Rakan Blogger

Friday, January 20, 2012

Kenangan Tahun Baru Cina Di Kota Kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Minggu depan, kaum Cina akan menyambut perayaan mereka. Bunyi mercun dan tarian singa memang ada setiap masa bila perayaan nie menjelang. Pastinya, ramai yang suka menonton tarian singa. Kancil pun teruja melihat aksi - aksi penari tarian singa.

Ada kenangan lucu yang berlaku pada diri Kancil semasa perayaan ini berlangsung. Ketika itu,  Kancil baru mendapat cahaya mata. Kalau tidak silap 5 bulan usia anak pertama Kancil. Masa tu, Kancil masih lagi berada di Kota Kinabalu. Isteri Kancil mengajak Kancil untuk turun ke bandaraya. Beliau ingin menyaksikan tarian singa  dengan lebih dekat.

Apa lagi, kami bersiap menuju ke bandaraya. Kalau tidak silap, di Centre Point KK ada pertunjukkan tarian singa. Di sana, kami boleh melihat lebih dekat aksi - aksi mereka. Sampai part lucu, singa tu ambil buah oren dan lontarkan kepada penonton. Apa lagi, penonton berebut - rebut untuk mengambil buah oren yang dilontarkan oleh singa tersebut. Kancil berpaling ke belakang untuk melihat siapa yang mendapat buah oren.

Gembiranya orang cina tersebut. Ketika, Kancil berpaling semula untuk menonton singa . Tiba - tiba, sebiji buah oren mengenai dahi Kancil. Tersentak Kancil. Buah oren tersebut melambung ke atas. Semua orang melihat buah oren tersebut jatuh ke lantai. Fikiran Kancil ada orang yang akan berebut mengambil buah oren tersebut. Rupanya tiada. Kancil menyapu dahi Kancil. Isteri Kanci tergelak melihat telatah Kancil. Disebabkan malu, Kancil membawa isteri kancil beredar dari tempat tersebut.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

28 comments:

Unknown said...

adoi..seb baik x bengkak dahi :)

Ce'gu JAERA said...

tariang singa2 memang best

maszull said...

assalamualaikum kancil...hehehe buat kelakar je kan nasib baik x ada apa2 yg berlaku...:)

budak kacamata said...

haha..kngn mnis tue..hukhuk

Aien Not Alien said...

alahai...kesian kancil.. nasib nak terkena, apa boleh buat...hihi..

Apple Pearl said...

alamakkk..smbarangan ja singa tuu lontar buah oren ttuu..hehehe..

Reena Sidek said...

mesti tak perasan buah tu landing kat kancil... hehehehe

Dylla Abas said...

pelik juga kenapa org xnk ambil buah oren yg dah jatuh ke lantai tu ye..? apapun..nasib baik buah oren tu terkena dahi cikgu je...hehe :)

yana-feehily said...

smua org takut nak amik kot sebab dah kena dahi kancil..hehhe

Fiza Nurani said...

waaaa, kenapa tak ambik kancil buah oren tu. free kali. :)

Anak Wak Mail said...

memang meninggalkan kenangan betullah kat kancil kan,,kancil amik la limau tu,,makan..hihi

Cikgu Ma said...

penah tgk tarian singa dekat2..tp bukan pergi show..kebetulan taman perumahan belakang sekolah ada buat tarian..jd kami kat sekolah bleh intai sekali :)

nuranne said...

haha. nasib oren. kira ringan juga. tapi cubalah angpau ka yg dilempar. bagus jg.

Kancil 8349 said...

khairul :

tulah sebabnya...hehehe..

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

memang best...kalau diberikan peluang...mahu menari juga nie

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama...
nasib bukan anak kancil yang terkena..

Kancil 8349 said...

budak kacamata :

betul tu...kenangan ke lontar buah oren

Kancil 8349 said...

Aien Not Alien :

tulah pasal...dah takdir orang kata...

Kancil 8349 said...

Apple :

hehehe...memang macam tu cara dia menari...hehehe

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

muka pandang belakang...mana perasan oren tu terkena di dahi

Kancil 8349 said...

Dylla Abas :

hehehe...ada petanda ndak bagus kalau dorang ambi oren tu...hehehe

Kancil 8349 said...

Yana Feehily :

betul tu..mereka anggap petanda ndak baik

Kancil 8349 said...

Fiza :

hehehe...ndak bagus sudah buah oren tu,.

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

betul tu...buah tu dah jatuh lantai...tak kan nak ambil..

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

bikin jeles plak kamu nie cikgu...

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

kalau angpau...ndak dapatlah kami tengok jarak dekat...faham2 sendirilah

3no gr33ny said...

aik..mcm mna blh terkena dahi?? xsempat elak ke tuan hamba??

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

memang ndak sempat mengelak...dah di depan muka...macam mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...