Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Minggu lalu, sekolah Kancil menyertai Kejohanan Balapan dan Padang peringkat Zon Apas 2017. Terdapat 13 buah sekolah bertanding di zon ini. Seperti sekolah lama Kancil, persediaan telah dibuat dengan latihan berterusan kepada semua atlet sekolah. Namun dengan keadaan fizikal murid Kancil yang kecil tidak dapat mampu mengalahkan pasukan dari sekolah lain.
Tambahan lagi, murid kampung tidak sama dengan murid bandar. Semangat mereka pun amat berbeza. Kebanyakan murid Kancil latih tidak bersungguh - sungguh malah ada yang melanggar arahan semasa melatih. Namun sepanjang kejohanan, terpapar wajah sedih mereka bahawa apa yang mereka buat tidak membuahkan hasil. Mereka beranggapan bahawa mereka jaguh. Realitinya mereka kalah di peringkat zon.
Bagi Kancil ia sebagai pengajaran kepada mereka bahawa dunia mereka bukan di sekolah. Sekolah Kancil mendapat tempat ketujuh daripada 13 buah sekolah bertanding dengan pungutan pingat satu perak dan satu gangsa. Insya Allah akan diusahakan lagi untuk mendapatkan emas pada tahun hadapan.
Sekian dan terima kasih.
3 comments:
Betul cikgu
Pendedahan anak luar bandar tentulah tak sama anak yg duduk di bandar. Tapi bagus juga dgn apa yg mereka dpt menjadi pemangkin semangat utk berusaha lebih lagi di pertandingan akan datang
Lagi satu kira ok sebab tidaklah sampai tempat jauh ke belakang sangat.
ps:
Lama kakak tak terjumpa blog cikgu. Baru kembali aktif atau kakak yg tak perasan.
Tahniah. Tak apa,
Tahun depan cuba lagi.
Ada rezeki boleh dapat emas.
Pencapaian 7 daripada 13 tu dah kira hebat dah bagi saya. Ada banyak lagi sekolah yang berada di kedudukan bawah. Jadikan ini motivasi buat mereka supaya berusaha dengan lebih gigih.
Latest, http://lynk.my/55oX
Post a Comment