Rakan Blogger

Tuesday, July 24, 2012

Selamat Hari Jadi Kepada Pemilik Blogger Cik Power

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Agak lama juga Kancil ndak buat entri seumpama macam nie. Mungkin kerana sibuk dengan jadual kerja di sekolah mahupun di rumah hinggakan ucapan hari jadi kepada blogger lain Kancil ndak dapat buat. Mohon maaf kepada sesiapa blogger yang Kancil ndak buatkan entri untuk mereka.

Apapun, jom kita kenal satu orang blogger dan mungkin ada di antara rakan blogger sudah mengenali beliau. Hari nie merupakan hari bertuah beliau. Beliau menyambut ulang tahun kelahirannya. Macam mana Kancil kenal blogger nie. Kancil pun ndak seberapa ingat sudah. Yang pasti, beliau suka melancong. Kalau tidak silap tahun lalu beliau ada datang ke tempat Kancil.

Namun, kami ndak dapat berjumpa kerana ada urusan masing - masing. Apapun, jom kita sama - sama mengucapkan ;

Selamat Hari Jadi, Semoga Dipanjangkan Umur dan Dimurahkan Rezeki 

kepada Nafisya Ismail atau Cikpower.blogspot.com

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Monday, July 23, 2012

Punca Traffik Minggu Ketiga Bulan Julai 2012

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Memohon maaf kepada semua rakan blogger yang Kancil belum singgah atau membalas balik kunjungan anda..Insya Allah Kancil akan membalas. Berharap Kancil diberi peluang. Dalam kesempatan ini Kancil juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua rakan blogger yang beragama Islam.

Agak lama juga Kancil ndak buat entri ini semenjak laptop pertama Kancil bermasalah. Kini Kancil sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah mahupun di rumah. Buat entri dalam seminggu pun boleh dikira menggunakan jari. Namun, Kancil rasa bersyukur, walaupun kurang buat entri namun masih ramai yang sudi mengunjungi blog Kancil terutamanya mereka yang sibuk mencari maklumat yang berkaitan dengan urusan mereka. Blogger yang menyumbang traffik minggu lalu ialah ;



Jom kita lihat apa keyword yang rakan kita cari di dalam blog Kancil ini. Ada perubahan keyword minggu lalu...keyword yang pelik - pelik...

pulau semporna

aktiviti krs sekolah rendah


contoh sijil pertandingan


gambar rumah kayu di malaysia


kancil cantik

kartun 1 malaysia

animasi suami korek hidung nak tidur mmu

awek kl cunmelecun

bengkel kaunseling


Entri yang paling banyak dibaca ialah ;


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil.

Friday, July 20, 2012

Jawapan Wordless Wednesday # 43

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Gambar di atas nie, Kancil ambil sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah yang telah berlangsung pada bulan lalu. Terima kasih kepada semua rakan yang mengucapkan tahniah kepada Kancil. Sebenarnya, ia bukan usaha Kancil tetapi semua guru di sekolah tersebut. Lagipun Kancil baru beberapa bulan di sekolah ini.

Sekolah Kancil berada di nombor dua peringkat daerah dan merupakan ke 933 di kebangsaan. Manakala SK Bombalai merupakan pertama di daerah dan juga negeri Sabah. Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil ada memberi ceramah di sekolah tersebut pada tahun lalu. Ada Kancil ceritakan di dalam entri mengenainya. Ndak sangka sekolah tersebut telah mencipta nama yang hebat.

Tahun nie, kami ingin mengambil balik title kami sebagai sekolah pertama di daerah. Beberapa tahun lalu, prestasi sekolah kami jatuh. Namun ia tidak mematahkan semangat semua guru untuk merebut kembali milik kami. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday # 43

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Tuesday, July 17, 2012

Lama Menyepi...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Hai semua! Lama benar Kancil menyepi. Sepi kerana pelbagai kerja yang perlu dilaksanakan. Biasalah kerja guru. Ada sahaja program yang mesti dilaksanakan. Kalau bukan dari sekolah, dari pejabat, dari jabatan hinggalah kementerian. Banyak ooo...sampai kerja mengajar pun dah kurang. Bebudak lagi suka, ndak masuk kelas.

Apapun tulah rutin harian guru. Minggu lalu, Kancil sibuk dengan program Klinik UPSR. Seramai 147 orang murid menyertai program tersebut dan Kancil terlibat dalam program tersebut sebagai penceramah motivasi. Alhamdulillah, objektif tercapai dan ada perubahan sikap di kalangan murid.

Kebetulan, senamrobik 1 Murid 1 Sukan serentak dalam minggu klinik UPSR. Sekali lagi Kancil diberi amanah untuk mengetuai senaman tersebut. Ini merupakan kali keempat bagi Kancil mengetuai senamrobik sekolah. Kira tetap dan berpencen. Memang seronok dapat bersenam di awal pagi. Lebih - lebih lagi disaksikan oleh murid - murid sendiri. Gaya senaman berlainan dari yang lain. Kancil dah belajar dua minggu sebelum acara pada hari tersebut. 

Sabtu lalu, sekolah telah mengadakan pertandingan bola sepak dan bola jaring sempena 1 Murid 1 Sukan. Penyertaan murid amat menggalakkan. Seramai 128 orang yang menyertai. Tahun 6 terpaksa dikecualikan kerana mereka ada kelas tambahan. Tulah sebahagian acara yang berlansung di sekolah Kancil. Bulan depan bulan kemerdekaan. Ada lagi aktiviti berlansung.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

Thursday, July 5, 2012

Mohon Maaf Kepada Semua Rakan Blogger

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hampir 4 hari Kancil tidak update blog malah tidak membalas kunjungan rakan sekalian. Ini kerana laptop kesayangan Kancil ditimpa musihbah. Aisyeman, kena air minuman pada hari minggu lalu. Apapun itu kesilapan Kancil yang secara tidak sengaja. Apapun, sekali lagi Kancil memohon maaf kepada semua rakan blogger kerana Kancil menyepi beberapa hari ini.

Sehingga pada hari nie, Kancil belum terima khabarnya di kedai. Hari tu dah call, katanya masih diperiksa. Lama juga...Setelah selesai dan pulih sedia kala, Kancil akan membalas kunjungan kalian dan terima kasih kerana sentiasa menjadi pembaca setia di blog Kancil 8349.

Terima kasih....

Sunday, July 1, 2012

Ada Apa Dengan Lahad Datu, Sabah?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Selamat berhujung minggu kepada semua rakan blogger walau di mana anda berada. Utamakan keselamatan keluarga anda atau orang - orang yang anda sayangi. Pada hujung minggu nie, Kancil ada rancangan sendiri. Kena jemput ke majlis kenduri kesyukuran. Korang macam mana plak? Apapun masa nielah yang sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga.  

Hari nie, Kancil ingin berkongsi cerita mengenai daerah Lahad Datu. Entri agak panjang, kalau sudi bacalah sampai habis. Salah seorang pembaca Kancil meminta Kancil untuk cerita lebih banyak mengenai Lahad Datu. Kancil sudah ceritakan di entri Kancil terdahulu. Namun beliau ingin sangat mengetahui lebih lanjut mengenainya. Jom baca ke sini.

Lahad Datu mempunyai nilai sejarah yang tersendiri seperti mana di daerah - daerah lain di sana. Nama singkatan untuk daerah ini ialah LD. Lahad Datu merupakan perkataan daripada suku kaum Bajau yang bermaksud 'Tempat Datu'. Ini kerana terdapat banyak keturunan bangsawan dari Kesultanan Sulu menetap di kawasan ini. Salah seorangnya Datu Agaseh. Sebelum pembukaan LD, Silam merupakan pusat pentadbiran dan penempatan awal di daerah LD.

Menurut sumber, Pekan Silam telah diserang oleh kuasa tertentu pada ketika itu. Mengakibatkan ramai orang lari ke LD, Kunak dan Semporna. Yang hanya tinggal di Pekan Silam, kini Kampung Silam Lama hanya Batu Asas Bandar Silam. Silam bermaksud Islam oleh penduduk awal di sana. Ini kerana, Silam merupakan penduduk paling ramai beragama Islam.

LD merupakan daerah yang paling besar di Sabah. Sedangkan keluasan Felda Sahabat menyamai keluasan Negeri Sembilan di Semenanjung Malaysia. Daerah yang luas ini membekalkan sumber semula jadi yang tinggi. Di sini terdapat kawasan paling lama di dunia, iaitu Lembah Danum. Memiliki sumber air yang banyak selain itu ada sumber galian seperti arang batu. Kini menjadi isu.

LD terletak di Bahagian Tenggara (dahulunya Tawau). Berada dipinggir laut dan dilindungi oleh Pulau Sakar. Jarak dari Ibu Negeri Kota Kinabalu lebih kurang 400 km, manakala ke Tawau 150 km dan Semporna 160 km di bahagian Selatan. LD boleh dihubungi melalui jalan darat, udara dan laut. LD juga mempunyai daerah kecil iaitu Tungku jaraknya 76 km ke timur LD.

Dari segi sejarah mengikut pengalaman Kancil yang pernah duduk di sana. Tahun 1989 merupakan tahun paling menakutkan yang pernah dialami oleh penduduk LD. Di mana serangan Mundu (lanun) di Bandar LD telah berlaku. Mundu - mundu ini telah menyerang balai polis daerah yang terletak di atas bukit mengakibatkan suasana kelam kabut. Kesan dari serangan tersebut masih kelihatan di Bangunan Mido. Terdapat beberapa kesan tembakan di bangunan tersebut. (tidak tahu kalau masih ada)

Tahun 1993, Kampung Unta LD digemparkan dengan penemuan bom di dasar sungai. Ia ditemui oleh kanak - kanak kampung yang sedang mandi di sungai Pancuran. Bom itu terletak di kawasan setinggan kampung tersebut. Pada hari Jumaat, penduduk diarahkan berpindah dan sekitar 2 km persegi dikosongkan. Ia memudahkan kerja - kerja meletupkan bom tersebut. Sebanyak tiga kali cubaan dibuat. Salah satu cubaan tersebut menggunakan jet pejuang.

Tahun 1996, bandar LD ditenggelami air banjir setinggi paras dada. Ini kerana hujan turun seawal pagi Jumaat sehingga malam. Kebetulan air laut pasang. Untuk makluman, bandar LD dikelilingi oleh sungai - sungai seperti Sungai Pancuran (utara bandar) dan Sungai Tabanak (selatan bandar). Limpahan air yang banyak menjadi punca LD banjir. Tahun tersebut merupakan tahun pertama bandar LD banjir.

Sebenarnya banyak lagi cerita mengenai LD, namun Kancil ndak pasti yang mana satu yang beliau ingin tahu. Dari segi apa dan cerita apa? Apapun, entri ini dapat memberi sedikit gambaran mengenai LD kepada beliau. Berharap beliau berpuas hati.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...