Rakan Blogger

Saturday, September 22, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah Daerah Tawau 2012 # 2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama Kancil menyepi lagi namun mahu buat macam mana...kesibukan melanda dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan luar sekolah. Tengok bilangan pageview pun dah kurang sebab Kancil lambat update. Tapi ndak mengapa, Kancil yakin setiap entri ada kelebihannya. Kalau bukan hari nie ia meletup tentu hari - hari lain.

Program Hati - Hati masuk hari kedua (19hb 2012), semalaman Kancil berjaga di dewan SK Jambatan Putih. Takut - takut ada benda yang ndak elok. Lebih - lebih lagi murid - murid perempuan. Bukan tiada guru perempuan. Ada cuma, hati memang ndak senang. Akibatnya, Kancil mengantuk pada hari kedua. Namun ia tidak mematahkan semangat Kancil untuk memberi taklimat kepada guru - guru pengiring mengenai slot seterusnya.


Awal pagi, Encik Vea Sarima selaku penceramah dalam slot pertama telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Transisi Ke Sekolah Menengah. Dalam penyampaiannya, beliau menceritakan tentang kehidupan dan situasi sebenar di sekolah menengah. Kes - kes yang berlaku, banyak melibatkan pelajar - pelajar perempuan. Ini yang amat membimbangkan pihak pejabat pelajaran. Di tambah lagi bilangan pelajar perempuan menurun berbanding bilangan pelajar lelaki di peringkat universiti. Ini kerana, remaja perempuan mudah terjebak dengan kegiatan - kegiatan tidak bermoral. 

Selesai ceramah, Kancil mengambil alih dalam slot LDK. Tajuk slot tersebut ialah Kenali Diri Sendiri. Sebelum LDK bermula, Kancil telah memberi taklimat kepada guru - guru pengiring mengenai LDK tersebut. Beza sangat kalau kita beri taklimat dengan rakan seperjuangan nie. Buat kita berpeluh...hehehe...Selesai taklimat, guru - guru pengiring akan masuk ke kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak ajk, iaitu sebanyak 10 kumpulan.

Sebelah petangnya, satu lagi LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Rosneni. Tajuk LDK tersebut ialah Penghargaan Diri. Di sini, Kancil hanya membantu. Kalau ikutkan ini merupakan slot Kancil tetapi ia berhubung kait dengan tubuh badan wanita dan tidak elok Kancil yang berikan. So, Kancil memilih slot pertama agar tiada berlaku salah faham. Lebih kurang 2 jam, peserta - peserta diberi pendedahan. Kebanyakan peserta teruja untuk mendengarnya.

Pada waktu malamnya, satu lagi LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Nurjannah. Tajuknya Kancil ndak berapa ingat. Sebab masa LDK ini, Kancil kembali ke rumah untuk membersihkan diri. Giliran Kancil balik ke rumah. Biasalah syif. Hehehe...Lebih kurang 10 malam, Kancil kembali ke SK Jambatan Putih...ketika itu, LDK masih lagi berlangsung. Kancil sempat memberi sedikit taklimat kepada murid - murid tahun 6 ini. Selesai LDK, AJK kerja membuat persiapan untuk hari penutup esok.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 20, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah 2012 Daerah Tawau #1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dua minggu lalu, 11 orang guru kaunseling sekolah rendah daerah Tawau yang terpilih telah menghadirkan diri dalam mesyuarat dan taklimat program Hati Ke Hati. Beberapa kali perjumpaan dibuat, akhirnya mendapat keputusan yang menarik. Maka pada hari Selasa, 18 hb 09 2012, program nie bermula dengan menghimpunkan 59 buah sekolah daerah Tawau.

Penyertaan adalah seramai 80 orang murid perempuan dan 57 orang guru pengiring. Hanya dua buah sekolah yang menarik diri daripada menyertai program ini. Program in berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih. 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid perempuan tentang kehormatan diri dan seksualiti (menghargai tubuh badan). Di akhir program ini, berharap para peserta dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai harga diri serta menjaga dan mempertahankan maruah diri dalam kehidupan seharian.

Kancil terlibat sebagai AJK Kerja dalam program tersebut. Malah dilantik sebagai Fasilitator dalam LDK 1 dalam program ini. Dalam program ini terdapat 3 LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Acara ini bermula pada pukul 2 petang dengan slot pendaftaran. Kancil juga terlibat di dalam ajk pendaftaran.

Jom kita lihat beberapa gambar yang sempat Kancil ambil semasa program pada hari pertama :


 Mendengar taklimat daripada Kem Kom dan Murid - murid perempuan selesai solat berjemaah


Menunggu arahan dan aktiviti Ice Breaking


Pengarah program Cikgu Hajah Safiah dan guru - guru AJK Kerja


Beberapa aktiviti yang dibuat dalam aktiviti Ice Breaking


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, September 16, 2012

Kes Letak Kenderaan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Sabtu kemarin, Kancil ndak dapat hadir ke sekolah kerana kawasan kampung Kancil tinggal ditenggelami air banjir. Seawal 2.30 pagi, air mula naik. Mulalah riuh orang kampung menjerit jiran tetangga untuk mengalihkan kenderaan di bawah rumah masing - masing. Kancil dikejutkan oleh mertua perempuan Kancil untuk alihkan kenderaan kerana air mula naik.

Bila turun ke bawah, Kancil sudah melihat sebuah kereta proton menghalang laluan keluar di depan pagar rumah. Nie kes ndak berakal...Macam mana mahu keluar. Namun, Kancil tenangkan perasaan. Jika air naik sampai paras lulut...mahu tidak mahu kereta tersebut akan dipecahkan cerminnya...supaya senang kereta Kancil keluar. Alhamdulillah...air banjir ndak tinggi hanya paras buku lali.

Disebabkan berjaga dari pukul 3 pagi...Kancil tertidur hingga terlupa untuk ke sekolah. Sedar pun sudah pukul 11 pagi. Tu pun badan sudah panas. Tentunya deman akan datang. Namun, Kancil tetap gagahkan diri untuk menyiapkan kerja yang akan dibawa ke minggu depan. Jika tidak dibuat dalam dua hari nie...maka program tersebut akan terganggu. Nie akan menyusahkan pihak lain. Lagi pun anjuran nie bukan peringkat sekolah tetapi peringkat negeri.

Berbalik pasal kereta proton tu...memanglah Kancil geram dan mungkin rakan blogger pun sakit hati. Tu nasib banjir..airnya ndak naik laju...kalau kebakaran, macam mana tu...memang ndak berakal bah pemilik kenderaan tersebut. Mahu je Kancil paparkan no plat dia...Ndak sempat Kancil jumpa pemiliknya sebab terlalu penat menjaga. Nanti ada kes seperti di Tanjung Batu Tawau..di mana kenderaan tersebut rosak dikerjakan orang kampung kerana meletak keretanya di depan pintu pagar orang.

Kalau minta izin mungkin orang kampung ndak marah tetapi main sedap je dia letak kereta. Akibatnya, kereta orang tersebut dipecahkan kesemua cerminnya dan ditolak di parit. Siapa yang rugi...sendiri yang tanggung. Mahu je Kancil buat macam tu...sebagai pengajaran namun kena sabar. Lagi satu pemilik kenderaan tu orang kampung yang sama juga. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 13, 2012

Jumpa Lagi UPSR

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil memohon maaf kerana belum sempat untuk membalas kunjungan rakan blogger. Insya Allah jika selesai program sekolah dan pejabat, Kancil akan mengunjungi blog kalian. Buat masa nie, Kancil mampu membuat entri pendek je. Cerita mengenai pengalaman yang dilalui oleh Kancil sendiri.

3 hari merupakan masa yang singkat namun yang merasai kehangatan UPSR, rasanya macam bertahun lamanya. Bagi murid, merekalah yang terasa sangat sebenarnya. Guru pun terlibat sama...risau keputusan anak didik mereka. Sebelum peperiksaan bermula pada setiap pagi, guru - guru setiap sekolah sempat memberi motivasi dan kata - kata semangat untuk mereka. Malah sempat juga memberi tips untuk menjawab soalan.

Tepat pada pukul 4 petang tadi, selesailah UPSR. Maka terdengarlah jeritan - jeritan anak muda kita...MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Mereka terasa teruja kerana beban yang dipikul sebelum ini sudah tiada. Namun tidak bagi guru...selagi keputusan belum diumumkan selagi itu mereka masih bimbang dan risau. Bagi Kancil pula, ini merupakan tahun pertama Kancil menjadi pengawas UPSR.

Serba sedikit, Kancil dapat sedikit pengalaman dan panduan di dalam dunia pendidikan. Bila kita bergaul dengan guru lain di dalam dearah sendiri...kita akan dapat tahu pandangan dan tanggapan mereka terhadap sekolah kita. Sudut pandangan dari guru sekolah lain. Melalui perbincangan, mungkin kita boleh memperbaiki kesilapan yang tidak disedari oleh kita sendiri.

Tahun depan, Kancil tetap dipilih sebagai pengawas UPSR...so Kancil akan bertemu lagi. Tapi Kancil tidak pasti sekolah dan kawasan mana yang bakal Kancil akan jaga....Jika Merotai lagi, alhamdulillah...sebelah Balung atau Bandar pun masih ok...tapi bila sudah di pulau Sebatik..macam berfikir dua kali...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 12, 2012

Istimewanya Sekolah Luar Bandar

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Bila kita bercerita mengenai sekolah luar bandar, pasti tergambar di benak fikiran kita mengenai struktur bangunan dan kemudahan yang terdapat di dalam sekolah tersebut. Bangunan papan yang tidak kukuh, dinding sekolah yang berlubang, meja dan kerusi yang tidak elok dan sebagainya.

Namun, tidak semua sekolah di luar bandar terlalu daif. Malah ada yang lebih selesa berbanding dengan sekolah bandar. Unsur tekanan langsung tidak terasa di kawasan sekolah ini. Dibantu oleh sekeliling yang nyaman dan menyegarkan. Kalau ndak percaya, sekali sekala datanglah ke sekolah luar bandar. Kancil percaya ada banyak bezanya.

Walaupun dari segi kemudahan kurang namun guru - guru ada yang berusaha untuk menghapuskan kelemahan tersebut. Yang lebih seronok apabila kita mendapat kerjasama daripada ibu bapa di kawasan tersebut. Memang seronok dan memang baik. Makanan...susah nak digambar betapa lazat dan enaknya. Segar dari ladang orang kata. Memang Kancil sukakan suasana tersebut...

Selain itu, murid - muridnya masih lagi ada rasa hormat dan ini amat menyenangkan hati  semua guru. Mereka ringan tulang, mesra dan mengetahui had antara murid dan guru. Kalau di bandar, hmmm...susah nak cakap....bukan tidak diajar dan dinasihati...tapi macam mencurah air ke daun keladi...Mungkin kerana mak bapa mereka orang yang senang dan apa yang mereka inginkan, mereka akan dapat...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

UPSR Dan Program Hati Ke Hati

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minggu nie merupakan minggu Peperiksaan UPSR yang dilakukan secara serentak di seluruh Malaysia. Dan Kancil terlibat dalam mengawasi peperiksaan tersebut di sekolah yang telah Kancil sebutkan di dalam entri sebelum ini.. Malah menjawat sebagai ketua pengawas. Apabila dikatakan ketua pengawas, rasanya kerja paling mencabar dengan tanggungjawab yang berat. Ini merupakan kali pertama menjaga exam dan menjadi pengawas.

Namun, pegang pada prinsip...jika kita tidak belajar mana kita tahu..betul kan? Alhmadulillah, hari pertama berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kelam kabut dan berlaku perkara lucu.  Namun dapat melaksanakan dengan baik atas kerjasama semua pihak teruatamanya rakan - rakan seperjuangan.

Minggu depan, Kancil terlibat dalam program peringkat daerah yang akan berlansung 3 hari 2 malam. Kancil merupakan AJK kerja dalam program tersebut dan sedang menyiapkan bahan - bahan aktiviti untuk program tersebut. (Untuk LDK Kancil je...yang lain diurus oleh guru lain). Program ini melibatkan semua sekolah dan pesertanya ialah murid perempuan tahun 6 sahaja. Kalau tidak silap, seramai 80 peserta perempuan akan terlibat di dalam program tersebut.

Memandangkan Kancil agak sibuk dengan dua acara besar nie, Kancil memohon maaf kepada semua rakan blogger kerana tidak sempat untuk membalas kunjungan anda. Kancil hanya mampu membuat entri untuk buat masa nie...insya Allah sudah selesai program nie, Kancil akan membalas balik kunjungan rakan - rakan blogger.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, September 11, 2012

Jalan - Jalan Ke SK Melati, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari minggu lalu, Kancil bawa keluarga Kancil berjalan - jalan ke kawasan Merotai, Tawau. Tujuan sebenar ingin mengetahui kedudukan sebenar SK Melati. Walaupun ada rakan yang mencadangkan pada hari Isnin, namun Kancil tetap pergi pada hari tersebut. Supaya ndak kelam kabut pada hari Isnin.

Sekolah ini terletak di kawasan Ladang Merotai Disivion Melati, selepas Kampung Haji Matahir menuju ke Merotai Besar. Lebih kurang 22 km dari bandar Tawau kalau nak ke sekolah ini. Jalan rayanya macam biasa, ndak miss kalau tiada lori sebab nama kawasan ladang kelapa sawit. Memang penuh dengan lori - lori minyak.

Sekolah nie, kecil sahaja. Bilangan guru dan murid pun ndak ramai. Bersebelahan sekolah ada Surau dan di hadapan sekolah ada beberapa kedai runcit. Memula tiba di sekolah nie, sedikit teruja kerana pemandangan yang nyaman dan indah. Amat penting sunyi dan tiada bunyi bising walaupun di belakang sekolah ada perumahan pekerja.

Mempunyai dua bangunan sekolah, satu bangunan utama yang menempatkan pusat pentadbiran, pusat sumber, bilik akses, bilik pemulihan khas dan bilik kelas tahun 6. Manakala bangunan lain menempatkan kelas tahun 1 hingga tahun 5. Bilangan murid yang mengambil peperiksaan UPSR hanya 16 orang. Ndak ramai kan...

Jom kita lihat sekitar kawasan sekolah yang sempat Kancil ambil semasa berada di kawasan Ladang Merotai Division Melati ;



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...