Rakan Blogger

Tuesday, January 10, 2012

Program Orientasi Tahun 6.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia kerana sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Kelmarin, Kancil dimaklumkan oleh rakan sejawatan bahawa ada program orientasi Tahun 6 yang mana guru bimbingan terlibat sama dalam program tersebut. Program tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi. 

Seawal 7.05 pagi Kancil sudah tiba di sekolah. Selesai mendaftar nama, Kancil terus ke tempat program. Di sana, Kancil diminta untuk memperkenalkan diri kepada semua murid tahun 6. Ramai kenal Kancil tapi tidak ramai yang mengetahui bahawa Kancil merupakan seorang guru bimbingan sekolah.

Slot untuk Kancil hanya satu sahaja, namun disebabkan program nie melibatkan unit bimbingan. Kancil mengambil keputusan untuk membantu rakan sejawatan Kancil. Kancil rasa gembira dan teruja membimbing anak murid tahun 6. Pelbagai gaya dan cara persembahan mereka. Namun, ia merupakan permulaan bagi mereka. Harapan, semoga mereka mendapat keputusan 5 A.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

24 comments:

Jahirah said...

teringat lak zaman sekolah dulu...;)

saffiya_aleesya @ echa said...

sebagai tenaga pengajar, keputusan cemerlang anak2 murid memang membanggakan seorang guru..

Anak Wak Mail said...

seronok la budak darjah 6 sebab kancil ada..;)

Reena Sidek said...

Rindu pulak zaman sekolah dulu...

maszull said...

assalamualaikum kancil...seronoknya bila memasuki era baru di sekolah semuanya menarik hati dan banyak xtvt yg diadakan ...:)

3no gr33ny said...

guru bimbingan tu mcm mna ya tuan hamba??

Unknown said...

anak sulong sy nk amik UPSR dah..

Ce'gu JAERA said...

teringat plak zaman sekolah dulu

Admin said...

Dapat tanam saham utk anak2 ini berjaya .. jasa guru akan dikenang sampai bila2 ... insyaAllah.

Unknown said...

semoga usaha kancil berjaya dan diberkati.....amin

RHI said...

anak akak tak tahulah macam mana nanti..minta2 dapat keputusan cemerlang nanti

Unknown said...

tahun 6 pun ada orentasi? wah, bestnyaa. Hope result dorang yang terhebat di sabah nanti :)

Kancil 8349 said...

Aishah :

hehehe...mesti rindu

Kancil 8349 said...

Echa :

betul tu...

Kancil 8349 said...

Anak Wak Mail :

ndak juga...mereka takut

Kancil 8349 said...

Masz :

mesti rindu pada seseorang

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,
betul tu mama...aktiviti sentiasa berubah mengikut tahun

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

nama lain bagi guru kaunseling...

Kancil 8349 said...

khairul :

semoga berjaya

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

hehehe...rindu dengan kisah lama ke

Kancil 8349 said...

HH :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

remyhazza :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Yatie Awang :

Amin...

Kancil 8349 said...

Eza Boom Boom :

Amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...