Rakan Blogger

Thursday, January 19, 2012

Mengapa Kancil Ditolak Banyak Kali?

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kancil ingin menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan blogger mengenai entri sebelum nie. Mungkin kerana beliau ingin tahu mengapa Kancil sentiasa ditolak. Kancil akui sendiri Kancil merupakan seorang manusia biasa yang kurang rupa dan tubuh badan yang kecil. Muka pun macam kebudak - budakkan. Keluarga Kancil bukan keluarga berada. Ayah Kancil seorang pemandu kerajaan dan ibu Kancil suri rumah sepenuh masa.

Mungkin Kancil ditolak banyak kali disebabkan Kancil nie mudah mesra dengan ramai orang. Mudah rapat dan mudah bergaul. Bimbang Kancil tidak dapat melayan dia. Selain itu, Kancil belum ada pekerjaan pada ketika itu. So, mungkin bimbang masa depan mereka tidak terjamin. Kancil akui sendiri dengan semua perkara tersebut. Namun, isteri Kancil tidak memilih semua itu. Baginya, rela hidup bersama walau apa keadaan sekali pun. 

Dari mana semua Kancil tahu. Semua nie dari mereka yang pernah menolak Kancil. Mereka bagitau perkara sebenar. Mereka inginkan lelaki yang menjamin masa depan mereka dari segi kekayaan. Sedangkan Kancil hanya mampu memberi kebahagiaan sahaja. Akhirnya mereka sendiri menyesal. Nasi sudah menjadi bubur. Kancil berhijrah ke Tawau untuk menjalani kehidupan yang indah bersama keluarga kecil Kancil.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil.

38 comments:

Unknown said...

sebab tulah kita x boleh memandang rupa dan harta.. semua tu boleh berubah.. nasib org kita tak tahu.. skrg siapa yg menyesal? mereka dan keluarga mereka jua...

maszull said...

assalamualaikum kancil...semoga kancil bahagia dengan pilihan hati kancil dan rumahtangga yg dibina sentiasa didalam kebahagiaan selalu InsyaAllah...:)

RHI said...

sebenarnya kan, bila akak baca kisah kancil, kancil dengan akak banyak persamaan. sikap akak macam kancil juga..memang mudah mesra dengan siapa saja...nak kata kecoh sangat tak de lah..akak boleh berkawan dengan siapa saja..asalkan dia tahu batasan, tak kiralah lelaki atau perempuan...Alhamdulillah...Allah pertemukan akak dengan seorang lelaki yang sangat memahami..

Cikgu Ma said...

moga rumahtangga kekal dalam rahmatNya...doakan saya dipertemukan dengan jodoh yg baik2 juga..=)

Nilam suhana said...

semoga kekal bahagia hingga keakhirnya k...:)

Sheila Adziz said...

erm... xpe la kancil.. janji skang bahagiakan... smg diberkati selalu k...

ciK LyndaWawa said...

sm0ga jodoh kalian berpanjangan..brg yg lepas hai jgn di kenang...

[sutera kasih] said...

hmmm..apa2 pun semoga Kancil bahagia dgn apa yg Kancil miliki skrg sampai bila2 :)

Unknown said...

sama-sama suka datang sini..selalulah updates..

Unknown said...

smoga kekal bahgia hendaknya

Anonymous said...

betul! setiap kali aku keluar dengan lelaki lain aku berniat yang semua untuk kerja je. sebab takde siape memandang aku paling cantik dalam dunia ni selain dia. huhu!

Apple Pearl said...

secara jujurnya..apple xda mmilih rupa.bagi apple jika si dia baik dan menghormati apple sebagaimana dia menghormati ibu bapanya dan menerima apple seadanya,itu sudah memadai..dan kini apple rasa dia lahh jodoh apple buat selamanya..moga hubungan kami berkekalan..Amin..Apple juga akan sentiasa doakan keluarga Encik Kancil bhagia di dunia dan akhirat..:)

3no gr33ny said...

andai hamba..cukuplah dia seorang yang beriman dan bertanggungjawab...itu sudah lengkap...

untung isteri Cikgu Kancil sebenarnya...

aReLaN said...

paras rupa dan harta tak menjamin kebahagiaan kan.hehehe..moga kancil sntiasa bahagia ngan isteri dan family.kita memang lain jenis.saya jenis susah nak mesra orang esp pompuan sebab terlebih pemalu.hahahaha

mujagirl92 said...

bile la nak kenal that lucky lady yang terplih jadi isteri kancil,, hehe

budak kacamata said...

stuju ngan kancil..kdg2 bile kite nie jnis mesra ngan sume org, da org salah tafsir..mmg sussh nk jaga hati sume pihak..tp kiter lebey taw pasal diri kiter kan..bile cg kancil nk tunjuk gmba family..asyk dgr citer jer..xpernh tgk real..hukhuk

Anak Wak Mail said...

diorang tolak,,sebab memang bukan jodoh kancil dengan dia..:)

perempuan memang nak lelaki yang menjamin semuanya untuk dia,,,tp manusia boleh berubah-ubah,,hari ni mungkin dia nampak cam tak mampu,,tp kita tak tahu akan datang dia..

Eera Shera said...

bg sy kan..cukup la kalo ada yg sanggup terima kekurangan diri, sygkan sy dan keluarga.. duit boleh cari insyaAllah rezeki utk semua

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu..yang penting kepercayaan dan keyakinan setiap manusia pasti berubah...semua datangnya daripada Allah

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
terima kasih mama..Amin..

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

Alhamdulillah...memang kita ada persamaan kak...

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

terima kasih...Kancil pun doakan kamu jumpa jodoh kamu yang baik2

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

terima kasih...Kancil pun doakan kamu jumpa jodoh kamu yang baik2

Kancil 8349 said...

Permata Biru :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Pn. Sheila :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Cik LyndaWawa :

Amin...terima kasih..

Kancil 8349 said...

[sutera kasih]

terima kasih...Amin

Kancil 8349 said...

ija :

terima kasih selalu datang singgah ke sini

Kancil 8349 said...

khairul :

terima kasih bro

Kancil 8349 said...

Rapunzel :

betul tu..hanya mata orang yang disayangi...

Kancil 8349 said...

Apple Pearl :

betul tu...kita mahu memilih yang baik hati...terima kasih mendoakan kancil

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

arelan :

hehehe...dulu kancil seorang pemalu tapi bila dimotivasikan...kancil berubah...setiap masa ada cerita menarik...jika kita malu kita yang rugi kerana tidak menghargai masa kita

Kancil 8349 said...

Nurmujahidah :

hehehe...insya Allah...nanti Kancil tunjukkan

Kancil 8349 said...

budak kacamata :

terima kasih...insya Allah Kancil akan tunjukkan gambar family Kancil

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

betul tu...mereka tidak yakin pada rezeki Allah

Kancil 8349 said...

Eera Shera :

betul tu...Kancil sokong kenyataan kamu tu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...