Rakan Blogger

Thursday, January 26, 2012

Renungan Bersama : Guru Oh Guru

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Kancil jumpa pernyataan nie dalam FB adik Kancil yang mengajar di dearah Semporna. Memang bermakna untuk kita berkongsi bersama. Jom membaca dan menilai sendiri :
Bila Budak BODOH.. Cikgu dikatakan tidak pandai MENGAJAR..
Bila Budak NAKAL... Cikgu dikatakan tidak pandai MENDIDIK ..
Bila Budak MALAS.. Cikgu dikatakan tidak TEGAS...
Bila Budak TAKUT.. Cikgu dikatakan GANAS
Tapiii....
Bila Budak PANDAI ... Dikatakan.. "tengoklah siapa mak bapanya"
Bila Budak BAIK.. dikatakan " Aku didik dia elok2 kat rumah "
Bila Budak Rajin ... dikatakan " Aku Paksa dia pi Sekolah"
Bila Budak Berani ... dikatakan " Hidup Zaman Sekarang Mesti berani"
Perghhh... Mana Jasa cikgu?? 

Kalau murid dapat 5A.. jarang kita tengok cikgu kena interview rahsia kejayaannya mendidik anak murid... jarang kita tengok Cikgu diberikan 1 juta kerana melahirkan seorang cendikiawan... apapun... guru2.. Allah Majikan tertinggi kita... Insya Allah dia akan berikan kita ganjaran yang baik di dunia dan di akhirat... Amin ...
Ikhlaskan hati, Tingkatkan usaha...
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

70 comments:

maszull said...

assalamualaikum kancil...kesian kat cikgu x ada org pedulikan padahal cikgulah yg mengajar anak2 muridnya hingga pandai....sabar je cikgu kancil kebaikan yg Allah bagi cikgu lebih besar dr yg sepatutnya InsyaAllah....:)

budak kacamata said...

yg paling berjasa sering dilupakan..sedangkan segala profession kerjaya seseorg bermula drp seorg guru.. di dunia kiter sering dilupakan..namun, ganjaran di akhirat kelak pasti menanti ..

eeiyss said...

itulah kehidupan~ uhuk3

QueeN TerataI said...

Itulah hakikat dunia.... yang pahit ni cikgu2 jua terpaksa menelan.. yg manis habis di ambil org lain...

Eza Boom Boom :) said...

terhutang budi dengan cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah Eza yang dah mengajar eza. Tapi, alhamdulillah mak abah Eza tak bangga dengan diri dorang, p dorang lebih berterima kasih kat cikgu-cikgu. Sampai sekarang hubungan parents Eza ngan cikgu2 Eza tetap baik; dari cikgu tadika sampai la kat lecturer. Alhamdulillah :)

3no gr33ny said...

apalah sangat pujian dari orang berbanding dengan kepuasan apabila anak didik berjaya...

biarlah orang nak kata..yang penting kita tahu kerja kita..dan tidaklah hanya makan gaji buta

Masz Sidek said...

betul tu kancil....

Keikhlasan hati penting dlm mendidik...

Cik Meeja said...

Ape pun halnya, JUJUR & IKHLAS dalam melakukan apa saja adalah kunci kejayaan sebenar seseorang..
So, keep it up & always move forward! Chills! =)

akoo pae said...

huu btul2..
jasa guru tetap dikenang oleh para pelajar..tak terbayar dgn wang ringgit..yg pntg ganjaran Allah yg besar menanti kalian.. =)
insyaAllah.

khairul said...

kesain cikgu2..apa pon terima kaseh buat semua guru2 yg telah mengajar sy slama ini

Citra NaniZam said...

jasa tidak dikenang.. x dihargai dan mudah dilupakan.. namun begitu guru adalah org yg paling beruntung sekali kerna berkat ilmu yg diajar itu yg membawa kejayaan besar buat anak didiknya inilah yg akan menerangi guru di alam barzakh nanti.. jasa cikgu tinggi nilainya di alam barzakh Insya allah

yana-feehily said...

betul la..baru perasan..

apa2 pun jasa guru tetap dikenang ke akhir hayat. time kasih cikgu..hanya Allah dapat balas jasa kalian. didiklah anak bangsa dgn hati yg ikhlas ^^

Yumida said...

andai anak murid itu berjaya..alhamdulillah..berkat dri usaha guru n usaha ibu bapa

Muhammad Burn said...

kata2 smgt mcm ni mmg perlu... spy guru tidak mudah mengalah...

Aishah Jahirah said...

zaman dulu cikgu sgt dihormati....mak bapak mmg xkn percaya kat ank sendiri.tp zaman sekarang?cikgu blh dibuat musuh...

remyhazza said...

jasa guru akan dikenang sepanjang hayat.....
InsyaAllah , ade kebaikan disisi Allah.....nanti

Cikgu Ma said...

tu la realiti cikgu..

spontan K

cleverspider55 a.k.a alam1cinta said...

takpe budi dan jasa yg paling manis adalah yg dibls dgn pahala Allah SWT bukan dgn wang ringgit atau harta.Teruskan bakti ikhlas mengajar anak2 bangsa

Yatie Awang said...

Amin...

klaau difiki2kan betul juga apa yg kancil katakan..dimana sebenarnya jasa guru..

tapi guru adalah insan yang harus dihormati

Aien Not Alien said...

guru setia berbakti tanpa minta dipuji....saya sangat menghargai segala ilmu yang dicurahkan oleh semuaaaaaa guru2 & pensyarah2 saya...


*semua guru harus dihormati.. :)

Bobo said...

betul tu..skrg ni semua nak salahkan guru..xpelah kancil, guru2 dah ade ganjarannya disana nanti :)

Santri T.P.I.N.I said...

saya sayang cikgu-cikgu saya... terima kasih cikgu!!

ziraziz said...

jd cikgu ni mmg x mngharapkan pujian..x puji @ tak berterimakasih xpe (msh lg blh diterima)..tp jgn la smpai mngutuk..kck hati wooo.. hehe...

Phat said...

x pe la cikgu ..guru2 tetap tinggi martabat di sisi Allah.. sekarang ni mak ayah semua salah kan cikgu je..walaupun anak mereka nakal tapi percaya lah mak ayah x kan ngaku punya..kalo cikdu denda murid silap2 cikgu naik court

dhiera said...

tak pe cikgu. walau sekarang orang kurang menghargainya, sampai masa ye nanti Allah akan balas semua jasa2 guru.

ILA HonEyBuNNy said...

hehe..ya faham...selalu dengar macam tu..sebab mama cikgu jugak..eheh

anitadiana said...

sabar lah cikgu..dugaan....

nasha sanza said...

tak perlu tanya kenapa?! saya sentiasa support cikgu!k,bye! =)

aimaniman said...

yupp jasa cikgu hanya Dia yg balas..insyaallah... tugas kita ni subjektif, sebab banyak pengaruh lain kejayaan budak2 tu, tp klaau tugas dr, Dr A menyelamatkan nyawa, jelas jasanya,.. nasib la labu, org x hargai profesyen guru ni lagi...

Mak Usu said...

Biasa pandangan orang mmg macam tu..Tapi alhamdulillah Mak usu sampai sekarang masih ingat2 dengan jasa2 guru yang menjdkan Mak Usu berjaya sampai hari ini.. Setiap pandangan orang berbeza.. dan harap murid2 sendiri yang pandai mengenang jasa guru2.. tanpa mereka mungkin kita xkan pandai membaca, dan mengira sampai sekarang..

Santri T.P.I.N.I said...

sabarlah cikgu... tugas seorang adalag tugas yg mulia ibarat lilin membakar diri... tanpa guru siapalah kita sekarang ini... dengan gurulah kita menjadi doktor, engineer, menteri, arkitek dan sebagainya... kenangilah jasa GURU kita...

[sutera kasih] said...

tanpa guru, siapala kita :)
terima kasih cikgu !!

aizamia3 said...

terima kasih pada semua cikgu yang telah mengajar ai dulu.. tak terbalas rasanya..

obat stroke said...

guru adalah pahlawan tanpa tanda jasa

chegu abbas said...

itulah yang terpaksa kita tempuhi sekarang....

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam Mama,
terima kasih mama...

Kancil 8349 said...

budak kacamata :

betul tu...berharap kita tidak seperti mereka yang tahu bising

Kancil 8349 said...

eeiyss :

betul tu

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...walaupun pahit tapi guru tetap tersenyum manis

Kancil 8349 said...

Eza :

bestnya...Alhamdulillah..kena jadi contoh kalau macam tu

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

betul tu...namun orang yang bising nie akan menganggu kita sampai kita sengsara...kalau kita tidak melawan...mati katak kita dikerjakan mereka...sekurang2nya kita luahkan hati kita

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Cik Meeja :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Akoo pae :

betul tu...semoga apa yang guru berikan kita akan menerima ganjaran daripada Allah

Kancil 8349 said...

Khairul :

terima kasih kembali

Kancil 8349 said...

Citra Nanizam :

terima kasih...insya Allah

Kancil 8349 said...

Yana :

terima kasih....

Kancil 8349 said...

Yumida :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Muhammad Burn :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Aishah :

tulah zaman sekarang...setiap tahun ada gak isu sal guru...kecil pun dijadikan besar...

Kancil 8349 said...

remyhazza :

betul tu...Amin

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

betul tu...kena telan bulat2

Kancil 8349 said...

alam1cinta :

terima kasih ...amin

Kancil 8349 said...

Yatie :

betul tu...hanya masa kerja dan gaji tu mereka persoalkan sedangkan guru melahirkan insan yang berkualiti

Kancil 8349 said...

Aien :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Bobo :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih kembali

Kancil 8349 said...

ziraziz :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Phat :

itu yang bikin takut sama guru...kalau dah naik court..rosak taw rekod perkhidmatan guru...gaji ndak naik2

Kancil 8349 said...

dhiera :

Amin...terima kasih

Kancil 8349 said...

Ila :

terima kasih kerana sudi memahami kami sebagai guru

Kancil 8349 said...

Anitadiana :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Nasha :

macam sedih plak kancil baca komen kamu....terima kasih

Kancil 8349 said...

Aimaniman :

hehehe..betul tu...kena hadapi realiti sebenar

Kancil 8349 said...

Mak Usu :

terima kasih dan alhamdulillah

Kancil 8349 said...

Santri :

terima kasih santri...

Kancil 8349 said...

sutera kasih :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

aizamia3 :

betul tu...kancil sendiri pun akuinya

Kancil 8349 said...

obat stroke :

betul tu...

Kancil 8349 said...

chegu Abbas :

betul tu...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...