Rakan Blogger

Saturday, November 30, 2019

Jadilah Pengguna Motosikal Yang Berhemah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Sekitar tahun 2004, Kancil telah mengambil lesen motor. Tujuan Kancil mengambil lesen supaya dapat membeli motorsikal dan memudahkan Kancil bergerak dari rumah penginapan ke tempat kerja. Sebelum bermotor, Kancil terpaksa menggunakan dua bas berbeza untuk ke tempat kerja. Dan kena awal bergerak memandangkan pada waktu pagi adalah kemuncak orang pergi ke tempat kerja. Selain itu, murid - murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas.

Bila balik dari tempat kerja plak, Kancil akan sampai sekitar pukul 8 malam dari tempat kerja. Kena berebut dengan penumpang lain ketika balik. Selama 3 bulan Kancil bertahan dan bersabar. Akhirnya Kancil ambil keputusan untuk mengambil lesen motor. Pada awalnya, keluarga Kancil melarang sama sekali namun terpaksa akur dengan kehendak Kancil.

Sepanjang menjadi pengguna motorsikal, Kancil selalu berpesan pada diri sendiri jangan pentingkan diri sendiri di atas jalan raya. Kerana ada ramai pengguna jalan raya yang menggunakan jalan raya ini. Kita kena bertoleransi dengan orang lain supaya kita tidak di timpa kemalangan. Sentiasa berwaspada berada di atas jalan dan jangan sesekali beranggapan bahawa orang lain mengetahui kehadiran kita di atas jalan raya.

BIla membelok, pastikan lampu isyarat dinyalakan. Dan perhatikan cermin sisi jika kita berada di kawasan yang selamat. Barulah kita membelok dengan selamat. Ketika memotong kenderaan lain, pastikan kita berada di jarak 3 kaki  atau 4 kaki dari sisi kenderaan tersebut. Ini bertujuan kita berada di zon selamat untuk memotong. Apa yang paling penting, pastikan tiada kenderaan yang berada di hadapan kita atau di belakang kita ketika kita ingin memotong kenderaan lain.

Itu adalah salah satu panduan ketika kita berada di atas jalan raya. Apa yang Kancil perhatikan sekarang, rata - rata pengguna motorsikal tidak memikirkan keselamatan diri sendiri atau pun orang lain. Mahu membelok pun, main masuk sahaja tanpa menyedari ada kenderaan lain sedang mengekorinya. Bila dilanggar mulalah menyalahkan orang yang melanggar sedangkan punca adalah dari diri sendiri. Masuk ke jalan utama pun begitu, terus meluru masuk tanpa menyedari kehadiran kenderaan lain.

Belum lagi ketika memotong kenderaan lain, terlalu rapat pada sisi kenderaan yang ingin dipotongnya. Dengan menghampiri sisi kenderaan lain boleh mengundang bahaya pada diri sendiri. Ini kerana, jika kenderaan tersebut cuba menggelak sesuatu yang berada di kiri sisinya, motorsikal yang terlalu rapat akan melanggar dinding kenderaan tersebut. Maka akan berlakunya kemalangan.

Kancil dahulu pengguna motorsikal. Tahu peraturan jalan raya dan tahu apa yang perlu dibuat di atas jalan raya. Pesan Kancil kepada rakan - rakan pengguna motorsikal, kita melanggar atau dilanggar tetap cedera, tetap parah. Oleh itu, sentiasa berhati - hati di atas jalan raya.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

2 comments:

aizamia3 said...

Saya takde lesen motor dan tak boleh ambil sebab tak dapat keizinan dari ayah sendiri, bapa mertua + en. hb sendiri.. hahaha.. Hadaplah jalan sesak tu sendiri.

Kancil 8349 said...

Aizamia3
sabarlah... di sini saya tidak dibenarkan oleh orang rumah bermotor. Bimbang katanya... so kena hadap sendiri juga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...