Rakan Blogger

Sunday, January 22, 2012

Bila Ibu Bapa Abaikan Tanggungjawab

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari Jumaat lalu, banyak perkara yang telah berlaku di dalam sekolah tempat Kancil mengajar. Apa yang bakal Kancil tuliskan hanya perkongsian pengalaman dan ilmu untuk semua rakan blogger yang telah menjadi bapa dan emak atau bakal - bakal memiliki anak.

Kes 1 :

Seorang bapa memaki hamun seorang guru yang menggunakan laluan kereta untuk masuk ke sekolah. Kejadian ini berlaku apabila seorang bapa berdiri di hadapan pintu masuk sekolah sedangkan kereta guru tersebut ingin masuk ke sekolah. Dia memarahi guru tersebut kerana cuba melanggarnya. Sedangkan, beliau berada di laluan jalan raya. Disebabkan tindakan bapa tersebut, laluan kereta masuk ke sekolah sesak. Perlukah bapa seorang murid memarahi guru yang mengajar anaknya sedangkan guru tersebut hanya membunyikan hon untuk masuk ke sekolah?

Kes 2 :

Seorang murid perempuan luka di jari kerana tersentuh kaca pecah di dalam begnya. Kaca tersebut adalah bekas minumannya atau botol kaca. Kemungkinan botol kaca tersebut pecah ketika murid perempuan tersebut meletak begnya. Umum sudah mengetahui bahawa penggunaan kaca amat bahaya untuk kanak - kanak. Tapi mengapa ibu bapa membiarkan anak mereka membawa botol kaca?

Kes 3 :

Seorang murid tahun 1, sesat ketika balik dari sekolah. Pak Cik kepada murid tersebut telah memaklumkan kepada guru bahawa anak buahnya tidak dapat dijumpai. Hasil soal siasat, rupanya, pak ciknya terlewat 5 minit untuk mengambil anak buahnya. Kami pun mencari murid tersebut sekitar kawasan sekolah. Kemudian barulah di luar sekolah. Nasib baik, murid tersebut dijumpai oleh pemandu bas sekolah lalu dihantarnya di hadapan sekolah. Menurut pemandu bas, dia mengikuti rakannya kerana takut ditinggalkan.


Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349

30 comments:

khairul said...

kdg2 x semua ibu bapa adalah betul kan..kdg2 anak2 juuga perlu menegur

remyhazza said...

ibu bapa zaman sekarang tak mcm dulu..... kalau dulu... cikgu nie semua pandang mulia... skrg dieorg pulak yg tak respect guru....
mcm mana anak2 nk dpt ilmu kalau ibubapa tak berikan pengajaran yg betul.

budak kacamata said...

org skang nie pyh..tgor cket pon dh nk melenting..arap kisah2 cmnie dpt jadi pengajaaran tuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa prihatin dgn anak2 dan lebih bersikap terbuka..

Masz Sidek said...

hmmm...
kes 1 tu si bapa tu sepatutnya bagi laluan kereta cikgu tu masuk sbb dia berdiri dilaluan kenderaan...
kes 2 pulak... memang bahaya guna botol kaca... elok guna botol yg bukan dr kaca untuk keselamatan budak2...
kes 3 pulak... ibu bapa atau penjaga elok rasanya datang awal sebelum waktu balik... budak2 memang mudah takut bersendirian dan yg lebih bahaya takut budak2 terikut2 org yg tak dikenali pulak... kalau datang lewat pesan kat anak2 tunggu dlm kawasan sekolah bukan luar sekolah untuk keselamatan...

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

itulah pasalnya..bila ikut rasa sendiri je betul mcm yg kes 1 tulah jdnya..

3no gr33ny said...

ibu bapa sepatutnya berfikiran lebih terbuka dgn tanya pndpt org sekeliling utk muhasabah diri dan jgn la selalu nk salahkan orang lain..ap pula cikgu...selidik dulu..diri sendiri yang salah atau benar salahnya terletak pada orang lain.. yer dak

Eza Boom Boom :) said...

sebelum tuding jari kat orang lain, ibu bapa patut cari mana salah dorang dulu. Adeh.. Tanggungjawab mendidik anak ni, bukan tanggungjawab mudah.

Zul Fattah said...

tu r, pikir dulu sblum tibai.. demm.. pernah alami benda ni.. penampaq naik kat muka

Ckin Kembaq said...

berfikir sebelum bertindak.bukan bertindak sebelum berfikir.. haih

Yumida said...

bila kita dh tahu punca masalah berlaku..mcmmana kita nk handle masalah ni...so next time xde berulang lg..kengkdg org suka komplen..itu..ini...mmg betul..tp klo xde tindakan susulan..masalah ni akan berulang lg..

Santri T.P.I.N.I said...

kes 1 tu agaknya bapa pada murid tu tengah ada masalah agaknya sebab tu jadi mcm tu. bila kena hon je trus dia jadi hot!!

kes 2 ibu bapa memang kena ambil perhatian tentang ni sebab kaca memang bahaya. agaknya ibu bapa murid tu risau pakai botol plastik sebab kan ada efek mcm2 sekarng, sbb tu dia pakai botol kaca.

kes 3 pulak sepatutnya ibubapa atau penjaga kenala awal sikit dtg untuk jemput anaknya. kalau dah sekolah menengah tkpela boleh balik sendiri...

semua ni cabaran untuk seorang yang bernama guru... terima kasih cikgu!

Aien Not Alien said...

kes 1 : hai...sama macam kes marah2 hari tak bertempat tempoh hari ya kancil... kali ni kawasan sekolah pula...


kes 2 : ibu bapa kena pantau segala peralatan yang diguna anak2 untuk keselamatan mereka...


kes 3 : paling takut kalau kes2 hilang budak ni..nasib jumpa... macam kes adik saya hilang tahun lepas....nasib baik jumpa...


selamat petang kancil :)

Yatie Awang said...

kadang2kan ibu bapa ni..cepat benar marah..tak fikir orang lain

kes ni memang bahaya...padahal banyak lagi yang plstik punya

ala hai...kena selalu pesan kat anak2 ni...tunggu dalam kaw.sekolah biar pun lambat

p/s: blog utama akak memang dah tak berfungsi lagi, akak sendiri pun tak boleh buka, jadi ke blog ke2 akak k..klik je lah nama akak tu

Kancil 8349 said...

khairul :

betul tu...kena saling nasihat menasihati...bila dinasihati janganlah marah2 plak

Kancil 8349 said...

remyhazza :

tulah cabaran guru sekarang pada zaman nie

Kancil 8349 said...

budak kacamata :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

apa yang pasti kita ambil iktibar daripada cerita nie

Kancil 8349 said...

alam1cinta :

betul tu..

Kancil 8349 said...

3no :

betul tu..berharap dapat memperbaiki kesilapan mereka

Kancil 8349 said...

Eza :

betul tu...periksa dulu betul ke salah...semua kerana ego

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

hehehe...kena banyak bersabar

Kancil 8349 said...

Ckin :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Yumida :

betul tu...tapi kena belajar daripada kesilapan orang lain,..supaya kita tidak buat pada orang lain

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih santri...moga komen kamu akan dibaca oleh ibu bapa yang mempunyai anak

Kancil 8349 said...

Aien :

hehehe...nasib dapat jumpa adik kamu kan...

Kancil 8349 said...

Yatie :

betul tu kak...terima kasih...

maszull said...

assalamualaikum kancil...kes 1- mmg mementingkan diri x fikir org lain langsung kan...

kes 2...ada juga bebudak skg ni dibenarkan membawa botol bekalan yg diperbuat dr kaca kan bahaya tu...

kes 3...pakcik yg dtg lambat pastu nak salahkn guru2 di sekolah..dtg kenalah awal agar budak tu x jadi takut bila ditinggalkan keseorangan
nasib baik pemandu bas tu baik sanggup hantar ke sekolah balik kalau x kes naya jer...

aizamia3 said...

kes 1:
kita sedia maklum laluan keluar masuk sekolah macam mana jadi sepatutnya kena alert bila ada kenderaan keluar masuk ke dalam kawasan sekolah.

kes 2:
tak pernah bekalkan anak dengan bekas kaca

kes 3:
syukur.. dengan bantuan dari semua pihak budak itu dapat ditemui.. kalau ai.. ai akan ingatkan anak-anak supaya tunggu sampai mereka yang berkenaan datang ambil, jangan terus ikut kawan2 tanpa mengetaui ke mana arah tujuan mereka.

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
terima kasih memberi pandangan mama

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

kes 1 kes ego...ndak sedar dia berdiri di kawasan sekolah...

kes 2 betul tu

kes 3 betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...