Asalamualaikum dan salam satu Malaysia.....
Minggu ini merupakan peperiksaan semester pertama bagi murid Kancil. Kancil dberi tanggungjawab untuk menjaga beberapa kelas sepanjang peperiksaan ini. Part ini adalah part yang paling Kancil suka apabila melihat murid-murid sibuk menjawab dan mata mereka memandang sesuatu namun sebenarnya cuba mencari jawapan dalam minda mereka.
Part yang Kancil ndak suka apabila mereka mula sudah bising di masa akhir peperiksaan ....menganggu rakan-rakan lain yang sedang mencari jawapan....minta mereka keluar nanti bermasalah plak....takut cedera sebab tiada pantauan dari guru...akhirnya Kancil meminta mereka duduk diam....tapi budak....ndak sampai 2 minit pasti berusaha....menguji kesabaran kita berada di dalam kelas.
Ingat zaman Kancil sekolah....senyap berada di dalam kelas. Pesanan mak bapa sebagai panduan agar tidak menyusahkan rakan lain bila peperiksaan. Sentiasa membaca buku last minit supaya tidak menghampakan mak bapa....tapi sekarang....tuhan sahaja yang tahu...di mana silapnya....
Dalam peperiksaan pun murid masih boleh bermain. Membuat bising. Ditegur berulang kali dibuat juga. Berkasar plak ada masuk surat khabar. Dugaan seorang guru....tapi kami sentiasa memberi teguran kerana percaya mereka pasti berubah walau pun bukan hari ini...
Terima kasih
Rakan Blogger
Thursday, May 21, 2015
Saturday, May 9, 2015
Cerianya Bumi Tawau
Asalamualaikum...
Kesian pada blog ini....berbanding rakan rakan lain....mereka masih aktif....niat memang mahu berblog...tapi idea tu kurang...kancil cuba sedaya upaya untuk menaip dan bercerita apa yang berlaku.Isu semasa di Sabah kes rompakan dari penjenayah negara jiran...banyak cerita tapi tidak didedahkan demi keselamatan dan keamanan negara....namun kita harus berdoa agar anggota keselamatan kita selamat dan kembali ke pangkuan keluarga mereka....
Esok, Perdana Menteri akan datang ke bumi Tawau.....kali terakhir jumpa Dato Seri Najib ketika kancil di tingkatan 3... Hehehe...ndak sabar mahu jumpa lagi...
Wednesday, March 18, 2015
Bil Elektrik Paling Murah
Asalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Tanpa elektrik di rumah, apa benda pun tidak dapat dibuat terutamanya kaki wayang astro, kaki game dan tukang masak sepenuh masa. Bagi segelintir orang, elektrik ini amat penting dalam kehidupan seseorang. Mana tidaknya, semua peralatan elektronik dimiliki setiap orang.
Kancil pun begitu kerana bergantung sepenuhnya pada tenaga elektrik untuk melakukan kerja - kerja sekolah dan blog. Korang pun begitu juga kan... Bila banyak benda kita guna menggunakan tenaga elektrik pastinya kita ada menunggu pada akhir bulan. Untuk mengetahui berapa bil kita guna pada bulan lalu.
Bulan lalu, bil elektrik rumah Kancil RM 35.50 merupakan bil paling rendah sejak Kancil berumah sendiri. Sudah 10 bulan Kancil duduk rumah baharu. Ini merupakan bil paling rendah Kancil terima. Apapun Kancil bersyukur kerana ada hikmah kejadiannya. Semuanya berlaku di sekeliling Kancil. Sebelum ini Kancil diduga dengan pelbagai rintangan dan halangan sehingga rasa tidak senang duduk dibuatnya. Namun Kancil bersabar mungkin ada hikmah Kancil diperlakukan demikian.
Betul kata orang tua, kita mungkin hilang satu perkara yang kita anggap berharga sebenar ada lagi yang lebih baik daripada yang hilang. Kancil amat bersyukur dengan itu. Harap-harap para pembaca pun boleh macam Kancil...
Terima kasih
Sunday, March 15, 2015
Cerita Untuk Mereka
Assalamualaikum...
Baru - baru ini, Kancil masuk kelas ganti. Kancil bercerita mengenai kehidupan Kancil sebagai pensyarah kolej. Murid - murid berasa teruja mendengar cerita kancil. Dan bagi Kancil sudah lama tidak bercerita mengenai pengalaman tersebut di hadapan anak murid. Kalau tidak silap di dalam blog pun Kancil tidak pernah bercerita.
Apapun, Kancil akan cuba berkongsi cerita dan mengapa kancil muncul semula disebabkan mereka, anak didik Kancil. Tahun 2013, Kancil telah menarik minat ramai murid untuk membina blog dan alhamdulillah...sehingga sekarang ada yang masih aktif. Dan mereka pula tbertanya khabar mengenai Kancil.
Generasi baharu pun, Kancil kena tekankan. Melalui ini, mereka akan banyak membaca dan banyak mencari ilmu seperti mana yang berlaku pada tahun 2013. Satu tugas baharu untuk Kancil. Semoga ia berjaya demi anak bangsa kita sendiri.
Sekaian dan terima kasih.
Saturday, March 14, 2015
Cuba untuk kembali
Assalamualaikum....Salam satu Malaysia...
Agak lama Kancil menyepi, kira berdebu dan bersarang sudah ini blog. Entah ke mana semua pembaca setia Kancil...Minta maafkan bebanyak kepada semua rakan. Insyaallah kancil cuba kongsikan seberapa ilmu dan pengalaman kepada semua rakan...semoga Kancil kembali aktif seperti dahulu.
Tahun ini, kancil bersama rakan guru baharu telah mencipta sejarah baharu dalam acara olahraga. Kami berjaya mendapat johan keseluruhan. Kejayaan ini berulang seperti tahun 2013. Alhamdulillah, ini semua kerjasama guru guru dan ibu bapa di sekolah. Mereka menyokong sepenuhnya kepada kami dan anak anak didik kami.
Bulan ini, kami berdua diberi kepercayaan untuk membawa dan melatih pasukan bola tampar ke peringkat lebih tinggi. Walaupun murid murid tidak pernah berlatih tapi kami yakin boleh melakukannya.
Itu je yang boleh kancil kongsikan...doakan kejayaan kancil.
Monday, October 27, 2014
Lima Bulan Yang Lalu
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Lama benar Kancil menyepi seperti tahun nie banyak benda tidak dapat dikongsi. Sedangkan pelbagai aktiviti Kancil sertai sepanjang tahun. Kebetulan hari ini, barulah terbuka blog untuk berkongsi cerita dengan rakan blogger.
Murid - murid Kancil sendiri pun bertanya mengapa sepi je blog cikgu mereka. Dan acapkali Kancil akan menjawab, masa tidak mengizinkan Kancil untuk bercerita. Mereka lebih suka kalau apa yang Kancil ceritakan di kelas dapat diceritakan di dalam blog ini. Kononnya sebagai panduan dan ingatan untuk mereka.
Insya Allah, tahun depan Kancil akan update selalu blog ini. Terima kasih kepada semua rakan blogger yang sudi singgah ke sini walaupun lama menyepi. Dan terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi kongsi cerita Kancil ini.
Semoga kita dipertemukan lagi....
Wednesday, May 7, 2014
Lama Benar Menyepi
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Sudah lama Kancil tidak mengusik blog nie. Tidak sangka kesibukkan Kancil di tempat kerja menyebabkan banyak maklumat tidak dapat dikongsi bersama. Kebetulan Kancil sibuk mengurus rumah baharu. Hingga penat tidak terhingga. Hehehe...walaupun ada masa terluang tapi hati masih berat untuk menulis sesuatu di dalam ini
Insya Allah, jika Kancil diberikan peluang. Kancil akan membalas kunjungan kalian dan Kancil berharap kalian memahami keadaan Kancil sekarang nie.
Terima kasih semua
Subscribe to:
Posts (Atom)