Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Semalam Kancil berbual kosong dengan Guru Penolong Kanan Petang (GPKP) setelah berbincang mengenai aktiviti untuk perhimpunan petang semalam. Biasalah, kena maklumkan kepadanya. Sembang punya sembang, GPKP secara tidak sengaja bercerita mengenai kisah seorang ayah dan anaknya yang berlaku beberapa tahun lalu di sekolah ini.
Cerita bermula apabila seorang ayah menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa. Setiba di perkarangan sekolah, anaknya memberi tahu kepada ayah bahawa dia ternampak sejumlah wang di atas lantai. Jumlah wang yang agak besar. Ayah budak itu mengambil wang tersebut dan terus berjumpa dengan GPKP. Di pejabat GPKP, mereka menyerahkan wang itu. GPKP rasa bertuah mempunyai murid dan seorang penjaga yang jujur. Lalu dia berkata ;
"Boy! Pergi peluk ayah kamu" Murid tersebut pada mulanya teragak - agak untuk berbuat demikian. Tidak lama kemudian dia terus memeluk erat ayahnya.
"Kenapa cikgu menyuruh anak saya memeluk saya?"
"Encik telah menunjukkan satu sikap yang baik dan menjadi contoh di hadapan anak encik. Boy! Ayah kamu seorang yang jujur. Contohinya ayah kamu" Terharu mendengar kata - kata GPKP, ayah tersebut menitiskan air mata beliau.
Selang seminggu, GPKP telah memberi sedikit hadiah kepada murid tersebut di perhimpunan. Sambil memberi nasihat kepada semua murid agar menjadi contoh seperti murid ini. Jika dinilai, manusia akan buta melihat duit tersebut. Namun, atas rasa tanggungjawab dan malu terhadap anak sendiri, seorang ayah telah menunjukkan sikap baik dan harus dicontohi oleh semua ibu bapa.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.