Rakan Blogger

Friday, June 14, 2013

13 Jam Pergi Dan Balik Dari Tawau Ke Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.


Tahun lalu, Kancil ada menceritakan tentang perjalanan Kancil sekeluarga ke Kota Kinabalu yang mengambil masa 10 Jam pergi dan 12 Jam Kembali. Jarak antara bandar Tawau ke Bandaraya Kota  Kinabalu adalah 550 km. Namun, tahun ini Kancil mengambil peluang bercuti sekali lagi ke Kota Kinabalu lebih awal. Ini kerana akhir tahun, Kancil ada program besar untuk dibuat dan tiada masa bercuti.

Untuk makluman rakan - rakan blogger, Kancil tidak lagi menggunakan Kenderaan Produa Kancil untuk ke Kota Kinabalu. Tugasnya telah diambil alih oleh Kenderaan Toyota Avanza milik bank tapi atas nama Kancil...hehehe..Kini Kancil memiliki dua kenderaan. Si Kancil nie digunakan untuk ke sekolah sahaja manakala Avanza untuk berjalan jauh seperti balik kampung ke Semporna...

Seawal 6 pagi, Kami bergerak dari Tawau ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan awal pagi, kenderaan baharu Kancil telah melanggar seekor anjing yang tiba - tiba melintas. Nasib juga anjing tu selamat dan kenderaan baharu Kancil tidak mengalami apa - apa kerosakan. Pemilik anjing tu buat bodoh je. Kalau mati baru bising..padahal dia membiarkan haiwannya bermain di jalan raya. Kancil menarik nafas lega dan meneruskan perjalanan.

Asal dua jam perjalanan, Kancil mengambil keputusan untuk berehat. Kerana kereta baharu, ndak boleh dipaksa sangat. Kelajuan yang Kancil bawa macam biasa 80 ke 90 kmsj. Ndak biasa laju - laju sangat. Keadaan muka bumi jalan raya macam biasa tidak baik. Namun cuaca amat panas. Kancil mengambil keputusan tidak memakai aircon sepanjang perjalanan. Minyak pun jimat seperti kenderaan produa Kancil...dalam RM 70 sekali isi.

Semasa berada di Kota Kinabalu, Kami sekeluarga merancang ke Lawas sempadan Brunei Darul Salam. Ia merupakan wilayah milik Negeri Sarawak. Perjalanannya mengambil masa 4 jam untuk ke sana namun Kancil tetap berhenti untuk rehatkan Avanza tersebut. Dari Kota Kinabalu akan melalui bandar - bandar seperti Papar, Membakut, Beaufort dan Sindumin. Sindumin adalah wilayah terakhir di bahagian Sabah dan bersempadan dengan Lawas Negeri Sarawak.

Pada tahun 2005, Kancil pernah melawat ke Lawas. Jalan raya cantik dan halus. Setelah 8 tahun, jalan raya sudah beralun dan ketika melalui ada kawasan - kawasan tertentu dinaiki air. Namun ada usaha untuk diperbaiki. Selain ke Lawas, kami juga ke Taman Buaya Tuaran. Namun tidak banyak aktiviti melancong kami melainkan ke 1Borneo, Suria dan Centre Point KK..

Dalam perjalanan balik ke Tawau, Kancil sekeluarga berhenti di Sekuati. Tempat memelihara ikan tagal. Untuk kali kedua kami singgah ke sini. Kali pertama ndak ramai orang dan kali kedua, bilangan pelancong ramai. Terutamanya daripada semenanjung....kalau rakan - rakan blogger datang ke sini memang terkejut dengan saiz ikan ini. Sehari selepas Kancil sekeluarga tiba di Tawau...tanah runtuh di Ranau mengakibatkan hubungan barat dan timur terputus untuk beberapa jam...nasib kami awal balik dan tidak terkandas di Ranau...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

10 comments:

aizamia3 said...

fuh.. 12 jam.. memang satu perjalanan yang memenatkan.. ;)

Unknown said...

jauhnya...boleh tercabut pinggnag !

ajax85 said...

tahniah kancil..dah makin besar keta itu..hyehhehe

Kayu Manis said...

juahnya...4 jam perjlnanan pun dah tak larat...terrorlah siapa yg memandu..

alhamdulillah rezeki...kena tukarlah nama blog tu...

Unknown said...

8 jam pun dah rasa x mampu.. inikan pula 12 jam.. isk.. isk.. lawa avanza tue.. ;)

Anonymous said...

lama tu perjalanannyer pasti penat kan

Tengkubutang said...

Follower ke : 854
Hai.. Salam Kenal..
done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Unknown said...

lepas nie kena tukar nama ler kancil... jadi kancilvanza...he3
jauh perjalanan tu..... tapi kalau pemandangan indah sepanjang laluan..... itu cukup mendamaikan...

Kancil 8349 said...

Aizamia3 : memang memenatkan tapi ia suatu perjalanan yang menyeronokkan

Khairul : apa boleh buat...tahan pinggang je

Man : terima kasih...rezeki Allah

Knor : hehehe...cuba dulu baru rasa...tidak akan ditukar nama blog nie...apapun terima kasih cadangan tersebut

Queen : kena biasakan diri...terima kasih..impian kereta kancil

Kesuma : memang penat tapi ia menyeronokkan

Tenku Butang : Salam Perkenalan dan terima kasih

Remy : terima kasih atas cadangan tetapi nama blog nie tetap kekal...

Unknown said...

salam perkenalan..saya pernah join jelajah Sabah be4 kahwin dulu..travel last di zaman bujang..jalan dari KK, lalu Ranau, Kinabatangan, Lahad Datu seterusnya ke Tawau..pengalaman yang sangat menyeronokkkan :)

jemput singgah http://ummuamar.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...