Rakan Blogger

Thursday, May 12, 2011

Karenah Anak Murid SK St Patrick, Tawau



Setiap hari, saya akan melapor diri ke pejabat am sekolah. Datang untuk mengesahkan kehadiran saya ke sekolah. Selesai, saya terus menuju ke bilik guru. Dalam perjalanan ke bilik guru, saya melalui tapak perhimpunan sekolah dan saya ternampak seorang murid perempuan tahun 2 berlari sekuat hati sambil makanan masih di dalam mulut dan bekas makanan di tangan kanannya. Aduh!...mengapa main lari - lari nie. Terus saya menegur budak tersebut.

Teguran saya tidak didengar oleh murid tersebut kerana terlalu seronok bermain dengan rakan - rakannya. Kita sebagai guru perlu menegur tingkahlaku mereka sebab ia tidak elok untuk diri mereka. Sedang makan dan berlari ke sana sini. Nasiblah, seorang rakan mereka memanggil namanya. Dan mereka semua berhenti bermain. Saya hanya mampu tersenyum kepada mereka.

Tepat pada pukul 2 petang, keadaan kecoh di bilik guru. Sekumpulan murid seramai 3 orang memanggil seorang guru dan menyatakan bahawa ada masalah berlaku di kelas mereka. 
"Cikgu!...ada orang muntah di kelas cikgu. Ramai sudah sakit perut dan dorang muntah - muntah di dalam kelas"

"Siapa yang muntah tu?" tanya seorang guru yang duduk paling hadapan bilik guru

"Berapa orang yang muntah?" tanya lagi seorang guru lelaki

"Ramai cikgu. Dorang muntah di depan kelas cikgu" jawab murid tersebut

"Eyalah! ramai tu berapa orang?" tanya guru lelaki tersebut

"Dua orang cikgu" jawab dengan selamba murid tersebut

Kami yang mendengar perbualan tersebut tergelak kecil. Aduh!...ingatkan sampai 10 orang yang muntah. 

"Panggil mereka turun ke sini (bilik guru)" guru lelaki tersebut memberi arahan kepada murid 
Lebih kurang 3 minit, 2 orang murid perempuan muncul di hadapan bilik guru. Saya pun terkejut melihat dua orang murid tersebut. Mereka ini yang berlari - lari di tapak perhimpunan tadi. Mungkin perut mereka kembung atau...saya sendiri pun kurang arif tentang masalah mereka. Hasil siasatan, mereka terlalu bermain sampai ke kelas. Budak!...susah mahu dilarang. Makin dilarang, makin dorang buat.

Beza di sekolah lama saya dulu, tidak pernah kejadian seperti ini berlaku. Kalau ada pun jarang. 3 bulan baru sekali..agak - agaknyalah. Berbanding di sekolah baru, tiap - tiap hari ada kes luka dan muntah. Terlalu aktif anak - anak orang bandar nie...hehehe..tapi mudah luka.

3 comments:

Ce'gu JAERA said...

hehehehe... macam-macam karenah murid yang cikgu-cikgi kena bersabar utk mendidik ...

C`ayob.com said...

waaa ckigu kena banyak bersabar......, umrah....jumaat ini kita tak main badminton cuz gelangan di guna oleh jabatan tentera...so..ganti pada 19.05.2011...masa yang sama. Selasa,kahmis,jumaat..minggu depan.

Kancil 8349 said...

betul tu Dil... kena bersabar tetapi tulah kita nie kan manusia juga...tak lepas dari kesilapan dan kelemahan...apapun thanks my friend...

Ayub : ok bah geng...thanks for the info

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...