Rakan Blogger

Monday, October 31, 2011

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Keempat Bulan Oktober 2011

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.










Alhamdulillah...trafic kancil masih maintain namun satu kejutan yang berlaku pada blog Kancil apabila pageview Kancil mencecah 807 pageview pada 26 hb Oktober. Pageview yang paling tinggi Kancil terima...Terima kasih kepada semua rakan blogger.

Terima kasih kepada semua rakan yang sudi memberi bantuan kepada blog Kancil 8349.

Sunday, October 30, 2011

Bukan Musang Biru Tapi Kucing Biru

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Kalau tengok pada kartun nie. Memang banyak lucunya dan terselit banyak pengajarannya. Terutamanya rakannya si Nobita yang menganggap dirinya malang. Namun, beliau merupakan watak utama dalam kartun mahupun mana - mana filem kucing biru nie. 

Kancil suka pada kartun nie. Banyak informasi walaupun ia kartun. Mesejnya jelas. Bukan setakat grafik tapi jalan cerita yang menarik. Blogger - blogger di bawah nie ada cerita mereka masing - masing. Jomlah terjah ke blog mereka.




Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, October 29, 2011

Kancil Kena Tag Oleh Blogger Aien Not Alien

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Masuk nie dah 4 orang tag Kancil. Tengok pada soalannya, Kancil ndak dapat jawab sepenuhnya. Kebetulan masa pun singkat di tambah dengan masalah line di rumah mahupun di sekolah. Terpaksalah Kancil pergi ke Perpustakaan Negeri Sabah Wilayah Tawau. Nasib kat sini line cepat macam cahaya...hehehe. So, Kancil menjawab soalan yang diminta oleh blogger Aien Not Alien. Untuk sahabat saya Gen2Merah. Kejap yeah...nanti saya akan menjawab.

1. Warna kegemaran anda? Kenapa pilih warna tu?
Sepertimana yang korang nampak warna blog Kancil. Tentu dah agak kan. Itulah warna kegemaran Kancil. Sebabnya ia membuat Kancil tenang dan damai.

2. Kata peribahasa yang paling anda suka? Kenapa suka? 

"Belakang Parang Lagi Kalau Diasah Nescaya Tajam"
Maksudnya : Walaupun ndak pandai tetapi kalau belajar bersungguh - sungguh nescaya akan pandai juga.

3. Pernah buang sampah merata-rata? Jika ya, apa perasaan anda?

Mungkin dulu dan tiada perasaan. Sekarang nie payah nak buang sembarangan sebab dah terlatih di dalam diri. Kekadang sanggup simpan sehingga jumpa tong sampah. 

4. Lagu kadang-kadang mewakili isi hati kita. Apakah lagu yang anda rasa mewakili isi hati anda? 

Banyak lagu itu. Kalau nak senaraikan payah juga. Tapi satu lagu yang buat Kancil ingat kat Isteri Kancil. Permaisuri (Kump Data)

5. Siapakah jiran sebelah rumah anda? Ceritakan serba sedikit.

Jiran sebelah Kancil, pak cik saudara isteri Kancil. Orangnya masih kuat walaupun dah berusia 70 tahun dan sentiasa menziarahi keluarga Kancil sebab beliau suka pada anak - anak Kancil.

6. Anda suka pergi kenduri-kendara tak? Kenapa?

Dah kahwin macam dah kurang pergi. Kalau dijemput, insya - Allah Kancil akan datang tapi kalau main sampai - sampai nie. Kancil ndak berminat. Soal makan free bukan niat sebenar tetapi pengalaman dan cerita dalam kenduri yang membuat Kancil berminat untuk datang. Yang elok je. Ndak elok malas ambil taw,

7. Anda suka makan petai tak? Kenapa?

Tahun 2001, baru Kancil kenal apa tu petai. Memang suka kalau makan mentah - mentah. Sebab sedap kalau cecah sambal.

8. Kalau terjatuh depan orang ramai, apakah tindakan anda selanjutnya? 

Buat tidak tahu je. Bangkit dari tempat jatuh dan meneruskan perjalanan

9. Kalau dah beli-beli barang, tiba masa nak buat pembayaran, duit tak cukup. Apa tindakan anda?

Jarang berlaku sebab memang dah merancang barang mahu dibeli. Tapi jika ia berlaku, Kancil akan kembalikan barang yang bukan keperluan.

10. Apa pendapat anda dengan blog ini? :D

Kancil suka pada blog ANA. Blog yang simple dengan nama blog yang senang diingat oleh Kancil. Entri - entri blog pun semua bermanfaat dan penuh dengan pengajaran walaupun bercerita tentang diri. Namun ia terselit pengajaran.

Rasanya itu je yang Kancil dapat jawab. Nak membalas pun macam susah juga. Terima kaish kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sebenarnya ada 7 Biji Mutiara Naga

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.


Kartun nie merupakan kartun paling popular di zaman. Kancil pun minat dengan kartun nie dan masih menonton rancangan kartun nie. Dan sudah memiliki VCD nya kecuali Dragon Ball GT. Tidak hairan ramai rakan blogger meminati kartun nie. Lihat sahaja list di bawah nie. Kalau nak tahu cerita mereka.  Jomlah terjah ke blog mereka.






Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Jom join BLOGLIST laman-ayahsu November

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil8349.


Semasa membalas kunjungan rakan blogger, Kancil ternampak satu entri. Macam bagus je nie. So, Kancil nak menyertai. Maaflah kepada rakan lain yang telah tag Kancil sebelum nie. Insya - Allah kalau Kancil free, Kancil akan ikut sama. Namun sesiapa yang nak join, gi jak ke header beliau di atas nie.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Friday, October 28, 2011

Minat Kartun Bermain Pedang

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Ingat lelaki je yang minat pada animasi bermain pedang. Rupanya dua blogger kita nie minat pada animasi tersebut. Mungkin sebab watak - watak dalam animasi nie kacak - kacak kot.  Ndak pastilah mengapa namun mereka ada pandangan mereka sendiri. Kalau nak tahu, jomlah terjah ke blog mereka.


http://lystra-lily.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html 


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, October 27, 2011

Blog Pilihan Kancil : Blog Cinnamon.com

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.



Setiap hari Khamis Kancil akan memilih salah satu blog untuk menjadi blog pilihan Kancil. Tujuan untuk menghargai mereka yang sentiasa mengunjungi blog Kancil 8349. Seperti mana korang nampak header di atas. Tentu ada dikalangan rakan blogger sudah mengenalinya. Tapi yang belum tu. Jomlah terjah ke blog beliau.

Serba sedikit mengenai blog beliau. Kancil merupakan follower paling awal di dalam blog beliau. Entrinya kebanyakan menceritakan mengenai keluarga dan soal keagamaan. Banyak pengajaran dan contoh kita boleh dapat melalui entri - entri yang beliau nyatakan. Ndak rugi kita singgah ke blog beliau. 

Sehingga kini follower beliau mempunyai 117 orang. Mula aktif pada bulan February, 15 hb. Entri awalnya mengisahkan biskut dan kuih. Kalau tengok pun mesti sedap dimakan. Selebihnya, korang baca sendiri. Kancil takut ada yang tersalah info nanti. Bak kata orang, indah khabar dari rupa. Lebih baik korang terjah sendiri. Klik je header beliau di atas.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...