Rakan Blogger

Monday, January 16, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Kedua Bulan Januari 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil.

Dah lama Kancil ndak buat entri macam nie. Mungkin keadaan line internet tidak berapa baik. Jadi banyak entri yang tertangguh. Apapun, Kancil menghargai mereka yang sudi singgah ke blog Kancil. Jom lihat siapa mereka.








Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, January 14, 2012

Doodle Untuk Kancil 8349

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hehehe...Kancil rasa terharu dan teruja melihat hasil tangan daripada seorang rakan blogger yang cute dan menawan. Terima kasih kerana menghasilkan doodle untuk Kancil. Bagi Kancil ia cukup cantik dan menyamai identiti Kancil sebenarnya. Walaupun Kancil tahu, dia tidak mengenali Kancil sepenuhnya tetapi dia dapat menggambarkan keadaan Kancil sendiri.

Siapa dia? Dia merupakan rakan blogger yang sentiasa mengunjungi blog Kancil. Berasal dari negeri Kenyalang. Seorang gadis yang cute a.k.a comel dengan memiliki lesung pipi. Sudah berpunya (mustahil orang macam dia belum berpunya). Dia ialah Cik LyndaWawa.

Nak tengok doodle yang dihasilkan oleh beliau. Jom tengok di bawah nie ;


Cantik kan? Comel...hehehe..komen - komenlah sikit eya.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, January 13, 2012

Bertemu Dengan Pembaca Setia Blog Kancil 8349

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minggu lalu, Kancil menerima email daripada seorang kenalan perempuan yang menjadi pembaca setia kepada blog Kancil 8349. Beliau berhasrat untuk menemui Kancil di sekolah tempat Kancil mengajar. Selain itu, ingin datang ke sekolah lama beliau. So, kami telah mengatur masa yang sesuai. Pada pagi tadi, kami bertemu di sekolah.

Kami kenal hanya melalui FB Kancil. Beliau berminat untuk melihat sekolah lama beliau. Sebenarnya, beliau merupakan bekas murid di sekolah ini. Sekarang beliau sedang melanjutkan pelajaran di England dalam bidang biologi. Akhir tahun ini beliau akan tamat dan akan berkerja dengan USM sebagai tenaga pengajaar di sana.

Semasa beliau berada di sini, Kancil membawa beliau menemui guru - guru lama beliau. Selepas itu, Kancil menjadi pemandu pelancong kepada beliau dengan membawa beliau jalan - jalan sekitar sekolah. Di sini, beliau mengambil beberapa keping gambar dan sempat bercerita mengenai kenangan beliau di sekolah ini. Terhibur dan dapat membayangkan situasi beliau.

Isnin ini,  beliau akan kembali ke England. Mungkin ini pertama dan terakhir Kancil jumpa beliau. Apapun, persahabatan antara Kancil dengan beliau akan kekal selamanya dan sebagai rakan mendoakan akan kejayaan beliau. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, January 12, 2012

Mengurus Masa Yang Baik

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Ramai yang mengatakan mereka tidak cukup masa untuk buat ini atau buat itu. Ramai juga yang mengatakan masa terlalu singkat untuk melakukan kerja yang diberikan. Malah ada juga kata, masa terlalu cepat bergerak. Mengapa?

Pemikiran kita yang membuat kita seperti itu. Kita yang anggap macam tu. Kalau kita tidak menganggap macam tu. Macam mana? Mungkin kita dapat mengurus masa kita dengan baik. Dengan mencatat setiap pagi perkara yang patut kita lakukan pada hari ini. Jangan terlalu berfikir atau panik dalam merancang sesuatu perkara.

Masa dapat diurus jika kita mengatur dengan berkesan. Mengatur masa yang sepatutnya. Mengutamakan yang utama dan mengurangkan masa yang kurang patut kita lakukan. Seperti tidak berfaedah. Jika perkara yang kita lakukan untuk ketenangan diri dan baik untuk diri ndak salah jika kita habiskan masa untuk itu. Tapi sekali sekala je sebab kita ada perkara lain lagi perlu kita lakukan.

Masa nie tidak boleh diambil balik. Oleh itu kita hargai setiap masa kita walau dimana kita berada dengan bersikap positif dan aktif. Sebab ia akan menjadi sejarah yang akan tersimpan di dalam hati kita mungkin pada orang yang mengenali kita. Percaya bahawa apa yang kita lakukan akan tidak disia - siakan malah kita akan merasa masa lambat bergerak.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 22

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil ada buat satu entri mengenai Wordless. Dah nama wordless, so kita letak gambar je. Kancil terima banyak komen mengenai gambar tersebut. Ramai rakan  tertanya - tanya gambar apa yang Kancil tunjukkan. Sebab mereka kurang pasti. Jom kita lihat di bawah nie ;

Tapak Tangan Murid

Gambar nie Kancil ambil semasa Kancil menyertai LASABELA tahun lalu di Kota Kinabalu. Ia bertempat di Muzium Negeri Sabah. Kawasan muzium penyiaran. Ramai anak murid Kancil berkumpul di hadapan benda nie. Mereka terasa teruja. Kancil pun teruja juga. So Kancil meminta seorang murid meletakkan tangannya lalu Kancil mengambil gambar tersebut.

Sebenarnya, ia adalah paku kecil yang disusun rapat - rapat. Memang cantik kan? Apapun, kalau nak taw selanjutnya, kunjungilah muzium negeri Sabah. Mungkin tempat lain ada. Hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Tahniah kepada mereka yang berjaya menjawab WW 22 Kancil.

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday # 22

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, January 10, 2012

Suka Mengutuk Orang Lain Tapi Ndak Suka Dikutuk

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil nak berkongsi pendapat mengenai isu yang biasa kita dengar namun tidak ramai berani untuk bersuara. Mungkin bimbang, mungkin juga tidak mahu keruhkan keadaan. Namun inilah realiti yang mana kita terpaksa tanggung walaupun bukan kita inginkan.

Pernah di antara kita jumpa manusia sejenis ini? Tentu pernah kan...mereka nie suka mengaibkan dan menjatuhkan air muka orang lain. Mereka akan puas hati bila mereka nampak mangsa mereka terkulai dan menangis disebabkan angkara mereka. Kalau mangsa tu pandai menjaga diri dan mengawal keadaan mereka lagi sakit hati. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk jatuhkan mangsa mereka.

Tetapi, apabila mereka dikutuk. Mereka melenting dan mengaum sekuat hati mereka. Kalau boleh biar satu dunia mendengar isi hati mereka. Kalau boleh juga biar satu dunia simpati dengan mereka. Tapi, adakah ia adil cara macam nie. Bagi Kancil ia tidak adil.

Kalau Kancil jumpa manusia macam nie, Kancil biarkan dia dengan dunianya. Sebab, nak tolong pun mesti dia akan kata kita nie penyibuk. Lagi satu, dia akan menganggap kita sebagai satu ancaman baru untuk dia. Lainlah kalau dia secara terbuka inginkan perubahan dan ingin tahu kelemahan dia sendiri. Masa tu baru kita cerita. Masa nielah hatinya terbuka luas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...