Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Hari nie Kancil nak menjawab persoalan yang diajukan oleh Cik Lyndawawa. Beliau bertanya mengapa Kancil memilih warna Merah (actualy Maroon) sedangkan Kancil minat warna Biru dan Kuning. Bukan setakat dia, ramai lagi tertanya - tanya mengapa Kancil memilih warna macam tu.
Ia berlaku sekitar tahun 2005, selepas Kancil kemalangan motor di lebuhraya Klang Lama. Disebabkan kemalangan tersebut, ramai mencadangkan Kancil untuk memakai kereta. Lebih mudah dan selamat. Atas bantuan sahabat Kancil, Kancil berjaya memiliki kereta Kancil. Semasa pemilihan warna, memang niat inginkan warna biru. Cantik dan menarik. Namun sahabat Kancil mencadangkan warna lain. Katanya :
"Kita pilih warna yang belum ada di kolej tu lagi. Senanglah orang kenal kereta kamu."
Akhirnya, warna Maroon jadi pilihan Kancil. Lebih cantik dan lebih menarik Kancil rasa. Memang betul kata sahabat Kancil, warna ini belum ada di kolej. Kebanyakan warna putih, biru dan hitam. Seminggu selepas itu, Kancil menerima panggilan untuk mengambil kereta baru Kancil. Kalau tidak silap 13 hb Disember 2005. Padahal, Kancil belum ada lesen memandu lagi pada ketika itu. Hanya lesen motor.
Pada penghujung bulan Februari 2006, Kancil memiliki lesen memandu P. Dan dalam bulan tersebut, Kancil telah membawa kereta baru Kancil dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu kemudian ke Semporna. Akhir sekali ke Tawau (jumpa kekasih hati).
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
51 comments:
akak pun suka warna tu
hmm..maroon nampak menyerlah gak lau kt jlnraya..
ehehe..kita suka kete kecik..senang
wah,ayat paling bawah..kekasih hatiii yaw...hikhikhik..eh,cntik ape wrna marooon..xrmai org guna..:)
hooo..ni sejarah asal usul maroon la...
Yup. pilih warna orang xda baru senang nak orang nak kenal kereta kita.. hihi.. Jauh perjalanan nak jumpa buah hati ek.. hihi..
kereta wrna maroon nmpk Lin dari yg lain..xslh Cikgu Kancil pilih wrna tu =)
jumpa kekasih hati. haha!
jmp kekasih hati?? hehehehe cantik gak maroon tu tp Queen lbh suka putih.. hehehehe
oh macam tu cerita nya.. nak kereta juga..
alkisahnya..kiranya kancil merah tu byk kenangan la ye..hihi
al kisahnya juga.. baju tshirt sekolah gee dulu kaler maroon gak.. :)
akak kalau kereta suka warna kelabu asap atau itam je, sbb takat ni keta dan alza warna tu je, x tergerak nak warna lain kot,.. macam kasut juga, boleh 'masuk' ngan baju apa2 kalau warna itam n kelabu...
warna maroon memang dah sedia cantik...
maroon,,macam van rusa ayah saya kaler dia,,memang jarang orang pakai kaler ni kan..;)
menarik gak kaler maroon tapi untuk saya hanya hitam :D
assakamualaikum kancil...mama pun suka gak color maroon ni...:)
maroon itu menawan. kenangan tu, hee. nanti kalau beli keta lain, beli la kaler maroon jugak. baru sedondon kata orang.. hihi.:)
x ramai yg guna maroon..anyway..ok tu
baru tahu sejarah kereta kancil maroon milik kancil...hehe
*tak tahu pilih warna kereta...huhu
wahh bawak jalan2 kekasih hati naik kereta baru laa time tu yer hehehe...
ooo..gitu citernye..
kena pilih warna2 yang mencapahkan...kiranya beli kereta dulu baru dapat lesen kereta la ye....
owh..ade n0ltalgia upanya..hehe
ayat las tu yang menarik tu... akhirnya ke tawau.... teettt... hehe
Yatie Awang :
ada yang suka warna yang sama..yahoo..
alam1cinta :
betul tu...hehehe...geram kalau tengok kat kereta orang lain...hehehe
ija :
hehehe...betul tu...namun kalau dah berkahwin dan beranak pinak ...payah juga kereta kecil nie
Apple Pearl :
hehehe...kerana ramai ndak pakai...sebab tu yang paling suka
Yumida :
hehehe...macam tulah ceritanya
Mak Usu :
hehehe...betul tu...sanggup demi kekasih hati...hehehe
3no :
betul tu....
Syafiq :
hehehe..
Queen :
memang cantik putih tapi kancil ndak suka sebab mudah kotor...huhuhu
Nafisah Ruslan :
suruh BF belikan kereta
Yana :
betul tu...kenangan terindah
Cik Gee :
cantik kan maroon
aimaniman :
ooo...cantik gak kaler macam tu tapi ndak sesuai kalau di Sabah
Masz Sidek :
betul tu..
Anak Wak Mail :
betul tu..jarang orang pakai namun ia warna yang istimewa
c'axoera :
cantik gak hitam tu...hitam itu kualiti
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
alhamdulillah...
Eza :
betul tu...insya Allah...itu yang isteri Kancil nak kan
khairul :
betul tu...
Aien :
hehehe...terima kasih membaca
echa :
macam tulah ceritanya
Pen Biru :
macam tulah ceritanya
Aishah :
betul tu...agak2 dapat lesen dulu...tapi ndak sangka kereta dulu keluar
Cik Lyndwawa :
hehehe...kenangan terindah
eeiyss :
hehehe...kenangan bersama isteri dahulu kala
Hi, how you liked the game to Chelsea in the match against Barcelona?
[url=http://levitra20mgprix.com/]l e v i t r a[/url]
Post a Comment