Rakan Blogger

Friday, January 25, 2013

Keputusan UPSR 2012, SK St Patrick, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Entri nie sepatutnya dibuat lama sudah. Tetapi masa tidak mengizinkan Kancil untuk berkongsi dengan rakan - rakan sekalian. Macam 2 bulan berlalu. Tetapi yang penting adalah maklumat untuk rakan - rakan berkongsi.

Untuk tahun lalu, peratus sekolah Kancil meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya. Memang gembira bila dengar naik tetapi bilangan mendapat keputusan 5A tidak membanggakan. Malah sekolah Kancil berada di ranking yang ketiga di Tawau. Sekolah Kancil hanya mendapat 12 orang 5A. Manakala SK Bombalai dan SK Pasir Putih masing - masing mendapat 15 orang keputusan 5A. SK Bombalai masih di tempat pertama sekolah yang terbaik.

Berbanding tahun sebelumnya, seramai 22 orang yang mendapat 5A. Namun tahun lalu hanya 12 orang. Guru mana yang tidak kecewa namun kami terima seadanya kerana inilah usaha kami selama setahun. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil semasa pengumuman keputusan UPSR tahun 2013.



 Murid - murid bertanya khabar sesama sendiri dan wajah - wajah murid yang ceria


 Ibubapa yang datang menyokong dan kelihatan Cikgu Hasman membawa slip keputusan UPSR


 Murid - murid mendengar keputusan dan Cikgu Saifuddin memberi sedikit taklimat


Antara murid yang mendapat 5A

Tahniah kepada mereka dan Kancil dimaklumkan ada yang sudah masuk ke MRSM cawangan Tawau. Tahun nie, kami berusaha lagi untuk mendapatkan kedudukan terbaik di peringkat Tawau. Untuk di peringkat negeri SK Bombalai masih berada di kedudukan pertama. Maklumat lain yang Kancil dapat di Lahad Datu, SK Jeroco merupakan sekolah pertama di sana.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tiinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, January 24, 2013

Jawapan Wordless Wednesday # 54

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie lewat untuk post entri di blog Kancil. Ada hal yang perlu diselesaikan..Alhamdulillah, dapat juga sedikit masa untuk update blog. Jom kita lihat sekali lagi gambar tersebut.


Gambar nie Kancil ambil di salah satu pusat pasaraya di Tawau. Kalau orang Tawau mesti dorang tahu di mana nie. Nama tempatnya ialah Eastern Plaza. Gambar ini diambil di tempat letak kereta tingkat 5. Kawasan perumahan di bawah nie dikenali sebagai Taman Dingin. Kata isteri Kancil, kalau mahu duduk kawasan sejuk pergi sahaja di tempat nie. Cerita lawak je. Hehehe...

Kalau nampak banyak pokok tu, itu kawasan Batu 2 Jalan Apas...tempat Kancil tinggal sekarang nie. Dan bukit yang jauh di sana itu ialah Bukit Tinagat dan dibalik bukit tersebut terletaklah SK Batu Payong tempat Kancil memula mengajar. Dah lama Kancil ndak ke sana sejak bergelar guru pagi nie. Lagipun, Kancil dah lama tidak berjumpa dengan Gen2Merah. Kerana masing - masing sibuk dengan kerja. Arah gambar nie adalah arah matahari terbit atau bahasa geografinya arah timur. 

Kancil ambil gambar nie semasa menunggu wayang yang bermula pada pukul 2 petang. Kalau tidak silap gambar nie dalam pukul 1 tengahari.  Kancil memang suka tengok pemandangan macam nie. Cantik dan mendamaikan jiwa kita.Lebih - lebih bentuk awannya. Betul tak?

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, January 23, 2013

Dengki Punya Pasal

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat malam kepada semua rakan blogger yang masih belum tidur atau terbaca entri Kancil pada waktu malam..

Mana - mana manusia pasti memiliki sifat dengki di dalam diri mereka. Dan ia bergantung kepada tahap keimanan dan kewarasan mereka. Jika rendah tahap keimanan dan kewarasan mereka maka tinggilah sifat dengki mereka ini. Begitu juga sebaliknya. Kancil dah banyak kali jumpa orang - orang macam nie. Sehingga sekarang masih juga berjumpa.

Kerana dengki punya pasal, timbul lagi satu dosa yang dibuat - buat untuk kesenangan hati orang dengki ini. Iaitu fitnah. Korang tahu juga kan? Fitnah nie ada cerita yang direka untuk menjatuhkan orang lain. Bila orang terima bulat - bulat...nah percaya mereka 100%. Tidak kiralah peringkat pendidikan yang paling tinggi pun pasti terpujuk oleh cerita fitnah.

Macam Kancil postkan di dalam FB kancil beberapa hari dulu

Ada manusia mudah menerima cerita fitnah dari menerima cerita benar pengalaman seseorang....kerana yang buruk lebih mudah diterima daripada baik...so bagi member - member di luar sana...dengar, fahami dan menilai apa yang disampaikan...

Yang Kancil terkilan, mak bapa hantar gi belajar agama siap sekolah pondok lagi di Semenanjung. Tapi kaki pembohong, kaki putar belit dan kaki fitnah dialah yang nombor 1. Itukah yang diajar oleh sekolah pondok tu? Bukan mahu salahkan pihak sekolah pondok tetapi nampak sangat dia belajar hanya lulus sahaja atau erti kata lain cukup makan.

Yang tukang dengar pula nie terima bulat - bulat apa yang disampaikan tanpa usul periksa. Main salahkan orang lain lagi. Nama belajar oversea tapi entah nilai kemanusiaan tu ndak ada. Sehingga lupa siapa yang tua dalam keluarga mereka. Apapun, kita hanya mampu bersabar dengan orang - orang dengki nie. Lebih baik kita lari daripada berdepan dengan orang ini. Kerana makin kau berdepan dengannya makin banyak cerita karut yang akan disampaikannya.

Dan percaya kata Kancil, tiada seorang akan membantu untuk menyedarkan pendengki kerana telah dirasuahkan dengan pelbagai bentuk agar tukang - tukang dengar ini tunduk dengannya. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, January 22, 2013

Wordless Wednesday # 54

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : maaflah...sudah terpost...terlupa sebab kelam kabut untuk hadiri mesyuarat...ndak apalah...

Aktiviti Cuti Sekolah #2 Mandi Manda Di Pangkalangan, Semporna

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Selesai majlis khatam Al Quran [klik di sini], kami berpakat ramai - ramai merancang aktiviti seterusnya. Perbincangan berlaku selama setengah jam dan dihadiri oleh semua sepupu - sepupu yang sama - sama menjayakan program majlis khatam Al Quran. Hasil perbincangan, berpakat akan berkelah di pantai Kampung Pangkalangan.

Tepat pada pukul 4 petang, kami bergerak dari Kampung Ubian Semporna menuju ke destinasi kami. Sebanyak 6 buah kenderaan digunakan untuk ke sana. Bukan sepupu - sepupu je yang ikut...bapa saudara dan mak saudara pun join sekali. Memang meriah masa tu. Walaupun cuaca mendung tetapi tiada tanda - tanda angin kuat.

Tempat nie memang popular untuk berkelah....namun kena berhati - hati dengan obor - obor. Kalau ndak biasa tu yang bahaya. Hehehe...sayang Kancil ndak dapat kongsi gambar sebab ndak sempat ambil...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Monday, January 21, 2013

4 Minggu Sudah

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Mohon maaf kepada semua rakan blogger yang ada singgah ke blog Kancil. Tapi Kancil ndak lagi membalas kunjungan kalian. Harap korang memahami keadaan Kancil sebagai guru bimbingan di sekolah rendah. Memang awal tahun nie banyak program. Lebih - lebih lagi hanya Kancil seorang je sedangkan bilangan murid sudah 900 orang. Kesian...

Agak lama Kancil menyepi dan ingin sangat berkongsi cerita apa yang telah Kancil lalui beberapa minggu lalu. Insya Allah Kancil akan ceritakan namun ndak tahu mana satu nak mulakan...pening kepala...lebih lagi laporan untuk ke PPD belum lagi dibuat. Nie bulan 2 ada 3 program lagi mahu dibuat...Apapun kena akur keadaan semasa...

Harapan Kancil semoga pembaca Kancil tetap kekal dengan blog Kancil...rasanya dah lama menyepi...


Monday, January 7, 2013

Selamat Tahun Baharu 2013...Sibuk Sedikit

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Maaf ndak dapat membalas kunjungan korang semua sebab Kancil agak sibuk sedikit di awal tahun nie. Biasalah kalau guru bimbingan nie, banyak program awal tahun. Memandangkan Kancil seorang je guru bimbingan di sekolah buat masa nie. So Kancil kena kerja dua sesi. Sebelah pagi program orientasi Tahun 4 dan 6 manakala petang Transisi Tahun 1. Ia berlangsung selama 3 minggu bagi Transisi Tahun 1 manakalah tahun 4 dah selesai namun ada susulan program seterusnya.

Esok plak merupakan hari terakhir bagi program Orientasi Tahun 6. Insya Allah akan berjalan dengan baik. Ini sahaja Kancil nak kongsikan..insya Allah dah free sedikit Kancil akan kembali aktif...

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...