Rakan Blogger

Wednesday, August 10, 2011

Segmen PS : Memori Kali Pertama Sambut Hari Lahir

Selamat Datang dan salam perpaduan untuk semua rakan blogger dan pembaca yang datang ke blog Kancil 8349



Wah!...banyaknya segmen yang Kancil 8349 ikut nie...hehehe...bukannya tamak tapi dijemput sendiri oleh tuan punya segmen. So, Kancil tidak mahu kecewakan mereka. Cuma satu contest je yang terpaksa Kancil tolak. Itu pun atas sebab - sebab tertentu.
Kali ini, Kancil telah dijemput sendiri oleh blogger Puan Sheila untuk segmen beliau. Seperti rakan blogger nampak tajuk di atas. Apapun, sesiapa yang berminat, jomlah kita beramai - ramai berkongsi pengalaman kita. Sila klik kat headaer PS di atas tu...

Macam mana nak cerita nie...susah nak memulakan sesuatu cerita. Apapun kali pertama menyambut hari lahir pada tahun 2005. Masa tu Kancil kerja di Kota Kinabalu dan isteri Kancil kerja di Tawau. (masa nie dia status kekasih). Kami bercinta jarak jauh. Seorang di Barat dan seorang di Timur. Nasiblah ada teknologi terkini, handset. Bolehlah bersms dan berbual - bual. 

Suatu hari, bakal isteri Kancil memberitahu bahawa ada orang masuk meminang. Terkejut Kancil mendengarnya. Rupanya, mak bapa bakal isteri Kancil tidak kenal lagi siapa Kancil dan mereka tidak tahu bahawa anak perempuan mereka mempunyai kekasih yang berkerja di Kota Kinabalu. Akhirnya mereka meminta Kancil datang ke Tawau.

First time nie jumpa mak bapa bakal isteri Kancil. Ndak sedap hati di dalam bas sejak dari KK hingga ke Tawau. Kebetulan, tarikh Kancil datang menemui keluarga bakal isteri Kancil adalah tarikh lahir Kancil. So, selain berjumpa dengan bakal mak dan bapa mertua, sekali gus menyambut hari lahir Kancil...

Sambutan hari lahir Kancil disambut bersama bakal mak dan bapa mertua dan tidak terkecuali bakal isteri Kancil di rumah mereka di Batu 2 Jalan Apas Tawau. Inilah kali pertama Kancil membuat jamuan kecil - kecilan sempena sambutan hari lahir Kancil. Itu sahaja pengalaman Kancil, mungkin korang pun ada pengalaman sendiri kan. Jomlah kita ikut segmen ini.

10 comments:

Cikgu Ma said...

saya tak nak join segmen ni...sebab tak pernah sambut bzday...apatah lagi disambut dan di suprisekan...huk3....teringinnya ada org buat sambutan utk saya (",)

Ce'gu JAERA said...

saya pun tak pernah sambut befday.. ehehe..

anyway, cuba konon ko jelaskan geng, entri ku yg ko komen tadi merbahaya dari segi mana ya.. confuse juga. ehe

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma : nanti kami buat suprise utk cikgu Ma...

Gen2Merah : eya ke geng..ok nanti kami buat kejutan....sal entri mu ada sudah ku jelaskan...

Sheila Adziz said...

thanx 4 join this segment :-) wow menarik pengalaman tu... segment ni bukan utk yang sambut ke tak... i just only want to know why segelintir masy kita celebrate this.... apa justifikasi dan relevan dalam masy kita...

jika y xsambut bg justifikasi, 4 exp bercanggah ngn adt malay n muslim...

cz kita tgk skang mmg malay dah byk ikut culture western... sori to say, 4 expl... wedding ceremony, tangkao gambar bermacam ragam, out door indoor....
then the pictures jd kebanggaan pd kita....

Cikgu Ma said...

ok...cikgu2 berdua sila beri hadiah spesel dari sabah yea utk bzday saya tahun depan..tahun ni punya dah lepas (",)

Kancil 8349 said...

Pn Sheila : terima kasih kembali.

Cikgu Ma : Hadiah Special???cikgu kena datang sinilah kalau macam tu...hehhe

Abby Salvatore said...

Abby sambut bday masa berumur 17 tahun...hehehe.
Bapak sponsor,jemout semua kawan2 sekelas,seblah kelas,guru2 and jiran.
Kira sambutan birthday besar2an lah.

Itu 1st time abby sambut birthday dan LAST jugak sebab macam abby x bminat buat mejelis birtday.Tp yg penting merasa la sudah kan...kekeke.

Sampai skang x pnah sudah sambut bday!

Kancil 8349 said...

wah...masih muda lagi sambut hari jadi...macam kancil dah dekat 25 tahun baru sambut...hehehe...

aizamia3 said...

biasa sambut dengan rakan sekerja.. walaupun tak surprise tapi tetiap tahun kami akan ikut turn antara geng kami.. menarik.. cuma kebelakangan ni takde masa, memasing sibuk..

Kancil 8349 said...

Aizamia3 : wah bestnya dapat rakan sekerja yang buat jamuan selalu...Kancil belum ada lagi sebab semua sibuk dengan kerja...huhuhu....mungkin tahun depan kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...