Rakan Blogger

Friday, May 25, 2012

Cuti Sekolah Semester Pertama 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Mulai esok, seluruh sekolah di Malaysia bercuti. Bagi negeri - negeri Utara, mereka sudah pun bercuti. Dalam masa bercuti nie, murid - muridlah yang seronok. Tapi bagi kebanyakan guru, masa nielah yang paling sibuk. Sibuk 'key in data' maklumat peperiksaan lepas. Yang bikin kacau bila asyik mati elektrik. Huhuhuhu....

Apapun, Kancil mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bercuti untuk semua mereka yang mengambil cuti dalam dua minggu nie. Cutilah di Malaysia. Hehehe...Kancil mungkin ke Labuan...ada urusan keluarga...Insya Allah Kancil akan kongsikan untuk rakan - rakan semua.

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : minta maaf belum sempat membalas kunjungan kalian...insya Allah...Kancil akan terjah blog anda

Thursday, May 24, 2012

Jawapan Wordless Wednesday 39

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Kalau tengok gambar tentu korang dah tahu bahawa itulah adalah sebatang pokok kelapa yang sudah dipanah petir. Gambar nie Kancil ambil semasa bercuti di Pulau Mabul, Semporna. Ia terletak di tengah - tengah pulau. Berhampiran dengan gambar perigi minggu lalu. Hanya pokok nie je yang terbakar. Yang lain selamat.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday 39

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, May 21, 2012

Terbaik Tunas Kadet Remaja Sekolah SK St Patrick Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dalam tempoh 2 minggu lalu, Kancil telah mula sibuk dengan pelbagai aktiviti. Hadiri mesyuarat Kaunseling, Perkhemahan dan Sambutan Guru Peringkat Sekolah, menyertai aktiviti - aktiviti sekolah seperti kursus kepimpinan, sambutan hari guru, Solat Bestari dan Perkhemahan Unit Beruniform.


Memang penuh jadual Kancil sehingga blog nie terabai sedikit kerana memikirkan perjalanan aktiviti yang Kancil sertai. Bukan tiada masa, memang ada masa cuma Kancil tiada idea mahu berkongsi pada masa tu. Memikirkan tentang keadaan program yang dilaksanakan. Membuat sebaik mungkin dalam apa juga aktiviti yang disertai.

Apapun, Kancil ingin kongsikan pengalaman Kancil mengurus pasukan unit beruniform sekolah. Seperti Gen2Merah, Kancil juga merupakan Ketua Guru Penasihat Unit Beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Dua minggu sebelum perkhemahan, Kancil telah diminta untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Perkhemahan kali 2. (kali pertama telah dibuat pada bulan lalu). Mesyuarat tersebut membincangkan program - program yang akan dilaksanakan sepanjang perkhemahan.
 
Antara program yang telah dipersetujui ialah Kawad Kaki. Buat kali pertama, pertandingan Kawad Kaki dibuat. Keesokan harinya, Kancil memanggil beberapa orang ahli kadet untuk menyertai pertandingan tersebut dan memilih mereka untuk menyertai perkhemahan unit beruniform kali ketiga. Seramai 18 orang menyertai latihan kawad kaki. Mengikut persetujuan, hanya 15 orang peserta yang akan menyertai perkhemahan tersebut. Ini bermakna Kancil terpaksa membuat penilaian dalam tempoh 2 minggu.

 Para kadet yang membuat latihan kawad kaki

Selama dua minggu Kancil melatih mereka dan pada hari Rabu minggu lalu Kancil telah memilih 15 orang yang terbaik untuk menyertai perkhemahan unit beruniform kali yang ketiga. Pada tarikh 18 hb Mei 2012, pendaftaran perkhemahan bermula. Hanya 14 orang yang menyertai. Seorang terpaksa menarik diri kerana kecederaan. Dalam masa yang sama, seorang kadet pula demam panas. Membuatkan hati Kancil resah melihat keadaan tersebut.

Namun Kancil yakin bahawa usaha mereka tidak akan terpadam begitu sahaja. Pada malam 19hb Mei 2012, TKRS menyertai Malam Kebudayaan. Kumpulan TKRS membuat persembahan kedua selepas Persatuan Puteri Islam Malaysia. Kali ini, Kancil menerima kejutan apabila persembahan TKRS yang tidak membuat persiapan awal telah mendapat tempat yang kedua. Alhamdulillah...

20hb Mei 2012, hari yang dinanti - nantikan oleh Kancil sendiri. Pertandingan Kawad Kaki akan bermula pada pukul 8.15 pagi. Sebelum bertanding, Kancil memastikan semua kadet dalam keadaan bersedia. Memeriksa pakaian mereka dan memberi sedikit nasihat sebelum membuat persembahan. Walalupun anggota kadet hanya 14 orang (kadet yang deman kembali ke pasukan) Undian tidak memihak kepada kami apabila dipilih untuk menjadi pasukan pertama membuat persembahan kawad kaki.

Taklimat daripada JPAM sebelum pertandingan Kawad Kaki

Apabila pertandingan kawad kaki bermula, Kancil percayakan kepada anak didik Kancil bahawa mereka akan buat yang terbaik di padang kawad. Setiap langkah dan gerak geri mereka, Kancil perhatikan dengan penuh perhatian. Alhamdulillah, persembahan mereka menarik dan tiada cacat celanya. Mereka berjaya melakukan dengan cemerlang. Selesai giliran mereka, barulah lega hati Kancil. Namun, Kancil tidak menaruh tinggi bahawa pasukan kami yang akan menang.

 Wajah yang ceria

Semasa penyampaian hadiah Kancil mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang disampaikan oleh pengerusi majlis. 

"Pasukan yang memenangi Pertandingan Kawad Kaki dimenangi oleh Tunas....Kadet Remaja Sekolah."

Gembiranya Kancil apabila matlamat tercapai. Kancil hanya mampu tersenyum riang melihat ketua platun mengambil hadiah. Tanpa di sangka - sangka, peserta terbaik perempuan perkhemahan di sandang oleh ahli TKRS juga. Lebih mengejutkan Kancil lagi, TKRS telah di julang sebagai Pasukan Terbaik Perkhemahan ini. Kancil terpegun seketika apabila diumumkan oleh pengerusi majlis. 

 
 Antara hadiah yang dimenangi oleh TKRS

Benarkah TKRS? Tiada perkataan yang mampu diluahkan oleh Kancil untuk menyatakan rasa gembira. Hanya menyebut Alhamdulillah...usaha Kancil dan anak didik Kancil telah membuahkan hasil. Matlamat seterusnya untuk merebut Johan Pasukan Perbarisan semasa Sukan Sekolah nanti. Doakan Kancil dan anak didik Kancil berjaya. Tahun depan jumpa lagi.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : hari nie Kancil menerima dua berita baik, pertama Kancil menerima hadiah kumpulan terbaik semasa kursus kepimpinan pengawas dan surat pengesahan jawatan.

Pasukan Kawad Kaki Tunas Kadet Remaja Sekolah 2012

Friday, May 18, 2012

Jawapan Wordless Wednesday 38

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dalam minggu nie,  banyak aktiviti yang perlu Kancil lakukan. Biasalah bila minggu hari guru nie, pelbagai aktiviti yang dirancang dan kena dilaksanakan. Apapun, ada dua program lagi yang berlangsung pada hari nie. Satu Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan satu lagi program Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah.


Tengok gambar di atas tu. Hehehe..nie adalah program Kesihatan yang mana Kancil sendiri yang memberi ceramah kesihatan kepada murid - murid nie. Mereka adalah murid tahun satu. Syukur, mereka khusyuk mendengar apa yang Kancil sampaikan. Walaupun  pada awalnya agak susah mahu mengawal murid - murid tahun satu.

Kesan daripada program nie, ada ibu bapa yang memberi komen yang positif. Anak mereka lebih menjaga kebersihan mereka semasa berada di rumah. Apapun, harapan Kancil semoga mereka tidak lupa apa yang Kancil sampaikan kepada mereka. Bukan senang mengawal budak berumur 7 tahun...

Di kesempatan ini, Kancil ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru di seluruh Malaysia. Semoga usaha kita selama ini tidak disia - siakan oleh generasi yang kita didik.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday 38

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Selamat Hari Guru...

Tuesday, May 15, 2012

Segmen Bloglist By Bella Hamzah

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari ini Kancil menerima jemputan daripada seorang blogger untuk menyertai segmen beliau. Simple je segmen dia. Syarat pun bukan susah pun. Bagi sesiapa yang nak join tu, marilah beramai - ramai memeriahkan suasana. Klik je banner di bawah nie.


Kancil berharap ada rakan blogger yang sudi menyertai segmen beliau. Saling sokong menyokong rakan kita.
 
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : Kancil terlibat dengan program besar...peringkat negeri tu...hehehe...insya Allah Kancil akan membalas kunjungan korang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...