Rakan Blogger

Monday, February 24, 2014

Suasana Kawasan Tanjung Batu Lahad Datu (Tanduo)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sudah setahun berlalu, kisah yang menyeramkan berlaku di kawasan Sabah khasnya di Lahad Datu. Walaupun jarak lebih 300 km, Kancil di Tawau berasa bimbang dan takut mengenai insiden pencerobohan tersebut. Memang huru hara keadaan di Sabah khasnya di Pantai Timur nie. Bimbang melarat ke kawasan yang aman.

Pada November tahun lalu, Kancil sekeluarga melawat kawasan Tanjung Batu dan Tanjung Labian. Untuk makluman, kali pertama Kancil datang ke sana pada tahun 1995. Ketika itu, jalan raya masih tanah merah dan dipenuhi oleh hutan tebal. Sekarang, ia jauh berbeza. Lebih - lebih lagi keadaan rumah yang terbakar dan terkena peluru. Memang menyeramkan ketika tiba di kawasan tersebut. Jom kita lihat beberapa keping gambar yang sempat Kancil ambil...


Pintu masuk ke Tanjung Labian dan laluan masuk ke Tanjung Batu
  

 Suasana yang sunyi dan keadaan rumah yang dibina semula


Kawasan sekolah SK Tanjung Labian dan bekas rumah terbakar oleh penganas
  

Rumah mangsa yang musnah yang serang pengganas

Ketika melalui kawasan kampung tersebut. Kancil dapat merasakan keperitan yang mereka lalui semasa pencerobahan. Ada rumah kedai yang hangus terbakar. Kenderaan yang rosak akibat diserang dan diletupkan, Bayangkan penduduk kampung berada di situasi tersebut. Walaupun, tiada nyawa penduduk yang terbunuh tetapi membuatkan mereka trauma berada di sini. Ada beberapa rumah yang elok tetapi dibiarkan kosong. Seperti penghuninya sudah berpindah dan tidak mahu tinggal di kawasan ini.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

15 comments:

fairus said...

SO, SEKARANG CAMNE? PIHAK TENTERA ADA BERJAGA-JAGA TAK DI KAWASAN TU?

Unknown said...

kita yg jauh ni pun rasa trauma gak dgn kejadian pencerobohan tu apatah lg bg penduduk sekitarkan,...

Kayu Manis said...

alhamdulillah..di banding dgn sengsara negara luar..

Anonymous said...

tq berkongsi sekurang2 taulah cerita terbaru di sana!

nuranne said...

saya cuma beberapa kali pernah ke lahad datu. paling jauh pn ke area sahabat. memang xkan pegi la area tanduo ni. nice sharing.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kasihan tengok keaddan mereka macam ni. Mesti dah tak beran nak tinggal di sana lagikan?

Aisy Nasiha said...

Alahai..kesian dan sedih ya. Bagusla gitu kawasan ni dah selamat nampaknya, dibuka utk orang awam masuk tengok keadaan.

ajax85 said...

kesian penduduk sn

Kakzakie Purvit said...

Bersama kita berdoa moga peristiwa itu tak berulang kembali. Pasti detik hitam itu tak boleh dilupakan sampai bila-bila..

Nor Azimah Ali said...

itulah namanya ujian, adalah hikmah yang kita tak tahu, betul kata knor, keadaan di sini tidak separah keadaan di Syria, Palestin...

Alhamdulillah, keadaan kian pulih kan?

Eintan Nurfuzie said...

mmm... mesti de yg masih trauma kan?

elnino de moona said...

kesiannya dorg kan.. huhu

btw blog sy ada prob. semua blog yg d follow hilang ni. tpksa check kawan2 blogger yg mana ja igt dulu. huhu..

Nina Mads said...

seramnya tgk keadaan di sana walaupun sedang dibangunkan semula

Jahirah said...

mmg trauma...moga kejadiaan mcm tu xberulang...

Sheldi musli said...

Kgku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...