Rakan Blogger

Wednesday, January 29, 2014

Lasabela : Radio Malaysia Tawau (RMT)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Maaflah banyak - banyak kepada semua rakan blogger kerana Kancil kejap muncul kejap hilang. Ini kerana banyak perkara yang perlu Kancil utamakan. Namun, memang resah bila blog senyap tanpa maklumat tanpa pembaca. Apapun, Kancil berusaha untuk mencuri masa yang sesuai jika kerja - kerja tidak menghimpit masa Kancil. 

Minggu lalu sahaja, Kancil telah membawa murid ke pertandingan Catur peringkat daerah Tawau yang berlangsung 3 hari berturut - turut. Kelmarin, Kancil terlibat pula dalam Kejohanan Padang dan Balapan Zon Bandar. Alhamdulillah...hari nie ada sedikit ruang untuk dikongsi bersama. Itu pun setelah 3 laporan aktiviti siap dibuat. Hehehe...

Kembali kepada tajuk asal, tahun lalu lawatan pertama dibuat ke RTM Tawau sebelum lawatan ke Kolej Vokasional. Tetapi ceritanya dahulu ke Kolej Vokasional baru RTM...hehehe...Apapun salah Kancil sebab keliru. Keliru sudah terpost ke Lawatan RTM tu...rupanya belum. 

Seramai 15 orang murid dan 2 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan memberi pengalaman kepada murid mengenai dunia penyiaran dan mengetahui lokasi sebenar RMT ini. Selain itu, menghebahkan kepada murid bahawa Tawau memiliki stesen radio sendiri. 

Setiba di RMT, kami disambut oleh Puan Normah Haji Tohing yang merupakan Ketua Bahagian Rancangan. Beliau menerangkan kepada kami mengenai sejarah RMT dan perkhidmatan yang disediakan untuk umum. Setelah taklimat daripada Puan Normah, kami dibawa masuk ke dalam konti radio yang kebetulan Dejay Tamrin dan Dejay Zee sedang bertugas. Terus juga Kancil kena temubual oleh mereka berdua secara live...huhuhu...bergegar juga lutut Kancil.

Apapun, ia satu pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan oleh kami semua. Sebenarnya, Kancil sendiri tidak pernah datang ke sini hanya lalu sahaja. Lagipun RMT nie laluan ke Pasaraya Giant Tawau. Bersebelahan dengan Kem Tentera Kabota, Tawau. Kami pun dibawa bahagian - bahagian lain di dalam RMT. Jom kita lihat beberapa keping gambar sepanjang berada di RMT.


Suasana konti RMT


Kancil mencuba mengangkat kamera seberat 3 kg dan adik Khairil sedang mencuba menjadi penyampai berita

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, January 20, 2014

Lasabela : Kolej Vokasional Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tahun lalu, Kancil sudah membuat dua kertas kerja lawatan. Dan alhamdulillah, kedua - dua program tersebut berjalan dengan lancar. Yang pertama lawatan ke RTM Tawau dan kedua adalah Kolej Vokasional. Bilangan murid yang menyertai lawatan seramai 63 orang dan 4 orang guru pengiring. Kancil nak berkongsi dulu dengan lawatan kedua...

Tidak jauh juga sekolah St Patrick ke Kolej Vokasional..lebih kurang 2 km sahaja. Boleh jalan kaki sahaja tetapi demi keselamatan anak murid. Kenalah sewa bas untuk ke sana. Lagipun, laluan ke Kolej tu merupakan laluan utama ke Kalabakan. Tiba di kolej, kami disambut oleh PRS kolej tersebut. Mesra dan banyak membantu kami di sana. Jom kita lihat beberapa keping gambar sekitar di kolej vokasional :


Bergambar sebelum ke kolej dan wajah murid lelaki di dalam bas
 

Cikgu Nurliza (Guru BK) memberi taklimat dan murid - murid mendengar taklimat beliau

 

 Beberapa orang PRS membantu Cikgu Nurliza dan lawatan sekitar Kolej Vokasional


Gambar kenangan di depan Koperasi dan murid perempuan kolej ceria menerima kedatangan kami

 

Cenderamata disampaikan oleh Cikgu Nora kepada Cikgu Nurliza

Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, January 15, 2014

Menara Kayangan Lahad Datu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entry nie lama Kancil ndak post. Kancil ke sini pada bulan 9 selepas balik dari Sandakan. Kali ini Kancil ingin berkongsi cerita mengenai keindahan kawasan ini. Ia terletak di daerah Lahad Datu dan untuk ke sini kena mendaki Gunung Silam. Lagi pun, laluan untuk ke sana merupakan laluan utama dari Lahad Datu ke Tawau.

Bayaran dikenakan untuk masuk ke sana dan Kancil ndak ingat berapa bayarannya. Padahal tahun lalu juga Kancil ke sana. Ketinggian tempat ini lebih 800 kaki dan boleh lihat Teluk Darvel dari atas. Memang indah dan cantik. Kali pertama Kancil datang ke sini. Walaupun pernah tinggal di Lahad Datu selama 18 tahun. Dahulu tidak buka untuk umum dan sekarang...sesiapa pun boleh datang.


Gambar di atas adalah laluan ke Menara Kayangan. Memang sunyi dan menyeramkan kerana laluan di lereng bukit. Bimbang juga jika ada kenderaan dari hadapan yang turun dari gunung ini. Lagipun kiri dan kanan adalah hutan simpan Gunung Silam.


Gambar di atas (kiri) adalah pelantar Menara Kayangan dan gambar di sebelah kanan pula adalah pintu masuk ke Gunung Silam. Berdasarkan bukti yang dijumpai, gunung ini pernah dijadikan pusat pemerhati oleh pihak Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kancil ndak dapat ke tempat tersebut kerana ia masih ditutup untuk umum. Jom kita lihat pemandangan dari Menara Kayangan di Lahad Datu...


 


Jika kalian datang ke bumi Lahad Datu, singgahlah ke sini. Ia memuaskan hati korang jika berminat untuk melihat pemandangan di mulut Sabah. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil.

Tuesday, January 7, 2014

Selamat Tahun Baharu 2014...Azam Baharu??

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Dah lama tidak tulis sesuatu di blog keramat Kancil nie. Sehingga pelbagai maklumat ingin berkongsi terpaksa dibatalkan atas sebab - sebab tertentu. Insya Allah akan Kancil akan kongsikan dengan rakan blogger.

Terlebih dahulu Kancil ingin ucapkan Selamat Tahun Baharu 2014...apa azam korang? Dah tercapai ke azam korang? Harap - harap dah tercapai...Kancil pun ada azam sendiri...ingin membawa keluarga ke Johor...hehehe...legoland mariiii...

Insya Allah Kancil akan membalas kunjungan korang selepas kerja - kerja di sekolah selesai. Tahun lalu, Kancil ada kerja lebih menjadi pengawas SPM, jurulatih menari dan banyak lagi. Satu yang lebih teruk Kancil kena cacar...dah tua pun kena juga....kesiannya Kancil. Lepas Kancil..anak - anak Kancil pula yang terkena..

Terima kasih kerana sudi singgah...

Sunday, November 3, 2013

Kena Serang Malware

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil terpaksa buang list blog korang kerana terdapat salah seorang rakan blogger yang membawa Malware ke blog Kancil. Kancil ndak pasti siapa namun untuk menyelamatkan blog Kancil dan isi kandungan di dalam laptop terpaksalah Kancil buat macam tu. Harap dapat memahami keadaan Kancil.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

p/s : minggu depan Kancil menjadi pengawas SPM...sibuk lagi...

Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday # 70

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tuesday, October 8, 2013

Bercuti Di Sandakan : Sepilok

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entah berapa kali sudah Kancil kunjungi tempat ini. Namun inilah kali pertama membawa keluarga Kancil ke tempat ini. Walaupun pada tahun 2007, Kancil ada datang ke Sandakan tetapi ndak dapat singgah ke sini. Suasananya agak berubah berbanding era 90 – an. Dahulunya melalui denai sekarang melalui jambatan yang tingginya beberapa meter dari tanah. Mungkin ada sebab mengapa ia dibuat seperti ini.

Kalau kalian ingin melawat dan melihat orang hutan, datanglah pada pukul 10 pagi dan 2 petang. Masa itu merupakan masa makan mereka. Bilangan pengunjung memang ramai tidak kira dalam negara malah ada di luar negara. Time ini juga ada sekumpulan kera, yang mana kita kena hati – hati sikap pencuri mereka. Malah ia boleh mengancam kita walaupun kita hanya melemparkan senyuman. Bagi mereka ia satu ancaman.

Gambar di bawah sebelah kanan adalah pintu gerbang untuk ke kawasan Sepilok. Lebih kurang 2 atau 3 kilometer masuk dari jalan utama. Sebelum pintu gerbang ada satu pusat pemuliharaan iaitu Taman Burung. Kancil ndak ada masa kerana perlu balik ke Tawau pada hari tersebut. Seterusnya di bawah sebelah kiri adalah gambar pemandangan luar dari Pusat Pemulihan Orang Utan. Di sini ada tempat letak kereta dan tandas awam disediakan. Ingat masa mula – mula datang ke sini. Tiada pokok dan pagar sekitar kawasan ini. Kecuali pusat pemulihan yang mempunyai hutan tebal.


Gambar di sebelah kiri merupakan laluan atau jambatan yang Kancil masukkan di awal tadi. Kira lebih selamat dari sebelum ini. Boleh nampak dari atas apa yang terdapat di bawah. Jika kita lihat gambar ini, kita akan lihat beberapa ekor kera yang sedang menanti makanan daripada manusia. Nasihat sudah diberikan agar jangan member apa – apa kepada mereka malah jangan bertentang mata dengan mereka. Mereka akan menyerang kita. Memandangkan Kancil membawa anak-anak, kami berusaha untuk mengelakkan daripada menganggu mereka atau mereka menganggu kami,

Gambar di sebelah kanan pula adalah pelantar. Di mana para pengunjung akan melihat Orang Utan diberi makanan oleh Renjer Hutan. Masa ini, belum ramai datang lagi pengunjung kerana Kancil sekeluarga datang lebih awal. Tepat pada pukul 10 pagi, tempat ini penuh dengan para pengunjung. Lihat sahaja gambar di bawah ini. Ramai kan?  Ada yang dari Jepun, Australia dan dari Semenanjung pun ada.  Gambar di bawah merupakan Orang Utan sedang bergayut bergerak menuju ke arah Renjer Hutan. Gambar di sebelahnya adalah tempat tinggal Orang Utan tersebut.


Bagi yang ingin melancong ke Sandakan, jangan terlepas peluang untuk melawat kawasan ini. Walaupun bilangan Orang Utan tidak banyak namun matlamat pusat ini mengajar Orang Utan tersebut berdikari sendiri. Makin kurang bilangan Orang Utan, makin tercapai objektif mereka membantu Orang Utan.



Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...