Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Hari ini kancil ingin kongsi pengalaman semasa gempa bumi di Sabah. Memandangkan masa ini cuti sekolah, kancil membawa keluarga ke Kota Kinabalu. Menginap di hotel selama 3 hari. Awal pagi, kancil memandikan anak-anak kancil. Bergembira bersama anak di bilik mandi hotel. Selesai mandi, kancil ingin membuka pintu bilik mandi...tiba-tiba kancil seperti pening kepala dan lekas keluar dari bilik mandi. Keadaan dalam bilik semua bergoyang. Kancil terus menuju ke tingkap dan melihat parit besar di tepi hotel. Ternampak kocakan air. Bermakna gempa bumi melanda bumi Sabah.
Suara bising kedengaran di luar bilik hotel. Para penghuni hotel bergegas keluar dari bilik. Kancil rasa tiada lagi gempa bumi. Terus membuka Facebook dan melihat status rakan bahawa ada gempa bumi dalam pukul 7.15 pagi. Kancil terus meminta isteri mengemas barang untuk keluar dari KK. Lebih kurang 11 pagi, kancil bergerak balik ke Tawau. Ada rakan memaklumkan bahawa ada runtuhan batu di Ranau. Bimbang ada gempa susulan, kancil nekad balik ke Tawau.
Sehingga kini, kancil ndak selesa berdiri mahupun duduk...masih terasa gegaran yang kuat. Pernah terjadi sekitar tahun1991 namun tidak kuat seperti pagi tadi. Mana tidak menginap di tingkat 10. Sehingga sekarang ada gempa susulan pada pukul 12.10 tengah hari dan 9.15 malam tadi.
Semoga semua selamat terutamanya para pendaki yang terkandas di puncak gunung.
6 comments:
hmm, mungkin kita semua dah perlu biasakan diri dengan keadaan bencana gempa. supaya kalau ada apa2 lain hari, kita tak terlalu panik. dah tau apa nak buat.
*mujur takde apa2 yang lebih buruk berlaku.
semoga kancil n family seluruh penduduk sabah selamat di sana... still ada gegaran kecil kan..
Mujur kat selamat Umrah..
semoga selamat semuanya di sana ya (T___T)
semoga selamat semuanya di sana ya (T___T)
Moga semuanya selamat hendakNYA..
Post a Comment