Rakan Blogger

Tuesday, April 17, 2012

Menyibuk Ke Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Batu Payong, Tawau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Pada hari Jumaat lalu, Gen2 Merah memaklumkan kepada Kancil bahawa sekolah mereka mengadakan program perkhemahan. Kalau ada kelapangan, datanglah ke sekolah katanya kepada Kancil. Beliau mencadangkan datang pada malam kebudayaan iaitu malam Sabtu. Kancil berjanji kepada beliau akan turun untuk menyaksikan program tersebut.

Pada malam Sabtu, Kancil menerima mesej daripada Gen2Merah berbunyi

"Ums, murid2mu menanya2 pasal ko di perkhemahan nie. Rindu dorang. Hehehe"

Rupanya Kancil terlupa pasal program tersebut. Sudah pukul 8 malam. Apa lagi, Kancil bersiap dan bergerak ke SK Batu Payong. Isteri Kancil berpesan supaya berhati - hati di tengah jalan. Inilah kali pertama Kancil bergerak pada waktu malam ke Kampung Batu Payong. Dalam perjalanan, Kancil terserempak dengan kereta peronda polis.  Begitu juga penduduk kampung masih berlegar - legar di perhentian bas. Rupa - rupanya ada kes bot kena curi. Bot tu sudah masuk ke kawasan Indon.

Sampai di SK Batu Payong, Kancil terus jumpa beberapa bekas rakan sejawatan di tempat memasak. Kebetulan tempat tu yang paling depan. Setelah bersalaman dan bercerita, Kancil pun mula bergerak ke tempat acara. Beberapa orang murid, menyebut nama Kancil. Apa lagi, terganggu sedikit acara malam tu. Hehehe....dalam masa yang sama mencari kelibat Gen2Merah.

Beliau sibuk mengambil gambar. Kancil hanya memerhati acara berlangsung. Rupanya, pertandingan malam kebudayaan baru bermula. Kira beruntung Kancil. Gen2Merah menyedari kehadiran Kancil. Kami berbual dan beliau mengusik kepada Kancil  berani datang ke sana pada waktu malam. Mahu menakut - nakutkan Kancil sebenarnya. Hehehe...dia lupa bahawa Kancil sudah biasa berjalan malam antara Tawau ke Kota Kinabalu. Nie kan pulak Tawau ke Batu Payong yang hanya 20 km.

Semasa waktu rehat, beberapa orang murid menegur Kancil. Ada yang menegur bahawa Kancil sudah berisi, tidak ingat sama mereka dan lama tidak datang menemui mereka. Kancil akui mereka rindu dengan Kancil. Namun Kancil sudah berada di sekolah lain dan memberi tumpuan tugas kepada sekolah tersebut. Ada juga bekas murid sekolah yang hadir dalam perkhemahan tersebut. Mereka pun bertanya soalan yang sama. Mengapa Kancil dipindahkan? Bukan kehendak Kancil sebenarnya tetapi arahan.

Tempat pada pukul 10.30 malam, Kancil mahu balik ke rumah. Gen2Merah mengajak agar berkonvoi balik. Beberapa orang guru perempuan yang mempunyai kenderaan sendiri pun mahu ikut berkonvoi. Mereka mencadangkan Kancil di hadapan dan  Gen2Merah di belakang. Gen2Merah berpesan jangan bawa laju. Semasa dalam perjalanan, Kancil terlanjak bawa laju. Akhirnya menunggu mereka.....hehehe...terbiasa sebenarnya. Kami membawa hanya 40 kmsj. Apabila sampai di Jalan Apas, apa lagi Kancil terus memecut laju dan diikuti oleh Gen2Merah.

Rupanya, ada kisah seram berlaku di SK Batu Payong. Patut pun mereka mahu berkonvoi. Hehehe...dah tu mereka bukan bagitau dekat Kancil pun. Kancil dapat taw bila baca FB sekolah. Apapun, Kancil rasa gembira dapat melihat perkhemahan UB di SK Batu Payong. Masih merindui sekolah tersebut. Walaupun hanya 7 bulan mengajar di sana. Murid - muridnya masih merindui Kancil

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, April 16, 2012

Punca Traffik Kancil 8349 Minggu Kedua Bulan April 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke  blog Kancil 8349.

Untuk minggu lalu, hanya seorang blogger je yang menyumbang traffik blog Kancil. Walaupun, blogger tersebut menyepi namun ia masih memainkan peranan tersendiri. Syukur memiliki sahabat sepertinya. Tentu ada yang tercari - cari ke mana beliau. Beliau masih ada namun sibuk dengan kerja yang diamanahkan oleh beliau. Insya Allah masa terdekat beliau akan muncul. 


Nampaknya, keyword minggu lalu berubah lagi. Ada yang lucu. Nak tengok, bacalah sendiri

contoh sijil










contoh sijil penyertaan










contoh sijil hari penyampaian hadiah










cerita hantu di sk st patrick










contoh sijil kolej










felda sahabat 16










gadis sukan sekolah










gambar kereta caldina










isi kandungan folio










menyapa animasi
 
Post popular minggu lalu :

Persiapan Akhir Majlis Tilawah Al - Quran Sekolah - Sekolah Peringkat Zon Bandar Selatan Tawau

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Sunday, April 15, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 4

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tepat pada pukul 6 pagi, isteri dan anak pertama Kancil bersama adik - adik Kancil mandi di jeti Ketua Kampung. Manakala Kancil ndak larat dan menjaga anak kedua Kancil yang masih dibuai mimpi. Tidak sampai setengah jam, Kancil dikejutkan oleh bunyi deringan telefon dari bilik sebelah. Disebabkan itu juga, anak kedua bangun. Memandangkan dia bangun, Kancil membawanya ke jeti Ketua Kampung.

Apa lagi, kami pun bersama - sama mandi ke laut. Kali nie airnya sejuk membeku walaupun matahari sudah menampakkan bahangnya. Kancil ndak lama mandi, sebab mahu bersiap untuk pergi memancing lagi. Lebih kurang 8 pagi, kami semua bergerak meninggalkan Pulau Mabul. Laut bergelora pada ketika itu, awan hitam berada di atas Pulau Siamil. So, keadaan di laut adalah mendung. Memudahkan kami memancing.

Lebih setengah jam bot bergerak, akhirnya kami berhenti di tengah lautan. Tempat pertama tiada hasil yang kami dapat. Kami bergerak di suatu tempat. Sama juga. Sehingaa empat kali kami berpindah tempat. Kancil melihat anak  - anak dan isteri Kancil. Nampaknya mereka kepenatan dan mereka tertidur di atas bot. Kami masih tidak puas hati dan mengharapkan hasil yang lumayan. Akhirnya, kami mendapat beberapa ekor ikan. Dekat 20 ekor kami dapat

Lebih kurang 1 tengahari, kami bergerak pulang ke pekan Semporna. Masa nie, Kancil mengambil peluang untuk melepaskan penat dan meminta isteri menjaga anak - anak kami. Tahulah, kanak - kanak kecil, mereka tidak tahu bahaya berada di atas bot. Hampir 2 jam Kancil tidur di atas bot. Ketika itu, bot kami melalui kawasan pembinaan jambatan antara Pekan Semporna dan Pulau Bum Bum. Rupanya sudah memulakan pembinaan.

Tepat pada pukul 4 petang, kami sampai di pelabuhan Kastam Safma di Semporna. Memandangkan kereta Kancil terletak di Taman Semporna Centre, Kancil meminta, bapa Kancil bawa ke sana. Kemudian ke Kampung Ubian. Lebih kurang 5 petang, kami bergerak pulang ke Tawau. Sebenarnya bapa Kancil meminta kami tidur di rumah untuk malam tersebut. Tapi Kancil memaklumkan bahawa kami ada urusan pada esok pagi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Friday, April 13, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 3

Assalamualaikum, Salam Jumaat dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Sambung balik cerita kita pasal percutian Kancil di Pulau Mabul. Kali nie aktiviti memancing pada waktu malam. Tepat pada pukul 8 malam, bot mula bergerak jauh dari Pulau Mabul. Seramai 9 orang berada di atas bot tersebut. Waktu malam tersebut, diterangi sinar bulan. Sehinggakan dasar laut kelihatan. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Sampai satu tempat, bot kami naiki berhenti di tengah lautan. Apa lagi, kami teruskan perjuangan kami. Tidak sampai 2 minit, Kancil orang pertama mendapat ikan. Entah apa nama ikan tu sebab samar - samar. Sambil - sambil kami memancing, kedengaran orang menyanyi di Pulau Mabul. Pelbagai lagu kami dengar. Tidak kira Cina, India, Melayu dan Inggeris. Lagu Kari Adabi pun dorang nyanyi.

Tepat pada pukul 12 tengahmalam, bot kami bergerak menuju ke perairan antara tiga pulau. Iaitu, Mataking, Kapalai dan Mabul. Sepanjang perjalanan, Kancil rasa kagum melihat dasar air laut yang boleh dilihat terus dengan bantuan cahaya bulan. Walhal, ia agak dalam. Kalau siang, mesti ndak dapat lihat. Kalau korang tengok pun mesti terpegun.

Tepat pada pukul 1 tengahmalam, kami meneruskan aktiviti memancing kami. Nampaknya, kami tidak dapat sebarang hasil berada di sana. Kebetulan angin kuat. Bergerak sedikit ke hadapan. Kali nie ada 4 ekor kami dapat. Tunggu punya tunggu dan kebetulan semua pun dah mengantuk. Pak Cik Kancil mengajak kami kembali ke Pulau Mabul. 

Sepanjang perjalanan balik, hanya Kancil dan pemandu bot tu je yang berjaga. Yang lain sudah dibuai mimpi. Kancil kena berjaga sebab menjaga laluan dihadapan kalau - kalau terlanggar air cetek. Tepat pada pukul 4 pagi, kami tiba di jeti rumah ketua kampung. Kancil terus ke bilik dan tidur.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

p/s : tiada gambar diambil pada waktu malam sebab ndak bawa handset.

Thursday, April 12, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 2

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri lalu, Kancil cerita mengenai perjalanan kami menuju ke Pulau Mabul. Lebih kurang 3 jam perjalanan di lautan. Kali nie, cerita di atas Pulau Mabul. Bersama dua orang sepupu, kami berenang dan berjalan menuju ke pantai Pulau Mabul. Berdekatan di pantai tersebut, ada pos pengawal polis. Kancil tidak membawa handset Kancil untuk mengambil gambar ketika ke pantai.

Kami merancang untuk mencari SK Pulau Mabul. Ia terletak tidak jauh dari tempat kami mendarat. Kami melalui kawasan perkampungan nelayan. Cantik dan indah. Tidak sangka, banyak gerai dan kedai runcit di kawasan tersebut. Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami tiba di perkarangan sekolah tersebut. Lalu kami menegur seorang gadis yang duduk di beranda. Bertanya mana rumah ketua kampung.

Rupanya, rumah ketua kampung terletak di hadapan kawasan sekolah SK Pulau Mabul. Tidak lama kemudian, pak cik Kancil datang dan meminta kami membawa bot tersebut ke kawasan sekolah. Apa lagi, kami berjalan sekali lagi ke tempat di mana kami mendarat tadi. Nasib juga air sudah naik. Mudahlah bot tersebut berlabuh di pinggir pantai. Kancil lah yang menunjukkan jalan ke kawasan sekolah tersebut.

Sampai di jeti rumah ketua kampung, kami terus memunggah barang - barang dari kapal ke rumah ketua kampung. Pak Cik Kancil memberitahu bahawa aktiviti memancing waktu malam akan bermula selepas solat isyak. Siapa yang lewat, tinggal di rumah. Hehehe...tapi kami terus terjun ke laut. Bermandi manda. Ingatkan air laut sejuk, rupanya panas. Sebenarnya, di dasar laut sejuk cuma di atas je yang panas. Kalau nak sejuk, terpaksa menyelam. Tahan ke?

Nanti kita sambung pasal aktiviti memancing pada waktu malam. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Mahu baca cerita sebelum nie : klik di sini

Jawapan Daripada Wordless Wednesday # 34

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tentu korang terliur tengok ikan panggang di atas nie. Hehehe...sedap. Kancil yang bakarkan sendiri. Ini adalah hasil tangkapan Kancil bersama bapa Kancil beberapa minggu lalu. Macam kata blogger Santri, memang betul ia ikan kerisik. Dekat 50 ekor ikan kami dapat dalam tempoh 1 hari di laut. Tapi masih ingat kata bapa Kancil, rezeki kita kurang pada hari itu.

Dari kecil, Kancil sudah diajar untuk membakar ikan. Cara menghidupkan api, susunan kayu dan cara ikan dipanggang. Semua nie diajar oleh bapa Kancil sendiri. Kancil lebih suka ikan yang dibakar menggunakan kayu berbanding di kuali. Gambar nie diambil di halaman rumah  sewa Kancil di Batu 5 Taman Kinabutan Ria, Tawau.

Isteri Kancil ndak sangka yang Kancil nie pandai panggang ikan. So, dia gembira kalau dapat makan ikan bakar. Cuma ada masalah kalau hidup di bandar nie. Kayu api susah nak dicari. Kalau di daerah Semporna, masih ada lagi yang menjual kayu api. Kalau tidak silap 20 tahun lalu, satu ikat 50 sen. Sekarang nie ndak pasti. Kalau guna arang plak, Kancil ndak suka. Entah mengapa. Cerewet plak...hehehe.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, April 11, 2012

Percutian Di Pulau Mabul # 1

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Entri hari tu, Kancil ada minta pandangan rakan - rakan mengenai Pulau Mabul. Terima kasih kepada semua rakan yang sudi memberi pandangan kepada Kancil. Kancil rasa gembira dan terharu membacanya. Tulah orang kata, kita mampu merancang tapi Tuhan yang juga menentukannya.

Pada hari Jumaat, Kancil sudah maklumkan kepada sepupu Kancil bahawa Kancil mungkin tidak dapat menyertai mereka. Agak kecewa sedih nada sepupu Kancil. Atas cadangan isteri Kancil, beliau minta Kancil sendiri yang pergi. Lagipun, ia merupakan salah satu hobi Kancil ke laut. Iaitu memancing ikan. Hehehe...

Pada pukul 5 pagi hari Sabtu, Kancil sudah bersiap untuk bergerak ke daerah Semporna. Tiba - tiba, isteri Kancil mengemas barang pakaian dan dimasukkannya ke dalam beg besar berwarna merah. Katanya kepada Kancil, peluang hanya sekali. Mahu juga tengok macam mana rupa pulau tu. Hati Kancil gembira. Apa lagi, Kancil membantu mengemas. Selesai, Kancil kejutkan anak - anak Kancil. Kancil sendiri mandikan mereka.

Lebih kurang 6 pagi, kami sekeluarga berangkat pergi ke daerah Semporna. Sepanjang perjalanan, kami menerima berita baik. Adik - adik Kancil ikut sama ke Pulau Mabul. Tersenyum lebar kami berdua. Kancil akui, adik - adik Kancil suka pada anak - anak Kancil. Inilah peluang mereka bersama - sama.

Lebih kurang 8 pagi, kami tiba di jeti Kastam Safma Semporna. Masa tu, semua sudah berkumpul. Kecuali beberapa orang sepupu Kancil yang masih berada di rumah mereka. Isteri Kancil takut kerana inilah kali pertama beliau ikut sama dengan Kancil ke laut luas. Kancil yakinkan bahawa ia selamat. Walhal, Kancil bimbang akan keselamatan anak - anak Kancil. Tapi mereka kena biasa sebab Kancil orang laut. Lebih kurang 9 pagi, bot kami bergerak menuju ke destinasi iaitu Pulau Mabul.

3 jam perjalanan menuju ke Pulau Mabul. Itu yang dikatakan oleh sepupu Kancil. Setiap kali, berselisih dengan mana - mana bot tidak kira bot nelayan atau bot laju. Ada sahaja tangan nie melambai - lambai ke arah bot tersebut. Kalau ikut bot laju, lebih kurang 40 minit sampai ke Pulau Mabul. Tepat pada pukul 12 tengahari, kami berhenti di tengah lautan. Rupanya, aktiviti memancing. Apa lagi, semua keluarkan pancing masing - masing.

Anak pertama Kancil, melihat gelagat Kancil sambil berteriak kepada Kancil ;

"Ayah! Tangkap ikan besar eya. Kita makan sama - sama"

Kancil mampu tersenyum sambil memasang umpan di mata kail. Sempat juga melihat wajah isteri yang sedikit mabuk laut. Kesian tengok wajahnya. Kancil minta dia tidur sekejap. Tidak sampai 5 minit, kami sudah mendapat hasil tangkapan lebih 20 ekor ikan. Sebab ada 8 orang yang memancing di atas bot tersebut.

Pada pukul 2 petang, tiada langsung hasil tangkapan kami. Seolah - olah minta kami ke Pulau Mabul dengan segera. Kebetulan, beberapa orang sudah mabuk laut termasuklah isteri Kancil sendiri. Anak - anak Kancil pula, tiada perasaan takut di atas bot tersebut. Kami yang dewasa bimbang melihat tingkahlaku mereka.

Tepat pada pukul 3 petang. Kami tiba di perairan Pulau Mabul. Belum turun lagi ke pantai. Sebab mahu makan tengahari. Lewat sikit makan sebab ketagih memancing tadi. Hehehe. Selesai makan, Kancil bersama beberapa orang sepupu, terus terjun ke laut. Kami berjalan dan berenang ke pantai Pulau Mabul. Setakat ini sahaja Kancil cerita kepada korang. Nanti sambung lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...