Asslamaulaikum Dan Salam Perpaduan.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Ini adalah kawasan perumahan tempat Kancil tinggal sekarang. Sebelum ini Kancil tinggal di Batu 2 Jalan Apas Tawau. Keluasan kawasan ini sampai ke bukit hujung sana. Nama kawasan perumahan Kancil tinggal ialah Bandar Sri Indah Fasa 5. Bukit yang jauh di belakang sana (sebelah kanan) adalah Bukit Panchang, Tawau.
Luas bukan. Inilah kawasan perumahan yang paling besar di daerah Tawau. Memlilik lebih 5 fasa di sebelah utara. Manakala di sebelah selatan kawasan perindustrian iaitu terletaknya pusat membeli belah, terminal bas Tawau - Lahad Datu - Kundasang - Kota Kinabalu dan kedai - kedai runcit.
Kancil ambil gambar ini sewaktu berjalan - jalan sekitar kawasan perumahan pada waktu petang. Pada masa itu, kawasan ini belum lagi ditutup. Dan sekarang sudah pun berpagar. Tujuan supaya tiada orang luar memasuki kawasan perumahan memandangkan ia paling hampir dengan kawasan kampung di Ranggu.
Kancil mula mendiami kawasan ini sekitar tahun 2014. Kira orang terawal mendiami kawasan fasa 5 yang paling hujung antara 3 fasa sebelum ini. Hanya terdapat 4 fasa di sebelah utara iaitu Fasa 1 dan fasa 2 (dibina sekitar 2001), fasa 3 (dibina sekitar 2010) dan fasa 5 (dibina sekitar 2013). Tiada fasa 4. Mengikut fahaman orang - orang Cina, nombor 4 membawa maksud yang tidak baik pada perniagaan mereka.
Terima kasih kerana sudi membaca dan singgah ke blog Kancil 8349.
1 comment:
Awesome information, do anybody mind just reference back to it. This is the best Instagram online web viewer on the Internet. Discovering top trending photo and video on Pikdo right now!
Post a Comment