Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Selamat datang kepada rakan pembaca dan blogger yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Mengatur masa yang tidak seragam menyebabkan blog ini terabai lagi. Acapkali ingin membuatnya, Kancil sibuk dengan kerja - kerja realiti. Biasanya kerjaya seorang pendidik pasti sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bukan setakat mengajar malah pengkeranian pun kami sapu. Itu pun orang kata makan gaji buta. Yang mengata tu plak dibayar ke? hahaha...
Insya Allah, Kancil cuba membahagikan masa. Memandangkan sekarang ini cuti sekolah, barulah terbuka blog Kancil ini. Kita akan cuba membuat cerita dan perkongsian pengalaman di dalam blog.
Rakan seperjuangan pun ada menegur mengenai blog Kancil. Mengapa dibiarkan sepi? Begitulah jika kita tidak dapat bahagikan masa. Ini sekadar permulaan cerita. Untuk kembali ke dunia blog.
Kancil sudah terlalu jauh meninggalkan alam blog nie. Dan seingat Kancil, ada rakan - rakan blogger Kancil pun sudah tidak aktif berblog. Tapi kami masih berhubung di media sosial lain. Sekadar ber like sahaja dalam status mereka. Yang penting kita masih menyokong mereka.
Terima kasih yang sudi singgah ke blog Kancil.
2 comments:
Betul tu..
Saya pulak jarang dapat singgah blog kawan2, dek kekangan masa tambah lagi dengan tugas hakiki.. :(
Aizamia3
kita doakan semoga blog tidak sepi lagi
Post a Comment