Rakan Blogger

Tuesday, October 2, 2012

Bermain Badminton Untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama Kancil ndak cerita pasal badminton di ruang. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil selalu bermain badminton dengan blogger Gen2Merah dan blogger Ohsenyum. Sudah masuk tahun kedua kami bermain bersama. Lepas main badminton kami akan bercerita pasal blog masing - masing.

Kancil sendiri tidak ingat bila Kancil cerita mengenai badminton. Memang lama. Apapun, setiap hari Selasa dan Jumaat malamnya, kami akan berjumpa di kompleks sukan Tawau. Kami menyewa gelanggang badminton setiap bulan. Dulunya Kancil seorang je dari sekolah Kancil. Kini, ada sudah rakan sejawatan yang sudi ikut serta. Maka, bertambah ramai bilangan kami. Kalau tidak silap 10 orang yang bermain.

Kalau cerita pasal kehebatan bermain, Kancillah yang paling teruk. Masih jauh ketinggalan dengan kehebatan rakan - rakan Kancil. Mahu buat macam mana, tangan kiri Kancil pernah mengalami kecederaan sewaktu kemalangan motorsikal pada tahun 2005 di Lebuhraya Klang Lama. Apapun, Kancil tetap bermain kerana menganggap ia sebagai satu cara untuk menjaga kesihatan diri.

Berbeza dengan rakan - rakan Kancil yang hebat, mereka sentiasa berusaha untuk menunjukkan kehebatan dan skill baharu sesama mereka Pasti ada yang berubah. Berbanding dengan Kancil, memakan masa yang lama untuk mengejar. Tapi dalam proses pembelajaran, satu ilmu tu tidak akan dapat terus masuk ke otak jika tidak diulangkaji. So, perlahan - lahanlah Kancil merangkak.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

Jemputan Kali Kedua Menjadi Penceramah Sekolah Rendah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil agak busy dalam beberapa minggu nie. Terutamanya dijemput menjadi penceramah motivasi di salah satu sekolah berstatus A. Tahun lalu Kancil ada datang ke sekolah ini dan kali nie dijemput lagi. Syukur Alhamdulillah!..

Insya Allah Kancil akan kongsikan cerita Kancil. Buat masa nie Kancil ndak dapat membalas kunjungan rakan - rakan blogger. Tetapi akan berjanji membalas kunjungan kalian.

Terima kasih

Friday, September 28, 2012

Catatan Peristiwa Berdarah Di Semporna, Sabah


Assalamualaikum dan  Salam Satu Malaysia

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349


Kancil ingin berkongsi cerita mengenai sejarah pahit yang pernah dilalui oleh penduduk - penduduk Semporna. Sumber nie Kancil ambil dari Facebook Habbal Min Simpulna. Jomlah membaca sedikit...

Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa. Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.


Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu. Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan.” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ”, katanya.
“Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu! (lanun! Lanun!) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan".

“Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai. “Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya. Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara".

“Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun", terang beliau lagi. Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya,” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, April barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi 'gagap' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.

Sumber: Berita Bukit Aman, 1983.

Cukup ngeri...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 27, 2012

Minggu Tahun 6 SK St Patrick Tawau 2012

Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Asal sahaja selesai peperiksaan UPSR, maka guru - guru tahun 6 berhempas pulas pula untuk mencari aktiviti bagi mengisi kekosongan masa murid - murid tahun 6. Setelah penat berperang akhirnya mereka perlukan rehat dan guru - guru plak yang berusaha untuk mengisi rehat mereka dengan pelbagai aktiviti. Walaupun Kancil bukan guru tahun 6 namun secara tidak langsung Kancil terlibat dalam aktiviti tersebut. Biasalah guru bimbingan nie...serba boleh.

Program Minggu Tahun 6 telah dirancang sebelum peperiksaan UPSR bermula lagi. Ini memudahkan kepada pihak guru untuk mengatur masa mereka. Lagi pun, guru - guru tahun 6 nie bukan sahaja mengajar tahun 6 malah ada yang mengajar tahun 4 dan 5. So, walaupun anak murid sudah tidak belajar namun tugas guru tetap diteruskan. Berbalik pada program minggu tahun 6, pelbagai acara telah dicadangkan. Antaranya perlawanan bola sepak lelaki / perempuan, tarik tali lelaki / perempuan dan perlawanan persahabatan antara murid tahun 6 dengan guru - guru sekolah.

Menarik bukan...masa nielah yang paling sesuai. Kerana sebelum ini penat dengan mengulangkaji matapelajaran. Kancil diberi tanggungjawab untuk mengatur perlawanan tarik tali lelaki dan perempuan dan membuat aktiviti permainan minda. Kalau ikutkan cadangan, slot untuk Kancil diberikan hanya 3 hari. Tetapi sukan sekolah akan bermula dalam 2 minggu akan datang. Maka slot Kancil dikurangkan kepada 1 hari. Kena akur kerana orang lain pun mahu buat aktiviti...hehehe

Bila melihat gelagat murid - murid tahun 6...teringat masa tahun 6 sekitar tahun 1993 di SK Pekan 1 Lahad Datu. Kancil tidak aktif dalam mana - mana aktiviti...bukan malas tetapi tiada kemahiran pun. Main bola sepak pun ndak pandai. Hehehe...tu time sekolah rendah. Kancil ndak dapat tunjukkan gambar kerana terlalu ghairah melihat anak murid bermain.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, September 26, 2012

Program Hati Ke Hari Peringkat Negeri Sabah Daerah Tawau 2012 # 3

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Macam terabai sedikit blog Kancil nie, malah kunjungan rakan blogger pun dah kurang...huhuhuhu...namun ndak mengapa...Kancil akui. Masa nie Kancil sibuk dengan kerja di sekolah. Ndak banyak tangan mahu menguruskannya. Insya Allah...jika ada kelapangan. Kancil tetap membalas kunjungan rakan blogger. Cuma memohon kalian memahami tugas Kancil sebagai guru. Lebih - lebih Kancil telah diminta untuk menggantikan tempat guru yang pergi haji.


Antara wajah - wajah guru pengiring daripada 54 buah sekolah

Berbalik pada program Hati - Hati. 20hb 9 merupakan hari penutup pada program tersebut. Masa nielah, AJK kerja berhempas pulas untuk membuat persiapan akhir. Alhamdulillah, Tuan Haji Herman Bin Kuraga, banyak membantu dan beliau memang seorang ringan tulang. Korang fikirlah, hanya 11 orang je AJK kerja...mengurus 80 orang murid dan 54 orang guru pengiring dan guru - guru besar. Memang susah nak digambarkan. Namun...dapat diurus dengan baik.

Majlis dirasmikan oleh Encik Vea Sarima, wakil PPD Tawau. Dalam ucapan beliau, beliau memuji Majlis Kaunselor Sekolah Rendah Daerah Tawau kerana berjaya melaksanakan program besar dalam masa yang singkat dengan kekuatan 11 orang AJK kerja. Lebih - lebih lagi memuji kerana dapat mengurus program ini yang mana pesertanya adalah perempuan sekolah rendah. Dalam majlis ini, terdapat dua persembahan iaitu persembahan koir daripada peserta program dan persembahan silap mata daripada Cikgu Abdullah SK Perdana Tawau.


Tepat pada pukul 12 tengahari, program hati ke hati menutup tirainya. Semua murid kembali ke sekolah masing - masing begitu juga tetamu yang datang pada hari itu, Bagi AJK kerja, masih ada kerja belum selesai. Tempat yang digunakan mesti dibersihkan dan dikemas segala peralatan dan barang milik PPD mahupun persendirian. Kali nie, kami mengucapkan tahniah sesama kami di atas kejayaan kami pada hari nie. Yang pastinya, program PERASA akan menyusul dan tenaga, idea dan masa kami akan diperlukan pada program tersebut.


AJK Kerja...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.


Saturday, September 22, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah Daerah Tawau 2012 # 2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama Kancil menyepi lagi namun mahu buat macam mana...kesibukan melanda dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan luar sekolah. Tengok bilangan pageview pun dah kurang sebab Kancil lambat update. Tapi ndak mengapa, Kancil yakin setiap entri ada kelebihannya. Kalau bukan hari nie ia meletup tentu hari - hari lain.

Program Hati - Hati masuk hari kedua (19hb 2012), semalaman Kancil berjaga di dewan SK Jambatan Putih. Takut - takut ada benda yang ndak elok. Lebih - lebih lagi murid - murid perempuan. Bukan tiada guru perempuan. Ada cuma, hati memang ndak senang. Akibatnya, Kancil mengantuk pada hari kedua. Namun ia tidak mematahkan semangat Kancil untuk memberi taklimat kepada guru - guru pengiring mengenai slot seterusnya.


Awal pagi, Encik Vea Sarima selaku penceramah dalam slot pertama telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Transisi Ke Sekolah Menengah. Dalam penyampaiannya, beliau menceritakan tentang kehidupan dan situasi sebenar di sekolah menengah. Kes - kes yang berlaku, banyak melibatkan pelajar - pelajar perempuan. Ini yang amat membimbangkan pihak pejabat pelajaran. Di tambah lagi bilangan pelajar perempuan menurun berbanding bilangan pelajar lelaki di peringkat universiti. Ini kerana, remaja perempuan mudah terjebak dengan kegiatan - kegiatan tidak bermoral. 

Selesai ceramah, Kancil mengambil alih dalam slot LDK. Tajuk slot tersebut ialah Kenali Diri Sendiri. Sebelum LDK bermula, Kancil telah memberi taklimat kepada guru - guru pengiring mengenai LDK tersebut. Beza sangat kalau kita beri taklimat dengan rakan seperjuangan nie. Buat kita berpeluh...hehehe...Selesai taklimat, guru - guru pengiring akan masuk ke kumpulan yang telah ditetapkan oleh pihak ajk, iaitu sebanyak 10 kumpulan.

Sebelah petangnya, satu lagi LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Rosneni. Tajuk LDK tersebut ialah Penghargaan Diri. Di sini, Kancil hanya membantu. Kalau ikutkan ini merupakan slot Kancil tetapi ia berhubung kait dengan tubuh badan wanita dan tidak elok Kancil yang berikan. So, Kancil memilih slot pertama agar tiada berlaku salah faham. Lebih kurang 2 jam, peserta - peserta diberi pendedahan. Kebanyakan peserta teruja untuk mendengarnya.

Pada waktu malamnya, satu lagi LDK yang dikendalikan oleh Cikgu Nurjannah. Tajuknya Kancil ndak berapa ingat. Sebab masa LDK ini, Kancil kembali ke rumah untuk membersihkan diri. Giliran Kancil balik ke rumah. Biasalah syif. Hehehe...Lebih kurang 10 malam, Kancil kembali ke SK Jambatan Putih...ketika itu, LDK masih lagi berlangsung. Kancil sempat memberi sedikit taklimat kepada murid - murid tahun 6 ini. Selesai LDK, AJK kerja membuat persiapan untuk hari penutup esok.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, September 20, 2012

Program Hati Ke Hati Peringkat Negeri Sabah 2012 Daerah Tawau #1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Dua minggu lalu, 11 orang guru kaunseling sekolah rendah daerah Tawau yang terpilih telah menghadirkan diri dalam mesyuarat dan taklimat program Hati Ke Hati. Beberapa kali perjumpaan dibuat, akhirnya mendapat keputusan yang menarik. Maka pada hari Selasa, 18 hb 09 2012, program nie bermula dengan menghimpunkan 59 buah sekolah daerah Tawau.

Penyertaan adalah seramai 80 orang murid perempuan dan 57 orang guru pengiring. Hanya dua buah sekolah yang menarik diri daripada menyertai program ini. Program in berlangsung selama 3 hari 2 malam di Sekolah Kebangsaan Jambatan Putih. 

Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid perempuan tentang kehormatan diri dan seksualiti (menghargai tubuh badan). Di akhir program ini, berharap para peserta dapat mengetahui dan menghayati maksud nilai harga diri serta menjaga dan mempertahankan maruah diri dalam kehidupan seharian.

Kancil terlibat sebagai AJK Kerja dalam program tersebut. Malah dilantik sebagai Fasilitator dalam LDK 1 dalam program ini. Dalam program ini terdapat 3 LDK (Latihan Dalam Kumpulan). Acara ini bermula pada pukul 2 petang dengan slot pendaftaran. Kancil juga terlibat di dalam ajk pendaftaran.

Jom kita lihat beberapa gambar yang sempat Kancil ambil semasa program pada hari pertama :


 Mendengar taklimat daripada Kem Kom dan Murid - murid perempuan selesai solat berjemaah


Menunggu arahan dan aktiviti Ice Breaking


Pengarah program Cikgu Hajah Safiah dan guru - guru AJK Kerja


Beberapa aktiviti yang dibuat dalam aktiviti Ice Breaking


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...