Rakan Blogger

Tuesday, August 23, 2011

Segmen Phat Corner : Segmen Di Mana Anda Beraya Tahun Ini

Selamat Datang dan Salam Perpaduan kepada semua blogger dan pembaca yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Atas jemputan daripada rakan blogger iaitu Aien Not Alien. Maka Kancil dengan sukacita menyertai segmen ini dengan hati terbuka. Membantu dan memeriahkan segmen blogger lain adalah satu perkara yang paling seronok bagi Kancil. Boleh berkongsi pengalaman orang kata. Kepada sesiapa yang berminat, korang just klik banner di atas. Lebih ramai lebih meriah.

Tahun ini, Kancil bersama keluarga akan beraya di kampung halaman Kancil di daerah Semporna, Sabah. Nama kampung Kancil ialah Kampung Bukit Sakong dalam kawasan Bugaya. Tahun  lalu, Kancil beraya di Lahad Datu tapi tahun ini  beraya di Semporna sebab mak bapa Kancil sudah berpindah ke Semporna dari Lahad Datu. Kira ini kali pertama beraya di Semporna.

Kancil berkerja di daerah Tawau dan jarak dari Tawau ke Semporna hanya 109 km. Masa perjalanan bergantung kepada kelajuan Kancil membawa kereta. Paling cepat 60 minit dan paling lambat 1 jam 40 minit. Hehehe...apapun utamakan keluarga. Buat apa nak laju - laju kalau sampai juga kan...

Rasanya itu je yang dapat Kancil kongsikan dan penganjur meminta tag 3 orang blogger. Berharap mereka sudi menyertai segmen ini. Dan jika tidak, Kancil minta maaf banyak2 kepada mereka. Mereka ialah :


8 comments:

Admin said...

salam, tq sebab sudi join segmen phat..phat x penah smpai sabah hehehe....selamat hari raya ;-)

Kancil 8349 said...

Phat : Salam,
terima kasih kembali dan gembira dapat mengikut segmen kamu...ada rezeki akan datang ke sini...

Selamat Hari Raya

cikgu said...

thanks kancil...insyaAllah ada mood saya join ek..skrg tgh ngantok..huhu..mood nak cuti

Kancil 8349 said...

Fad : ndak apa...faham sudah tu...hehehe

Anonymous said...

wahh best nya sabah, nda pernah lagi sampai sana.. bila lah saia mau jejak ke sana.. :) selamat hari raya bha! :)

Kancil 8349 said...

Queen : Selamat hari raya...

Aien Not Alien said...

Salam,

Cikgu Kancil...hati-hati pulang beraya nanti..

selamat hari raya aidilfitri... ^_^"

Kancil 8349 said...

Salam Aien :

Terima kasih...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...