Rakan Blogger

Monday, July 29, 2013

Asal Usul Bangsa Bajau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil merupakan suku kaum bangsa Bajau di negeri Sabah. Dalam subetnik Ubian dalam katogeri Bajau Laut di daerah Semporna. Di Sabah terdapat dua jenis bangsa Bajau iaitu lebih dikenali sebagai Bajau Darat dan Bajau Laut. Kancil dalam katogeri Bajau Laut. Bajau Darat tertumpu di Pantai Barat Sabah seperti Papar, Tuaran, Putatan dan Kota Belud. Manakala Bajau Laut tertumpu di Kudat, Semporna, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Bajau Darat dikenali sebagai penunggang kuda atau Koboi Sabah dan Bajau Laut dikenali sebagai penyelam terhandal yang boleh menyelam sedalam 15 kaki dan bertahan dalam 10 hingga ke 15 minit di dalam laut. Umum mengetahui bahawa masyarakat ini banyak terdapat di Sabah dan merupakan penduduk pribumi kedua tersebar di Sabah. Sebenarnya, ramai yang mendiami di Kepulauan Filipina Selatan bermula dari Kepulauan Belau (Palau) di sebelah timur hingga ke Kemboja dan Myanmar di Utara dan di Selatan Kalimantan di Indonesia. Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Buka sahaja kamus dewan, ada makna perkataan Bajau itu sendiri.

Tidak hairanlah mengapa Sultan Johor pernah melawat Pulau Omadal di Semporna. Menurut sumber, masyarakat di sana mempunyai hubung kait dengan kerajaan Johor pada masa kini. Selain itu, sumber lain mengatakan bangsa Bajau ini merupakan bangsa yang sama - sama membangunkan Kerajaan Negeri Melayu Melaka semasa pemerintahan Parameswara yang dikenali sebagai Orang Laut. Selepas kejatuhan Melaka, mereka berhijrah ke serata dunia.

Dari segi bahasa dan pertuturan, bahasa Bajau mempunyai lebih daripada 20 subdialek. Ia berbeza dari Bajau Darat dan Bajau Laut. Malah dari segi sosial pun memang berbeza dan menjadikan ia masyarakat unik di bumi Sabah. Kalau di Sabah, bangsa ini dikenali dengan nama Bajau, di Kepulauan Mindanao Badjao dan beberapa wilayah Indonesia dikenali sebagai Badjoe. Hakikatnya bangsa ini satu iaitu Bajau. Di atas faktor sejarah dan penggunaan tulisan jawi di ketiga - tiga wilayah maka sebutannya pun berbeza - beza.

Apa yang Kancil ceritakan di entri ini adalah perkongsian melalui pembacaan buku yang mana Kancil sendiri tidak ingat tajuk dan penulis buku tersebut. Selain itu, dari pengalaman Kancil sendiri. Jika ada yang kurang setuju dengan kenyataan Kancil di dalam entri. Anggaplah ia satu pandangan peribadi Kancil sendiri.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, July 26, 2013

Jawapan Dari Wordless Wednesday # 65

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas adalah pemandangan dari tepi Kampung Air Semporna yang mana berhadapan dengan Masjid Daerah Semporna. Kancil ambil gambar nie berdekatan dengan Pasar Ikan Besar Daerah Semporna. Jika rakan - rakan blogger dilihat di sudut gambar sebelah kiri ada ternampak kubah kuning. Itulah kubah masjid daerah Semporna. 

Dahulunya perkampungan air, akibat terbakar pada tahun 1990. Kini menjadi kawasan perniagaan dan pelabuhan. Perniagaan di kawasan nie seperti restornan, jual ikan bakar, kedai jual peralatan memancing, kedai runcit dan lain - lain lagi. Manakala pelabuhan merupakan pintu masuk ke pulau - pulau di sekitar daerah Semporna terutamanya Pulau Bum Bum, Pulau Larapan, Pulau Bait dan lain - lain.

Jika rakan blogger melihat di tengah gambar tersebut adalah kapal milik Bajau Laut (Pala'u). Bangsa inilah yang boleh belayar ke mana - mana negara tanpa menggunakan pasport. Tanpa halangan imigresen di sesebuah negara. Mereka hidup secara nomad di kawasan perairan di dunia. Ada juga dikalangan mereka tidak beragama. Hidup mereka dan sumber makanan mereka lebih pada laut. Dari sumber yang Kancil percayai, mereka akan mabuk darat bila berada di darat selama 2 jam. Kita plak akan mabuk laut dalam beberapa minit sahaja berada di atas kapal.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, July 25, 2013

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Kepada Blogger Fairus

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Nak taw siapa punya hari jadi hari ini. Tentu korang kenal dengan blogger Fairus yang bekerja di Muzium Melaka. Peminat setia kepada milo sehingga menyimpan pelbagai barang tidak kira tin atau beg yang bertanda milo. Pernah sekali masuk dalam newpaper disebabkan hobi beliau. Kagum dengan beliau.

Kancil mengenalinya sejak tahun 2001 lagi. Masa itu, kami belum bergelar blogger lagi. Masa itu juga, kami merupakan pelajar UiTM ambilan 2001 di Shah Alam. Kancil dan beliau merupakan rakan sekelas pada semester pertama dan berpisah mengikut kursus - kursus masing - masing pada semester kedua.

Kalau tidak silap Kancil, di kelas kami panggil dia APAI. Betul tak Fairus? hehehe...Pada semester pertama kami ada menyertai lakonan sempena IEP Night (Insentif English Programme) di UiTM Shah Alam. Dia berlakon sebagai The Rock manakala Kancil berlakon sebagai Sultan. Kami terputus hubungan setelah tamat belajar. Dengan adanya laman sosial iaitu Facebook kami dipertemukan dan beliau sendiri memiliki blog iaitu Fairus Dot Com. Singgah ke blog beliau di sini.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran 
Semoga Dipanjangkan Umur Dan Dimurahkan Rezeki.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Wednesday, July 24, 2013

Wordless Wednesday # 65

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, July 23, 2013

Tempat Menarik Di Daerah Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tawau merupakan daerah yang mendapat jolokan Bumi Peladang kerana sebahagian kawasan di daerah ini merupakan kawasan perladangan. Dahulunya penuh dengan pokok kelapa, kemudian pokok koko dan sekarang nie pokok kelapa sawit. Namun, biji koko yang dihasilkan dari bumi Tawau merupakan biji koko kelas pertama di dunia. Kancil belum pernah lagi ke kilangnya namun penduduk tempatan sudah memaklumkan kepada Kancil mengenainya. 

Selain itu, bandar Tawau merupakan syurga pendatang kerana disinilah ribuan PATI rakyat Indonesia dan Filipina datang bekerja secara sah dan menggunakan pasport untuk mencari rezeki yang halal dan menjanjikan pendapatan yang lebih baik berbanding di negara mereka. Kehadiran mereka adalah terkawal. Bagi memastikan mereka bukan penduduk Malaysia, lihat sahaja gelagat dan cara pemakaian mereka bila berada di bandar.

Tawau juga mempunyai hutan tertua di dunia seperti Maliau Basin yang diakui sebagai khazanah hutan yang sangat berharga di dunia. Selain itu, hutan simpan Bukit Gemuk yang cantik pemandangannya jika dilihat dari jauh. Manakala Taman Negara Bukit Tawau atau dikenali sebagai TABLE merupakan tempat kunjungan para warga Tawau yang inginkan ketenangan dengan kehijauan. Di TABLE ini ada pokok yang tertinggi di dunia, setinggi 15 tingkat bangunan. Kancil belum pernah ke sana lagi namun pernah tengok gambarnya. Memang tinggi.

Selain itu, ada tempat menarik seperti Tawau Cocoa Village, Shan Shui Golf (tempat kolam renang), Balung River Eco Park, Kolam Air Panas Semulajadi di Taman Hot Spring (masih dalam proses pengubahsuaian) dan Ranggu Holiday Valley di Batu 10. Kalau nak ke pantai pergi ke Batu Payong. Tapi bahaya kalau mandi ke sana. Kalau mahu berkelah tu bolehlah tapi mandi kena berfikir dua kali.  Di Tawau nie juga terdapat sebuah Masjid yang terbesar di negeri Sabah yang mana pernah dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada tahun 2006. Bagi yang suka membeli makanan laut yang murah, pastinya akan mengunjungi Pasar Tanjung. Pasar ini adalah bangunan 3 tingkat yang dilengkapi dengan ruang makan di tingkat 2 dan tingkat 4. Ruang atas adalah sangat menarik kerana dihiasi panorama keindahan laut dan kawasan bandar Tawau.

Pada hari Ahad atau cuti  hujung minggu, ramai pengunjung dari luar dan dalam akan mengunjungi Pasar Minggu Takada yang mana terletak di simpang 4 Jalan Apas. Selain itu, banyak restornan makanan laut yang rata - ratanya terletak di pinggir laut. Salah satunya di Batu Payong. Kalau bercerita mengenai tempat bersejarah. Tidak kurang hebatnya Tawau. Antara tempat bersejarah adalah seperti monumen Menara Loceng yang dibina pada tahun 1898. Ia terletak di pinggir padang bandaran Tawau dan merupakan monumen paling lama pernah wujud di Tawau. Selain itu, Tugu Peringatan Tentera Jepun yang terletak di jalan Tanjung Batu - Kukusan yang mana tapak perkuburan bersejarah wujud pad tahun 1945. Tempat ini selalu menerima kunjungan dari warga Jepun.

Di kawasan Kalabakan, lebih 100 km dari bandar Tawau terdapat tugu peringatan bersejarah yang dikenali Tugu Peringatan Kalabakan. Ia dibina pada tahun 1969 bagi memperingati kehilangan 11 pewira negara yang terkorban ketika konfrantasi Malaysia dan Indonesia dahulu. Sebenarnya ada banyak tempat lagi yang menarik di Tawau namun setakat nie sahaja yang Kancil dapat kongsikan. Lagipun Kancil bukan orang Tawau...kerja je di Tawau. Hehehe.. Insya Allah Kancil akan kongsikan dengan rakan - rakan blogger jika ada tempat menarik.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, July 22, 2013

Hormatlah Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil bersolat di masjid batu 2 area YB Ghaffur (ndak tahu nama masjid tersebut). Kekadang, Kancil berpindah ke masjid lain mengikut mood Kancil. Kalau mahu pergi ke bandar, pergilah Kancil bersolat di bandar. Namun, lebih banyak di masjid ini. Kerana imamnya membaca surah cukup mengasyikkan. 

Tapi ada satu cerita yang ingin Kancil kongsikan. Mengenai Hormat Orang Lain. Dalam banyak - banyak situasi, kita anggap ia remeh namun bagi orang lain ia cukup menguris jiwa orang. Terutamanya bila berdepan dengan orang lain yang sedang bercakap. Rata - rata mereka main lalu sahaja. Tapi Kancil yakin kita bukan macam mereka.

Semasa orang duduk menunggu masuk waktu, mereka main lalu sahaja ada tu siap langgar orang yang duduk. Bukankah itu tidak menghormat orang lain. Apa salah kita menegur minta lalu atau minta izin untuk bergerak. Kalau tidak pun cuit bahu orang yang duduk supaya dia mengetahui niat kita. Namun mereka tidak buat macam tu. Ditegur kita yang salah.

Selain itu, main mercun tengah bersembahyang. Bab nielah yang Kancil paling ndak suka. Kalau tidak mahu solat, janganlah buat bising. Janganlah buang mercun. Tetapi, bila kita tegur budak - budak remaja ini, lain pula tanggapan mereka malah ada yang bertindak agresif.

Tapi yang cukup menyedihkan Kancil kisah semalam. Semasa seorang kanak - kanak sedang mengambil air wuduk, tiba - tiba seorang lelaki dewasa menolaknya ke belakang. Budak tersebut terkejut dan terus menitiskan air matanya. Kancil ndak seberapa dengar apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut. Tetapi tidak eloknya dibuat budak seperti begitu. Lelaki tanpa rasa bersalah terus beredar membiarkan kanak - kanak lelaki tersebut menangis. 

Pada mulanya, kami meminta dia kembali untuk mengambil air wuduk tetapi dia menolak dan meminta kami dulu. Namun, Kancil dan seorang lelaki memujuk budak lelaki tersebut. Akhirnya dia kembali mengambil air wuduk sambil menitiskan air matanya. Kami berdua cuma menggelengkan kepala sesama sendiri. Mengapa perlu dilayan budak seperti tersebut? Hormatlah orang lain tidak kira dia kanak - kanak atau pun orang tua. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : insya Allah, esok Kancil akan cerita mengenai tempat menarik di Tawau..

Friday, July 19, 2013

Tabib Cina

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Semalam, Kancil anak beranak turun ke bandar Tawau untuk berjumpa dengan Tabib Cina yang terletak berhampiran kawasan Terminal Bas Tempatan Tawau. Seorang kawan isteri Kancil yang mencadangkan pergi berjumpa dengan Tabib Cina tersebut. Tujuan kami ke sana kerana anak pertama Kancil demam panas dan Kancil sendiri pun selsema. Teruknya kalau selsema masa bulan puasa.

Tiba di kawasan terminal, kami berpusing - pusing mencari parking yang sesuai dan memang sukar untuk menemuinya. Hampir 3 kali berpusing di kawasan yang sama. Akhirnya, kami mencari tempat yang agak jauh dari kawasan tersebut berhampiran dengan KFC besar. Alhamdulillah ada banyak space parking di sana. Dari sanalah kami anak beranak berjalan kaki.

Tiba di premis tabib cina tu, kami dilayan dengan baik oleh pekerjanya. Salah seorang pekerja bertanya adakah kami berasal dari daerah Semporna. Kancil bertanya kembali, yang mana satu asal Semporna. Orang tersebut berkata isteri Kancil seperti orang Semporna. Kancil hanya mampu tersenyum dan memberitahu bahawa isteri Kancil orang Tawau. Tapi memang pelik, Kancil yang berasal dari daerah Semporna tidak menampakkan ciri - ciri orang Semporna malah dianggap sebagai orang bugis.

Beberapa minit kemudian, kami dibenarkan berjumpa dengan Tabib Cina tersebut. Dari segi luarannya seperti usia 60 tahun namun masih gagah. Percakapannya bukan orang Malaysia tetapi Indonesia. Namun, namanya masih cina dan seingat Kancil, di negara Indonesia melarang bangsa Cina guna nama cina. Ini bermakna dia berasal di Malaysia namun pernah bekerja di Indonesia. Kemungkinan?

Cara rawatannya melalui lampu suluh yang ditujukan ke arah mata kita. Dia boleh kesan mana yang tidak baik dan sebab - sebab kita sakit. Kagum Kancil melihat cara dia memberi rawatan. Isteri Kancil pun berpuas hati kerana sakit - sakit dalam pun beliau boleh lihat melalui anak mata kita sahaja. Malah beliau mencadangkan beberapa jenis makanan untuk kesihatan. Orang Cina, biasa dalam bab - bab tersebut.

Setelah selesai, beliau memberi ubat cecair seperti herba. Baunya cukup tidak tahan namun begitulah ubat. Kancil bila diberitahu ada penyakit yang sedang berkembang bikin menakutkan namun sebelum ia bertambah besar lebih baik cegah dari awal. Beliau sudah mencadangkan beberapa makanan yang perlu dielak terutamanya makanan laut. Huhuhu...benda yang dilarang itulah benda yang paling sedap.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...