Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Hari nie Kancil nak kongsi satu cerita yang berlaku tengahari tadi sebelum Kancil tiba di sekolah. Biasanya Kancil akan menggunakan Jalan Timur Tawau untuk ke sekolah. Tapi pada hari nie, Kancil gunakan Jalan Apas Tawau. Sebabnya Kancil ada urusan di Batu 3. Nak services kereta Kancil kesayangan...hehehe.
Selesai je urusan, Kancil terus memecut menuju ke sekolah. Dalam perjalanan, Kancil terpandang tiga orang wanita sedang bersembang di tepi jalan. Salah seorang daripada mereka berdiri betul - betul di atas jalan. Sebuah treler lalu di tepi mereka. Treler tersebut membunyikan hon kepada mereka bertiga. Tidak sangka, salah seorang memaki hamun pemandu treler tersebut. Yang sempat Kancil dengar perkataan yang keluar dari mulut wanita tersebut.
"Butakah! Mana mata kau?"
Siapa yang buta, pemandu tu ke atau wanita tersebut. Pemandu treler tersebut berada di atas jalan raya dan merupakan laluan yang paling sibuk di bandar Tawau. Manakala wanita tersebut berdiri di atas jalan raya. Rasanya, wanita tersebutlah yang buta. Dia ndak sedar bahawa tempat tersebut bukan untuk dia bersembang. Jika berlaku kemalangan siapa yang rugi. Bila Kancil cerita ini kepada rakan - rakan sekolah Kancil. Kata mereka, memang budaya orang sini.
Tapi ndak semua kan. Cuma, mereka nie kurang pendidikan mengenai keselamatan jalan raya. Peraturan - peraturan yang patut mereka ikuti. Ndak salah bersembang tapi tengok tempat di mana bersembang. Dahlah salah, marahkan orang lain. Pelik bukan. Semua nie bergantung pada pengetahuan kita. Bila cetek pengetahuan kita, mudahlah kita menyalahkan orang lain. Berbeza dengan orang berilmu, dia lebih berdiam dan memerhati keadaan sekelilingnya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
38 comments:
apalah...dimarahnya treler...
kena langgar nanti baru tahu siapa buta siapa celik..ehhh.. :)
treler x bersalah, itu memang jalan treler tu..
biasa laa tu kancil, kadang2 sesetengah orang ni harap ada otak je tp bukan nak guna otak tu sebaik2nya..
mmg marah xbertempat.. dia yg salah tempat di marah pula org yg ditepat yg betul. mmg x patut...
betul kata kamu,akibat kurang ilmu dan kurang cerdik..itulah akibatnya..
mungkin kurang pandai kot heheh
tu namanya buta perasaan... dh kena langgar baru nk nyesal !!!
tak pandai jaga keselamatan tu.. budak tadika lagi pandai..=)
mcm2 ragam pengguna jalan rayer skang..xberingat sbl kena..nanti kalo dh terhantuk, bru nk terngadah, sudah terlambat..hukhuk
dah rasakan diri kebal sgt la tu kot ek..huhuh
tak suka marah tak bertempat. kena muhasabah diri dulu, baru marah orang lain. Uish.. Keselamatan jalan raya tu penting. so semua pengguna kena bertanggungjawab. tak boleh pentingkan diri sendiri.
bahaya betul perempuan tu...
boleh melayang dan bergegar bila kenderaan besar lalu berhampiran...
Kena beringat sebelum terkena...
itulah masalahnya...kalau kena langgar, kata orang pandu lajulah..tak tengok oranglah...padahal salah diri sendiri
marah dengan treler apa guna,dilenyek sekali baru tau..
ermm hati2 ditepi jalan raya.hehee
assalamualaikum kancil...apalah org perempuan tu kalau dah kena baru padan ngan muka kalau nak berbual tu ke tepi la sedikit jadi x la menganggu kenderaan yg lalu di situ...:)
dia takut kena lanngar, itu pasal marah...
hahahaaa... itulah adat manusia zaman kini... lebih mudah salahkan org lain sblm melihat dan menilai perbuatan diri sendiri
Aien :
tulah pasal...kesian orang macam tu
ija :
betul tu...
echa :
betul tu..cuma kesian dekat dorang...bikin malu masyarakat je
Queen :
tulah pasal...bikin panas dengan orang begitu
cinnamon.com :
terima kasih...oleh itu kita pun kena tingkatkan ilmu kita...hehehe
c'axoera :
kurang pengetahuan tentang jalan raya tu
remyhazza :
betul tu...bikin panas orang je
cik Asma Bluppy :
betul tu...
budak kacamata :
tulah manusia...mudah cari kesalahan orang lain walhal salah sendiri
3no gr33ny :
ndak sedar keupayaan diri sendiri bah orang macam tu
Eza Boom Boom :
betul tu...tapi orang tu anggap dia punya jalan raya
Masz Sidek :
betul tu...tapi dia ingat dia kebal tu yang berani marah dekat orang lain
Yatie Awang :
betul tu...asyik cari kesalahan orang lain je tu
Woofer Storm :
ndak guna akal wanita tersebut...
Maszull :
Waalaikumsalam mama,
betul tu...bikin panas je dengan orang macam tu
Cikgu Ma :
hehehe..orang takut lari dari jalan raya..nie berdiri di atas jalan raya...bukan takut namanya
baguznet :
kancil sokong kenyataan kamu
dah lama hidup la tu..hihi..:)
patut kancil pergi marah mereka..
Anak Wak Mail :
hehehe...memang susah kalau kancil pergi marah...sebab bukan kawasan sekolah...hehehehe
marah treler takpa, sebab treler tak paham...hehe jangan marah tuan treler..kang kena la...hehe
Ckin Kembaq :
betul tu...hehehehe
Post a Comment