Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Cuaca di Tawau agak mendung pada pagi tadi. Rutin harian seperti biasa, Kancil melapor diri dengan memasukkan punch card ke dalam mesin. Seawal pagi, Kancil membuka makmal komputer. Memandangkan Kancil mempunyai jawatan baharu iaitu Penyelaras Bilik Akses.
Awal pagi, Kancil dikejutkan dengan berita yang tidak menyenangkan. Rumah arwah mertua Kancil di Batu 2 dipecah masuk. Rumah tersebut didiami oleh ipar Kancil yang berkerja di salah satu bank di Tawau. Kebetulan, ipar Kancil berada di Brumas dan rumah tersebut tidak ada penghuninya.
Teruk juga pintu rumah dikerjakan oleh penjenayah. Kehilangan dianggarkan RM 10 ribu sahaja. Bukan wang ringgit tetapi laptop, ipad dan lain - lain lagi. Barang mereka curi. Habis bersepah rumah digeladah oleh mereka - mereka nie. Dianggarkan lebih 2 orang yang melakukan pecah rumah.
Sebelum malam kejadian, memang kawasan tersebut sering ada kes kecurian. Terutamanya kenderaan. Bateri kereta plak mereka tapau. Beli baharu, malam ni dicuri. Teruk juga. Anak buah ada menjaga malam tetapi ndak sangka rumah pak cik mereka dikerjakan oleh pencuri.
Memang sudah terjadi. Mahu buat apa. Polis datang menyiasat dan mereka berusaha untuk membanteras jenayah yang kian menjadi - jadi. Tengahari tadi, Kancil berada di kawasan rumah ipar Kancil di batu dua. Memang ramai mereka nie. Habis rebah rumput panjang di belakang rumah.
Makin susah hati bila kita tinggalkan rumah.
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment