Rakan Blogger

Tuesday, June 14, 2011

Suasana Hari Pertama Sekolah Di SK St Patrick.


Tepat pada pukul 11 pagi, saya sudah bersiap untuk ke sekolah. Hari ini merupakan hari pertama selepas cuti 2 minggu. Pada masa ini, selera makan saya tiada. Semacam tidak sabar mahu ke sekolah. Dan kebiasaannya saya akan makan terlebih dahulu sebelum ke sekolah. Dan hari itu juga, saya datang lebih awal ke sekolah. Pada pukul 11.30 pagi. Jalan raya menuju ke sekolah tidak sesak. Sunyi...sekolah ke hari ini?. Terdetik di dalam hati saya.

Setiba di sekolah, saya melihat gelagat  anak - anak murid SK St Patrick. Terpapar di wajah mereka gembira dan seronok. Mungkin ingin belajar selepas bercuti dan mungkin juga ingin bertemu dengan rakan - rakan sekolah mereka. Namun situasi pada hari tersebut berbeza. Mereka lebih banyak duduk bercerita daripada bermain seperti biasa. Mungkin ada cerita yang ingin mereka kongsikan semasa cuti sekolah.

Saya terus menuju ke bilik Penolong Kanan untuk mendaftar nama. Apabila saya membuka buku kehadiran. Sah! saya orang pertama datang pada hari tersebut. Semangat pula datang awal ini...hehehe...selepas mendaftar saya mencari buku rekod mengajar dan rekod harian BK. Kemudian saya menuju ke bilik guru. Rakan - rakan sejawatan pun sibuk bercerita mengenai cuti mereka. Saya hanya mampu mendengar dari tepi seperti orang baru masuk berkerja...tidak mahu menyampuk..hehehe.


Sebelum berakhir sekolah pada hari tersebut, perhimpunan petang diadakan. Semua murid berhimpun di tapak perhimpunan begitu juga guru. Semasa ucapan Guru Penolong Kanan Petang, beliau memberitahu bahawa ada 28 orang murid yang tidak hadir ke sekolah. Bilangan paling ramai tidak hadir pernah direkod pada tahun tersebut. Menurutnya, mungkin murid - murid tersebut lupa sesi persekolahan telah bermula dan beliau memesan kepada anak - anak murid untuk memberitahu rakan - rakan mereka untuk hadir ke sekolah.

Satu perkara yang menarik perhatian saya semasa ucapan Guru Penyelia Petang. Beliau memberi nasihat dan peringatan kepada semua murid agar menjaga diri mereka dan "Menjaga Ibu Bapa Mereka". Selalunya, guru - guru hanya berpesan agar menjaga diri mereka sendiri dan tidak menyebut pun untuk menjaga ibu bapa mereka. Betul juga, kerana anak - anaklah yang akan menjaga ibu bapa bila mereka sudah dewasa. Jika kita sudah mind set murid - murid untuk menjaga diri mereka dan ibu bapa mereka...insya - Allah....mereka tidak akan lupa..
Apapun, saya gembira kembali bertugas di sekolah tersebut. Kehadiran kami di sekolah pun di sambut dengan gembira oleh murid - murid sekolah. Mereka asyik bertanya ke mana guru - guru mereka bercuti....

Selamat Kembali Dari Bercuti Warga 
SK St Patrick...

Sunday, June 12, 2011

Hasrat Tak Kesampaian


Mengapa! 
Mengapakah hatiku merasa merana?
Mungkin kejadian semalam?
Aku jadi tidak menentu
Aku menyangka kau dan dia 
Hanya sekadar kawan
Sepertimana aku dan rakan - rakanku
Tanpaku sedari
Kau dan dia menjalinkan persahabatan
Ah...Bisanya
Bila menyedari kau dimiliki
Harapanku gugur untuk memilikimu
Tapi aku tetap bersyukur
Kerana itulah pilihanmu
Pilihan masa  depanmu.

* Sajak ini saya hasilkan pada tahun 1997 semasa saya di tingkatan 4. Sajak pertama yang penuh kenangan dan sajak ini juga menjadi rujukan saya untuk menghasilkan sajak - sajak seterusnya...Untuk kali ini, saya tunjukkan kepada umum mengenai sajak saya. Saya akui banyak kelemahan...biasalah kalau cubaan pertama....

Hari Terakhir Cuti Semester Satu 2011

Hari ini merupakan hari terakhir untuk cuti semester satu bagi tahun 2011. Selama 2 minggu bercuti. Selama itu juga kerja dan tekanan di sekolah di letak belakang untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan rehat. Bermula juga esok, semua warga pendidik kembali ke sekolah menemui anak didik mereka begitu juga anak didik mereka menemui warga pendidik mereka.

Lama juga berehat. Banyak juga kejadian dan perkara yang menarik berlaku sepanjang 2 minggu. Lebih - lebih menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan - rakan. Bersantai dengan keluarga dan banyak lagi. Namun, masa sudah pun berlaku dan begitu sekejap sahaja ku rasa. Seperti pejam celik pejam celik mata je.

Esok, bermula kembali mengajar anak - anak bangsa. Yang tentunya masih ingin bercuti. Kalau boleh tidak mahu datang ke sekolah. Seronok lagi bercuti. Lain pula kalau yang merindui rakan - rakan dan guru - gurunya. Yang pastinya esoklah hari yang dinanti - nantikan oleh mereka. Esok jugalah, ada yang menjadi terlupa dan tidak biasa. 2 minggu buat rasa selesa dan bermula esok akan membuat kelam kabut.

Apapun, saya ingin mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua warga pendidik dan selamat kembali ke sekolah untuk anak - anak didik di seluruh Malaysia. Pendidikan kamu menjamin masa depan negara. Tanpa pendidikan dan ilmu di dada, kamu seperti manusia yang buta di siang hari...

Perlawanan Akhir Piala FA : Kelantan Dan Terengganu

 
Semalam, dua pasukan negari Timur beraksi bagi merebut Piala FA iaitu Negeri Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil. Sememangnya saya kurang berminat untuk menyaksikan semuanya. Hanya pada masa - masa tertentu terutamanya masa menjaringkan gol. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 9 malam semalam. Tetapi saya menyaksinya pada minit - minit terakhir perlawanan. Iaitu minit ke 88 perlawanan tersebut. 
 
Pada mulanya, negeri Kelantan mendahului negeri Terengganu dengan jaringan 1 - 0. Sehinggalah masa kecederaan, negeri Terengganu bangkit untuk menyamakan kedudukan pada minit 90. Itu pun kesilapan pemain pertahanan Kelantan apabila menanduk bola ke gawang sendiri. Semacam dia cuba mengeluarkan bola tetapi tertanduk masuk gawang sendiri. Pada masa nie, isteri saya juga turut menonton perlawanan tersebut. Tidak sangka dia pun minat menyaksikan perlawanan tersebut.
 
So masa dilanjutkan ke masa tambahan. Ketika masa tambahan inilah, Pasukan Penyu mengasak kuat kubu pertahanan The Red Warriors. Akhirnya, pertahanan mereka goyang disebabkan oleh pemain gantian Ahmad Nordin Alias. Beliau muncul menjadi wira skuad Penyu apabilan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 109 masa tambahan.
 
Apapun tahniah buat Skuad Penyu kerana berjaya menjulang Piala FA buat kali kedua. 
 
Majulah sukan untuk negara.....

Saturday, June 11, 2011

Mimpi Ngeri.....



Entri ini mengisahkan kejadian semalam yang berlaku kepada diriku. Mungkin ada di antara kamu pernah mengalami mimpi ngeri. Malah terbawa - bawa sampai ke alam realiti. Aku pun pernah mimpi ngeri tapi tidak seperti semalam menyebabkan semua orang di dalam rumah terkejut dan terbangun dari tidur mereka. Entah mengapa boleh terjadi sedemikian rupa.

Petang semalam, saya sempat bermain badminton bersama isteri saya lebih kurang 30 minit kami bermain di laman rumah. Sekadar mengeluarkan peluh sahaja. Lagipun isteri saya berminat untuk bermain. Pada pukul 7 malam, saya bergerak keluar dari rumah menuju ke stadium tertutup Tawau. Bermain badminton bersama kenalan - kenalan saya. 

Pada malam tersebut, hujan lebat turun. Niat mahu makan di luar tetapi disebabkan hujan, kami semua balik ke rumah masing - masing. Sampai di rumah, isteri saya sudah menyediakan air panas untuk mandi. Selesai mandi barulah saya makan makanan yang dihidangkan oleh isteri. 

Lebih kurang 12 tengah malam, hujan masih turun dengan lebat. Saya memandang luar jendela dan melihat beberapa buah kereta mula meletakkan kereta mereka di hadapan rumah kami. Mungkin air sungai sudah naik. Saya memberitahu isteri saya bahawa saya ingin mengeluarkan kereta dari bawah rumah. Supaya tidak kelam kabut dan tidak tertekan dengan manusia yang suka mencari pasal. 

Maksud saya manusia yang suka meletakkan kereta mereka sesuka hati  dengan menutup laluan keluar kereta. Isteri saya bersetuju. Kami pun turun ke bawah rumah. Saya menghidupkan enjin dan isteri saya membuka pintu pagar. Selesai kami pun terus naik ke rumah. Saya sempat memberitahu isteri saya supaya membasuh kaki sebelum tidur.

Malam itu saya tidak dapat tidur. Ada perasaan yang menganggu saya walaupun saya sebenarnya teramat penat. Isteri saya sempat menegur saya. Dia bertanya kepada saya mengapa tidak tidur lagi. Saya menjawab tidak sedap hati. Akhirnya saya terlena. Lebih kurang 2.30 pagi, saya terjaga dari tidur saya. Saya membuka pintu bilik dan menuju ke ruang tamu kemudian membuka tingkap rumah. Bilangan kereta mula bertambah. Dalam hati saya, mungkin di dalam kampung, air sudah naik.

So, saya kembali tidur. Zzzzzzz.........

Tetiba saya terjaga dari tidur saya. Saya memerhati keadaan sekeliling saya. Isteri dan anak - anak saya tiada di dalam bilik tidur kami. Saya cuba bangkit dari tempat tidur saya. Tetapi saya terdengar gelak ketawa orang di luar rumah. Hati saya tidak sedap. Saya pun menjenguk ke arah tingkap rumah. Saya melihat 3 orang sedang sibuk memunggah barang sambil ketawa. Sah! Mereka nie pencuri....tiba - tiba, mereka melihat saya. Lagi mereka tergelak. Pelik...mereka semacam tidak takut.

Dengan perasaan geram, saya cuba menjerit...tetapi suara saya tidak keluar...saya berusaha juga namun tidak berjaya. Tetiba, ada tangan sedang mencuit bahu saya. Dengan rasa terkejut, saya menjerit sekuat hati saya.........

"PENCURI"

Rupanya saya bermimpi, isteri saya memanggil - manggil nama saya. Terkedu dan tergamam saya pada masa itu. Mimpi ke apa tadi?. Sempat lagi isteri saya menutup mulut saya semasa saya menjerit tadi. Setelah kembali reda...barulah isteri saya bertanya kepada saya. Apa mimpi saya sehingga saya menjerit...saya mengatakan ada orang sedang mencuri. Itu yang saya mimpi.

Tapi saya dapat simpulkan mengapa saya bermimpi sedemikian. Mungkin terlalu memikirkan keadaan kereta saya yang di luar pagar rumah. Itu sebab terbawa - bawa sampai mimpi. Lagi satu, memang saya penat sangat.

Friday, June 10, 2011

Bermain Badminton Bersama Isteri Tersayang


Bukan senang nak mengajak isteri saya bermain badminton pada waktu petang. Bila ajak mesti pelbagai alasan yang diberikan oleh beliau. Katanya tidak pandai mainlah, penatlah dan susah nak jaga anak kalau kita bermain. Namun saya tetap berusaha untuk mengajak isteri saya bermain badminton. Untuk dia juga. Orang kata, tidak perlu memaksa seseorang kerana dia akan menjauhinya lagi.

Akhirnya saya berjaya mengajak beliau bermain. Pada mulanya memang sukar untuk dia bermain kerana kali pertama memegang raket badminton. So kena ajar dia perlahan - lahan. Ajar yang asas terlebih dahulu. Baru 5 minit bermain, beliau mengatakan rasa seronok bermain badminton. Alhamdulillah! terasa gembira apabila melihat isteri saya berminat untuk bermain.
Nampaknya, keraplah kami bermain badminton bersama. Buat masa nie biarlah kami bermain di laman rumah. Jika dia sudah ok dan pandai bermain dengan baik. Mungkin saya akan mengajaknya bermain di gelanggang badminton yang sebenar....

"SEGMEN : Aku Kenal Lulu Caldina"


Ini merupakan kali pertama saya mengikuti segmen yang dianjurkan oleh bloggers lain dan blogger inilah yang paling saya minati iaitu Lulu Caldina. Bagi saya, bukan senang mahu ikut segmen - segmen dan peraduan yang dianjurkan oleh semua bloggers. Saya masih baru dan perlukan banyak penambahbaikan. Tetapi, saya lebih berminat untuk membaca blogger Lulu Caldina. So saya nak join segmen ini untuk buat kali pertama...


SEGMEN: Aku Kenal dengan Lulu Caldina 


Sebenarnya, saya suka membaca apa sahaja maklumat yang diberikan oleh Lulu Pages. Blog yang menarik, sempoi dan penuh dengan pengetahuan dengan maklumat - maklumat terkini. Tidak kiralah di luar mahupun di dalam negara. Walaupun kerap terjah blog ini namun saya sekadar silent readar dan kekadang sahaja mengomen jika saya fikir untuk berkongsi maklumat.

Bagaimana saya mengenail Lulu Caldina...


Saya akui, mungkin Lulu tidak perasan akan kewujudan blog baru seperti saya. Malah baru mula bergerak perlahan - lahan. Kewujudan blog ini bermula pada awal tahun ini juga. Saya mengenali Lulu melalui rakan sejawatan saya dan rakan blogger saya iaitu GEN2MERAH. Beliaulah yang mengajak saya mengikuti perkembangan semasa blog Lulu Caldina. Malah di blog ini juga saya mencari ilham dan maklumat terkini.
Ketika itu, followers Lulu dah mencecah ratusan orang. Dengan bantuan rakan saya Gen2Merah, saya mula membaca ruangan Lulu Pages ini. Semakin hari semakin berminat saya membaca apa sahaja yang diberikan oleh Lulu Caldina. Kira setiap hari saya membaca tidak kira waktu subuh mahupun waktu kemuncak pejabat.

Masa ini saya belum mengenali blogger Otai seperti Ben Ashaari. Saya lebih berminat kepada Lulu Pages sahaja. Sebab maklumat yang diberikan menarik perhatian saya untuk membacanya. Tambahan lagi, follower beliau suka memberi komen dan ini memberi saya pengetahuan yang baru dan dapat berkongsi maklumat yang sama

Saya akui Lulu suka pada warna biru dan Pasukan Chelsea juga. Begitu juga dengan saya. Warna yang penuh ketenangan. Walaupun warna blog saya bukan biru tetapi saya amat meminat warna tersebut kerana bagi saya ia satu ketenangan. Dan mengapa saya lebih suka melihat blog Lulu Caldina.

Hanya ini sahaja saya yang dapat saya kongsikan sebab saya masih baru mengenali Lulu Caldina tidak seperti rakan saya GEN2MERAH yang mengenalinya hampir setahun. Apapun tahniah untuk Lulu kerana berada di dunia blogger selama  setahun dan dapat bertahan sehingga kini. Followers pun, sudah mencecah angka 200 orang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...