Rakan Blogger

Thursday, January 19, 2012

Jika Kancil Masih Single

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Hari nie, Kancil ingin menjawab persoalan yang telah diajukan oleh rakan blogger Kancil. Mengenai entri Kancil semalam. Terima kasih dengan soalan tersebut. Jika Kancil masih single, adakah kancil akan menerima gadis tersebut?

Jawapannya tentu TIDAK. Kancil tidak akan menerima gadis yang pernah menolak Kancil. Bagi Kancil, cinta untuk orang tu hanya sekali. Kita memberi dia menolak dan mempersiakan apa yang ada. Entahlah mengapa Kancil kata sedemikian. Semua kerana pengalaman Kancil dan pengalaman daripada rakan - rakan Kancil yang datang meminta nasihat.

Mungkin juga disebabkan hati sakit dikecewakan dan ini akan berlaku lagi. Itu yang membimbangkan Kancil sebenarnya. Pernah seorang sahabat berkata kepada Kancil. Kau sudah meludah takkan kau mahu menjilat semula. Melalui kenyataan beliau, Kancil akui sendiri. Ndak perlu kita berhubung semula. Sebab ia akan menambah luka di hati.

Terus terang Kancil katakan disini, sebelum Kancil bertemu dengan isteri Kancil. Ramai gadis menolak Kancil tanpa sebab. Setelah Kancil berkahwin, ramai plak yang ingin kembali. Dan ada di antara mereka ingin melihat rumahtangga Kancil hancur disebabkan tidak memiliki kebahagiaan sepertimana Kancil miliki sekarang. Hampir - hampir rumahtangga Kancil musnah disebabkan talam dua muka orang tersebut.

Apapun, Kancil bersyukur dengan kejadian yang pernah menimpa dalam keluarga Kancil. Kancil bersyukur juga kerana Kancil berpindah ke kampung halaman isteri Kancil. Sekarang, Kancil lebih bahagia di daerah ini. 

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

39 comments:

Masz Sidek said...

Apa yg berlaku ada hikmahnya...
Semoga kancil dan isteri lebih memahami dan saling sayang menyayangi...
Yg cuba membuat onar tu...
Semoga sedar dan carilah kebahagian tanpa mengganggu kebahagian org lain...

ayuyuuu said...

lama tak singgah sini,kerana kesuntukn waktu utk teman2 blogger. jd bila bce entry yg ni, rasa mcm ketinggaln. sob2.

:)pray for kancil's family, may Allah bless your life now and all of us.


amin..

Anak Wak Mail said...

Jodoh kancil dengan isteri kuat i.Allah..

Betull,,tak ludah takkan nak jilat balik kan??

yang peliknya nape diorang tolak ek??

Aishah Jahirah said...

mesti ada rasa penyesalan sbb dah menolak cinta kancil dulu n sbb xjmpa yg sebaik kancil...selalu mcm tulah...

Eza Boom Boom :) said...

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Hati-hati dengan talam dua muka. Eza setuju dengan cikgu kancil, kalau kita single takde pun orang nak. Dah berpunya, baru nak bodek-bodek dekat ngan kita. hampehh.

Lulu Caldina said...

alhamdulillah semoga terus bahagia :)

QueeN TerataI said...

itulah namanya dugaan dlm perkahwinan kancil.. pasti akan ada yg dtg mengganggu krn iri hati melihat kebahagiaan yg kita bina.. dlm hal begini kalo kita x kuat tentu saja rumahtangga yg baru dibina akan hancur.. Queen sendiri pernah mengalami keadaan begini. tp Alhamdulillah hingga skrg kami msh bertahan dan bahagia bersama. InsyaAllah kancil juga begitu hendaknya.. bykkanlah berdoa semoag rumahtangga yg dibina ini dilindungi dr org yg berniat jahat..

Rapunzel Cikilolo said...

Kancil, agak-agak kalau aku dah kahwin macam tu ke?

sebabnye aku pun macam ko punye situasi, masa tak kapel lagi takde orang nak. tapi bile dah kapel decide nak kawen ni, ade pulak orang datang. macam mane eh?

lady scooter said...

itu la dugaan namanya... mungkin ujian itu diberi untuk menguji kamu dan isteri... sejauh mana kasih sayang kamu dengan isteri... gitu la...

Yatie Awang said...

pendirian kita sama...akak takkan terima orang yang sama, biarlah orang kata ego, tak memberi peluang ke2...pada akak sekali orang mengkhianati pada akak, akak takkan percaya lagi, begitu juga orang yang menolak, dia fikir dia je yang ada dalam dunia ni..

maszull said...

assalamualaikum kancil...betul tu jodoh pertemuan telah ditentukan oleh Allah hanya kita yg perlu mencarinya...:)

p/s moga kancil akan sentiasa bahagia bersama dgn isteri tercinta ye...:)

C i k P i p i T e m b a m said...

bagus2.. kalau kita pun , kita takkan trima balik.. mcm skang ni , bf cikpipi carik balik cikpipi tapi cikpipi taknak.. sbb tak snggup trluka buat kedua kalinya... baguslah klu kancil brsikap begitu... bg pengajaran sikit dekat prempuan tu.. lagipon kancil dh ada isteri.. hrgailah isteri kancil skang ni :D

Run Away said...

semuga kekal bahagia...;d

Aien Not Alien said...

hidup berumahtangga ni kalau ada orang luar yang main cucuk2 memang dugaan...

semoga rumahtangga kancil dengan isteri kekal bahagia sampai bila2... :)

syuzi syofia said...

hehe... kancil mengatakan tidak sebab itu bukan jodoh kancil... sebab.. klu itu adalah jodoh kancil.. pasti kancil akan menerimanya... (^_^)..

macam syuzi... syuzi telah 2x menolak permintaan lelaki yg sama utk memiliki hati syuzi & mungkin kerana berkat kesabarannya & ketaqwaannya yg percaya pd jodoh allah.. die mencube utk kali ke-3.. akhirnya die berjaya menambat hatiku.. yg kemudian menjadi SUAMI ku sekarang.. (n_n) ...

syuzi sendiri tak tahu kenapa syuzi menolaknya dulu.. padahal dialah lelaki yang paling suci pernah syuzi jumpa... (^_^) yang sangat menjaga adab & agamanya..

budak kacamata said...

wah..byk pengalaman cikgu kancil nie..boley la berguru pasnie..hukhuk

budak kacamata said...

wah..byk pengalaman cikgu kancil nie..boley la berguru pasnie..hukhuk

L said...

semoga bhgia dgn is3 tercenta..=)

ciK LyndaWawa said...

sesungguhnya,apa yg berlaku 2 ada hkmahnya..Allah sgala tmukan kta yg slh..n hrs rasa bersyukur unt pertemuan yg skrg..

3no gr33ny said...

mansia kn macam2..xpernah tenang tgk org bahagia...cemburu yang selalu bermaharajalela

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

terima kasih...rasanya dia sudah sedar akan kesilapannya

Kancil 8349 said...

Ayuyuu :

selamat kembali rakan blogger kancil yang satu nie..hehehe

ndak apa...boleh baca entri yang lain lagi...terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

betul tu...Kancil dah jawab soalan kamu tu...dalam entri seterusnya

Kancil 8349 said...

Aishah :

Kancil ndak baik sangat pun...hehehe...apapun terima kasih

Kancil 8349 said...

Eza :

terima kasih...berlaku pada pengalaman kancil...hehehe

Kancil 8349 said...

Lulu :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Queen :

Terima kasih Queen kerana doakan Kancil seperti itu...Kancil pun mendoakan keluarga Queen pun dilindungi daripada orang yang berniat jahat...semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Kancil 8349 said...

Rapunzel :

lain orang lain ceritanya...apapun belajar daripada pengalaman orang..insya Allah kamu dapat menanganinya nanti...

Kancil 8349 said...

Lady Scooter :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

terima kasih...betul tu kak...ini soal hati kita

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

betul tu...terima kasih mama

Kancil 8349 said...

Cik Pipi Tembam :

terima kasih...kancil tetap menghargai isteri Kancil

Kancil 8349 said...

Run Away :

dah lama menghilang...ke mana...anyway terima kasih

Kancil 8349 said...

Aien :

betul tu...terima kasih A.N.A

Kancil 8349 said...

Syuzi :

mungkin betul...namun lain orang lain pandangannya pada nilai cinta...wah...baru Kancil tahu cerita cinta kamu...apapun tahniah semoga kekal selamanya...memang tabah suami kamu tu..

Kancil 8349 said...

budak Kacamata :

ndak juga...sedikit je nie...cuma ia hanya perkongsian

Kancil 8349 said...

L :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

terima kasih...semoga kamu pun dapat jodoh yang baik..

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

betul tu...kena berhati2 lepas nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...