Rakan Blogger

Wednesday, January 18, 2012

Izinkan Aku Menyintai Kamu Semula?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie, banyak benda Kancil nak kongsikan kepada rakan blogger. Entri ini hanya perkongsian dan bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran berdasarkan daripada pengalaman yang telah Kancil lalui. Semua nie berlaku sebelum Kancil bernikah dengan isteri Kancil. Kira - kira tahun 2004 lalu.

Setelah Kancil putus cinta, Kancil mencari cinta baru. Ndak mahu tunggu lama - lama sebab bertambah luka di dalam hati. Kakak angkat kancil pernah berpesan, jika kita putus cinta, janganlah sedih sangat. Sebab orang yang curang sedang gembira dengan orang lain sedangkan kamu tidak. Kancil akui, Kancil menangis 4 jam kerana putus cinta. Tetapi sedar dari kesilapan apabila teringat pesan kakak angkat Kancil.

Akhirnya, Kancil menemui kawan baru dalam tempoh seminggu. Mulanya kami berkawan. Sentiasa berjumpa di bandar. Makan  bersama di restornan. Sehinggalah beliau kembali ke kampung halaman. Masa itulah, Kancil katakan ingin memiliki hatinya. Namun dia menolak tanpa sebab. Entah kenapa? Namun, Kancil percaya bukan jodoh Kancil.

Setelah 2 tahun berlalu, gadis tersebut menemui Kancil semula. Masa itu, Kancil sudah bekerja dan Kancil sudah mempunyai pilihan hati (isteri Kancil). Kancil meminta izin dengan kekasih Kancil untuk menemuinya. Dia mengizinkan memandangkan gadis tersebut hanya kawan biasa. Semasa pertemuan, kami berbual biasa. Bercerita tentang perkara yang berlaku dalam 2 tahun.

Di akhir pertemuan itu, gadis tersebut meminta Kancil menjawab soalan beliau:

"Aku ingin memiliki hatimu semula. Izinkan aku menyintai kamu semula?" 

Hati Kancil terkejut dan semacam tidak percaya ia berlaku pada diri Kancil pada masa tu. Namun, Kancil tetap dengan pendirian Kancil. Jawapan Kancil kepada gadis tersebut ;

"Aku sudah buang hati itu. Sekarang aku ndak pasti di mana sudah aku buangkannya. Aku minta maaf"

Kami berdiam sepanjang perjalanan. Beberapa hari kemudian, dia kembali ke kampung halaman. Kancil tidak menemuinya selepas pertemuan kami yang pertama itu. Sehingga sekarang Kancil tidak pernah berjumpa dengannya. Apa yang Kancil dengar, beliau sudah berkahwin dengan pilihan hatinya. Apa yang berlaku pada Kancil, Kancil lebih menghargai kekasih kancil (isteri kancil) kerana masa depan tidak akan pasti. Kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan.

Syukur, Kancil bahagia dengan isteri Kancil sekarang ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

42 comments:

missina said...

katakanlah masa tu kancil masih single,,adakah kancil akan terima dia semula?,,,alhamdulillah,,akhirnya sudah ketemu kebahagiaan yg dicari itu,,;)

aizamia3 said...

kekadang tak semestinya apa yang kita harapkan kita akan dapat.. syukur.. sekurang-kurangnya perempuan itu faham atas apa yang telah diterangkan oleh Kancil.. ;)

Ckin Kembaq said...

alhamdulillah..bermakna jodoh kalian tidak ada...susah gak nak terima balik tu..haih ditinggalkan dua tahun? kalu kancil single, mungkin boleh..tp dah ada bakal isteri, takkan nak terima..ye dak? ^_^ jagalah kekasih yang sekarang ni denganbaik naa.. ^_^

cik Kartun said...

fuhhh.. klu CK di tempt isteri kncil masa tu, dtg pnyakit cmburu kott.. huhuhu
btw.. alhmdullillah smua dah ok. smoga kncil & isteri kekal bhgia :)

Kazman & Sue said...

itu bukan jodoh namanya tu... takdir semua pada kekuasaan allah... syukur kancil bergembira sekarang..

Eza Boom Boom :) said...

maksudnya jodoh kancil dengan isteri kancil memang kuat. Alhamdulillah. Hee. Entah siapa jodoh Eza.. ehem..

baguznet said...

Alhamdulillah... nampaknya mmg jodoh Kancil dgn isteri skrg ini, bukan dgn dia. Moga kekal bahagia hingga akhir hayat

aReLaN said...

heheheh...moga sentiasa kekal bahagia ngan kekasih kancil a.k.a isteri kancil.tapi bagus isteri kancil bagi jmpe.kalau sye ni,jangan harap la.jmpe kawan bese pon takleh kalau berdua. :p

fiza nurani said...

Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.. semoga kalian bahagia bersam pilihan hati masing-masing. Hanya doa yang mampu kukirimkan... :)

saffiya_aleesya @ echa said...

wahh jiwang jugak tajuk entri kancil ni hehehe..pada saya betul tindakan kancil tu sebab lebih baik kita menghargai orang yang betul2 ikhlas menyayangi diri kita dari orang yang tidak tahu makna sebuah cinta..

p/s: adoiii tengok skrg saya plak dah terlayan jiwang ikut macam kancil pulak hahahha

yana-feehily said...

Moga kancil bahagia bersama keluarga.

Yana pun pernah alami jugak. bukan 4 jam menangis, berhari2,berminggu2..dan berbulan jugak. ambik masa bertahun untuk lupakan..huhu

DianaAzis said...

Alhamdulillah.. kadang-kadang bila berlaku kita selalu bertanya kenapa Allah uji kita camtu.. akhirnya, bila masa berlalu barulah kita tahu dan sedar knapa dulu Dia berikan kita luka.. :)

remyhazza said...

lupakan kenangan baru,,,, dan bahagiakan org ada disekeliling kita....
masa depan belum tentu.....
tapi masih boleh merencanakannya...

3no gr33ny said...

berbunga bahagia andai isteri Cikgu Kancil baca ni...begitu juga dengan hamba yang mahu menumpang bahagia di halaman tuan hamba =)

lady scooter said...

lebih baik hargai apa yang kita ada sekarang daripada mengejar sesuatu yang pernah hilang kan? hmm... ingat untuk diri saya jugak...:-)

maszull said...

assalamualaikum kancil...caya la keputusan kancil tu....cite kancil sama dgn cite hubby mama dulu, sebelum b'temu mama hubby pernah bertunang tapi putus atas sbb permintaan perempuan itu sendiri dan setelah b'temu mama perempuan tu ingin kembali pada hubby mama semula...alhamdullilah hubby menolak sbb dah ada pilihan yg lain...:)

Pen Biru said...

bukan sy nak puji, tapi apa yg kancil lakukan itu adalah betul

Anak Wak Mail said...

bukan jodoh namanya..;)

wah,,menjadi rebutan kancil ni..hihi..

semoga kancil bahagia selamanya dengan isteri..;)

Dylla Abas said...

hargai apa yg kita ada sebelum kita kehilangannya :)

Aishah Jahirah said...

kita kena hargai org yg terima kita dan bersama kita.xkn nak kecewakan org yg kita dah bg harapan utk org yg kita pernah suka dulukan...xfair sbb tu kisah lampau.

ciK LyndaWawa said...

aku inginkan dirimu..dtg...dan tmui aku..kan ku..katakan pdmu..aku sgt menyintai dirimu..

Kancil 8349 said...

Missina :

Kancil dah jawab soalan kamu..hehehe...baca dalam entri Jika Kancil Masih Single

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

Alhamdulillah dia faham...ada bimbang gak...

Kancil 8349 said...

Ckin Kembaq :

single pun Kancil, Kancil tidak akan terima perempuan tu kembali...terima kasih atas nasihat kamu

Kancil 8349 said...

Cik Kartun :

hehehe...dia bukan cemburu pun...dia faham keadaan perempuan tu..dan rasanya dia yakin kancil tak akan curang pada dia

Kancil 8349 said...

Kazman :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Eza :

belum nampak lagi...mungkin di depan mata bah tu

Kancil 8349 said...

baguznet :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Arelan :

hehehe...yang penting kepercayaan pada pasangan tu...tu yang buat Kancil bimbang...sebab dia percaya kancil ndak duakan dia...

Kancil 8349 said...

Fiza :

terima kasih kerana mendoakan keluarga kancil

Kancil 8349 said...

Echa :

hehehe...terima kasih

Kancil 8349 said...

Yana :

terima kasih...sesiapa pun pasti kecewa habis..bergantung dengan cara cuba hilangkan masalah

Kancil 8349 said...

DianaAzis :

betul tu..Kancil akuinya...belajar dari kesilapan memberi kita kesedaran

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

terima kasih kerana sudi membaca entri Kancil...

Kancil 8349 said...

Lady Scooter :

betul tu...Kancil sudah ada di depan mata...dan sudah mengikat janji...mana mungkin kancil mahu lukakan hati orang lain...sakit disakiti

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
wah ndak sangka cerita kancil hampir sama dengan hubby mama...

Kancil 8349 said...

Pen Biru :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

ndak juga jadi rebutan...terima kasih

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

betul tu...kancil sokong dengan pendapat kamu...

Kancil 8349 said...

Aishah :

betul tu...Kancil sokong...

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

nie lirik lagu...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...