 jam 40 minit dan paling lewat 2 jam perjalanan. Walaupun ramai yang suka mencabar dan mengutuk macam kura - kura, saya buat tidak kisah sebab saya utamakan keselamatan. Saya ada keluarga yang mahu ditanggung. Lainlah kalau mereka, bercakap lebih je. Tapi tidak kisahlah yang penting mereka faham satu masa nanti.

Kami memulakan perjalanan dari Tawau tepat pada pukul 8.30 pagi dan sampai pada pukul 10.30 pagi. Dalam perjalanan, ada road block dekat airport Tawau. Banyaklah kereta kena saman sebab kesalahan lalu lintas. Mungkin sebab mereka kena saman tidak ada lesen kot. Hahaha...

Nie ada beberapa gambar yang sempat saya ambil dalam perjalanan tersebut bermula dari Tawau hinggalah Kancil8349 parking di bawah rumah arwah nenek saya a.k.a rumah pak cik Ayub...
Bermula perjalanan dari Tawau
 Sesaknya perjalanan dari Tawau ke Batu 32

 Tahap kelajuan yang mampu saya bawa (Malas nak bawa laju : Utamakan Keselamatan)

 Berehatlah si KANCIL8349


Latihan Menguruskan Badan : Badminton

Berat badan saya dah mencecah 79 KG. Doktor yang pernah check kesihatan saya menasihatkan agar mengurangkan berat badan. Kalau tidak, penyakit lama datang kembali menganggu. Aduh! Saya benci kalau dia kembali. Dahlah SKBPT tu kawasan yang panas. Bertambah suka pula si penyakit tu. Atas cadangan Isteri tersayang, sahabat dan rakan maka bermulalah sesi latihan menguruskan badan. Bermain Badminton.

Actually, saya bermain badminton dengan rakan - rakan yang baru saya kenali sejak saya bertugas di Tawau. Best juga bermain dengan mereka. Mesti ada gelaknya dan mesti ada yang diketawakan. Ndak seriuslah kalau main. Kalau dulu, mati je kena teriak. Orang teriak tu kalau hebat ndak apa nie lebih teruk orang yang kena teriak...(Ndak sedar diri bah orang tu)

Ini adalah beberapa gambar yang sempat saya ambil dalam latihan tersebut...
 Penuh tu gelanggan

 Aksi penentuan antara dua pasukan

 Pengadil Utama : Cikgu Gen2Merah
 Sempat tergelak melihat aksi lawan

Memulakan bola...

Tuesday, February 1, 2011

Program SEMAI SKBPT

Rasanya banyak sekolah menekankan pembacaan dalam kelas dan sememangnya amalan membaca nie juga kurang diamalkan oleh murid - murid kita. Disebabkan itu, satu program telah dan sedang dijalankan bagi mencapai objektif supaya murid - murid kita ini minat dan suka membaca walau di mana mereka berada.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil dalam pelaksanaan program tersebut :
 Murid - murid tahun 6 sedang menunggu rakan - rakan lain

Kelihatan murid - murid sedang menuju ke stesen masing - masing

Tekunnya mereka membaca buku yang mereka bawa dari rumah
(Murid tahun 1 dan 2)

 Walaupun masih murid tahun 1, mereka dapat membaca dengan baik

 Murid - murid Tahun 5
 Berkumpul di Pondok UMS 

 Tekun membaca buku : Murid Tahun 4

 Tidak kisah di mana mereka membaca

 Tidak jatuh ke? Kalau mereka selesa dengan keadaan itu kita biarkan
 Mana kawan? 

 Tepi longkang pun jadilah : Murid tahun 3

Ndak panas ke sayang?
Ndak cikgu! seronok membaca luar kelas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...