Rakan Blogger

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday # 18

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Budaya di sekolah

Terima kasih singgah dan tinggalkan komen di entri Kancil 8349.

Tuesday, November 29, 2011

Bermandi Manda Di Kampung Tampi - Tampi Semporna

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Asal balik ke kampung di daerah Semporna, kami adik beradik akan mandi laut. Tempat yang paling best dan seronok adalah di Tampi - Tampi. Kawasan tersebut pernah menjadi penggambaran filem Duyung lakonan Maya Karin dan Saiful Apek. Disebabkan penggambaran tersebut, maka bilangan pengunjung bertambah. Bukan setakat itu sahaja sebenarnya. Tempat ini tenang dan damai untuk kita beristirehat.

Kalau ndak percaya, datanglah sendiri ke tempat ini. Pastinya berpuas hati. Pengingapan pun ada disediakan. Selain itu ada restornan dan tempat bermandi manda. Untuk masuk ke kawasan mandi. Kita kena membayar 2 ringgit seorang bagi dewasa manakala kanak - kanak seringgit je. Jom kita lihat beberapa keping gambar di kawasan tersebut.

 Pelantar untuk bermandi

 Ada restornan disediakan


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Saturday, November 26, 2011

Memulakan Sesuatu Adalah Perkara Yang Paling Susah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita berdepan dengan satu situasi baru. Kita akan rasa tidak selesa dan ada kalanya kita berasa gementar. Sebab kita sudah set minda kita ke arah yang belum pasti. Ke arah yang negatif. Padahal kita belum memulakan sesuatu. Bila ini terjadi, hanya pada keyakinan seseorang berjaya menghadapi situasi baru nie. Kalau tiada keyakinan maka orang tersebut lari menghadapinya.

Kalau kita tengok orang yang menyanyi di pentas. Mereka kelihatan tenang dan bersahaja. Menampakan keyakinan mereka ketika menyanyikan lagu  popular mereka. Namun, sebelum mereka naik ke pentas mereka sebenarnya gementar dan takut untuk menyanyi. Tapi mengapa di pentas berbeza sebelum naik ke pentas. Ini semua kerana memulakan sesuatu adalah perkara paling susah untuk dilakukan.

Jika kita pandai mengawal emosi kita dan bijak mengatur minda kita. Kita akan berjaya menghadapi masalah tersebut. Sesiapa pun takut dan Kancil sendiri pun takut untuk memulakakn sesuatu. Namun, jika kita tidak mulakan siapa lagi yang mahu memulakan. Bergantung kepada keupayaan kita pada ketika itu.

Apapun, abaikan perkara yang belum pasti. Perkara yang kita tidak nampak hasilnya. Jangan takut dengan kata - kata hati ataupun bayangan di minda kepala kita. Cuba mulakan dulu dan baru kita ketahui hasilnya. Jika gagal, cari punca kegagalan dan perbaiki kegagalan tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday # 17

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Mereka yang istimewa tidak terabai

Terima kasih kerana singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, November 18, 2011

Cuti Bermula dan Lawatan LASABELA Ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi kebanyakan sekolah di Malaysia. Dan banyak aktiviti akhir tahun dilaksanakan oleh beberapa pihak sekolah. Ini termasuk dengan sekolah Kancil. Semalam, majlis konvokesyen UPSR telah dilaksanakan dengan jayanya. Bermula pada pukul 7.30 malam dan berakhir pada 9.30 malam. 

Semalam juga, program LASABELA ke Kota Kinabalu telah dirasmikan oleh tetamu hormat yang telah dijemput. Seramai 33 orang murid dan 9 orang guru pengiring yang menyertai program tersebut. Kancil merupakan salah seorang guru pengiring untuk menjaga keselamatan murid - murid sepanjang program LASABELA tersebut.

Antara tempat - tempat yang bakal dilawati adalah Muzium Negeri, Zoo Lok Kawi, Universiti Malaysia Sabah, Bahagian Teknologi Pendidikan dan banyak lagi. Program ini akan bermula pada hari Sabtu dan berakhir pada hari Selasa. Tujuan program ini untuk memberi peluang kepada murid - murid Tahun 6 miskin untuk menimba ilmu dan menjadi pemangkin untuk mereka berjaya.

Nampaknya, blog Kancil akan sunyi bermula pada hari esok hinggalah hari Selasa. Hari Rabu nanti, barulah Kancil akan aktif semula. Disempatan ini Kancil ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua murid di seluruh Malaysia yang mendapat keputusan lulus dalam Peperiksaan UPSR dan Selamat Bercuti.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, November 17, 2011

Sekolah Kampung Mendapat 100% UPSR

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sebelum meneruskan entri Kancil nie. Minta maaf kepada semua rakan blogger sebab tidak sempat membalas kunjungan blog anda. Disebabkan kesuntukkan masa dan keadaan line yang tidak mengizinkan. Namun, Kancil hanya mampu untuk mengupdate satu entri sahaja.
Entri kali ini mengisahkan tentang keputusan peperiksaan yang telah diumumkan di daerah Tawau. Kancil belum mendapat keputusan rasmi sepenuhnya. Namun ada yang menarik perhatian Kancil mengenai satu sekolah kampung di daerah Tawau. Di mana, kancil pernah dijemput untuk memberi ceramah kepimpinan dekat sekolah tersebut.

Tidak sangka sekolah tersebut boleh mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 100% muridnya lulus. Sekolah tersebut mempunyai bilangan murid lebih 60 orang dan 12 orang murid mendapat 5 A, manakala 32 orang mendapat 4 A 1 B. Selebihnya lulus. Ia satu pencapaian yang baik. Malah merupakan 5 sekolah yang terbaik di Sabah.

Sekolah di tempat Kancil mengajar hanya 22 orang murid 5 A. Dari segi kedudukan belum lagi pasti. Namun sekolah ini berada di dalam 5 sekolah bilangan murid yang mendapat keputusan 5 A paling ramai. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Makin Mulia Sesuatu Pekerjaan Makin Banyak Cabarannya

Assalamulaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Bila kita melakukkan sesuatu kerja dengan ikhlas dan jujur, selalunya ada orang memuji kita dan menghormati cara kita bekerja. Namun, tidak semua berkekalan. Kerana setiap pujian pasti membawa makna yang tersirat. Ia membuat kita sedia berwaspada atau leka dek dengan pujian menggunung.

Kini, siapa yang jujur akan tenggelam. Akan dikecam dan akan ditindas. Malah, makin ramai inginkan manusia ini tidak wujud di kalangan mereka. Mereka benci dengan manusia seperti ini. Mereka cuba membunuh dengan cara senyap dengan bersifat talam dua muka. Mereka akan berusaha untuk jatuhkan semangat manusia ini demi kepuasan hati mereka sendiri. Jika ini berlaku, maka hilanglah nilai  - nilai baik dalam diri manusia.

Tapi, jika manusia yang jujur nie pandai mengawal situasi dan bijak mengurus tekanan. Ia mungkin ditakuti oleh manusia bersifat PHD. Makin ditekan makin bersemangat pula dia menghadapi. Makin dimusuhi makin ramai plak yang menghormatinya. Selain itu, dia sentiasa berserah kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan beliau. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...