Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.
Hari nie Kancil ingin berkongsi cerita mengenai seorang murid yang sakit di dalam kelas. Murid ini sudah tahu bahawa dirinya sakit. Namun dia bersemangat untuk hadir ke sekolah. Sampai waktunya, dia muntah di dalam kelas. Wajahnya pucat dan tidak bermaya. Guru yang berada di dalam kelasnya, terus menemui guru kelasnya untuk memaklumkan kejadian tersebut.
Guru kelas membuka buku rekod kehadiran dan mencari nombor telephone penjaga kepada murid tersebut. Dia terus mendail dan emak kepada murid tersebut menjawab.
"Hello puan! Saya buat panggilan daripada sekolah anak puan iaitu ......Anak puan sedang sakit. Boleh puan datang mengambilnya di sekolah?"
"Anak saya sakit, mengapa saya perlu mengambilnya. Apa tanggungjawab kamu jika murid sakit. Bukan kamu yang sepatutnya menghantar murid sakit itu ke klinik?"
"Maaf puan! Itu bukan tanggungjawab kami."
"Tak kan tidak ada satu orang guru pun yang boleh menghantar anak saya pergi ke klinik. Saya sekarang nie sibuk."
"Maaf puan. Tiada! Saya berharap puan dapat mengambil anak puan."
"Iyalah!" terus menutup telephonenya.
Murid yang sakit dibawa ke dalam bilik guru sementara menunggu emaknya datang. Memandangkan sekolah tersebut tidak ramai bilangan guru. Murid tersebut dibiarkan berseorangan di dalam bilik guru bersama pengawal keselamatan. Sampai sahaja emak murid tersebut. Dia terus mengambil anaknya tanpa berkata apa - apa sambil menunjukkan wajah yang masam.
Berdasarkan kepada cerita yang Kancil sampaikan. Mungkin ada yang tidak berpuas hati kepada pihak sekolah. Mungkin ada yang tertanya - tanya mengapa ia berlaku seperti ini. Kancil ingin menjawab beberapa persoalan bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Mengapa guru meminta ibu bapa mengambil anak mereka yang sakit?
Guru mempunyai banyak tanggungjawab semasa berada di sekolah. Tanggungjawab bukan setakat mendidik malah menjaga keselamatan anak - anak murid di dalam sekolah khasnya di dalam bilik kelas. Jika, guru memberi tumpuan kepada seorang murid semata - mata murid tersebut sakit. Bagaimana murid yang lain? Kita tahu akan kenakalan anak kita bila tiada pengawasan. Baru 2 minit tinggalkan kelas, macam - macam boleh berlaku. Ini sebabnya, guru tidak boleh tinggalkan sekolah semasa mereka mengajar.
Tiada guru lain ke boleh menghantar murid tersebut?
Jika ada sekolah yang ramai bilangan gurunya. Pihak pentadbir tetap menghalang gurunya keluar menghantar murid ke klinik atau ke hospital. Ini kerana, jika berlaku apa - apa sepanjang perjalanan. Pihak sekolah akan dipersalahkan. Contohnya kemalangan jalan raya. Itu sekolah yang ramai bilangan gurunya. Lain lagi kalau sedikit. Tentu ndak dapat keluar. Namun, bergantung pada latar belakang sekolah tersebut. Jika sekolah luar bandar, selalunya guru akan menghantar murid tersebut ke klinik. Ini disebabkan keluarga sederhana atau tidak mampu. Ia berlaku mengikut budi bicara pihak sekolah tertentu.
Rasanya itu sahaja yang Kancil mampu kongsikan. Mungkin ada lagi yang kurang dan musykil, bolehlah bertanya kepada Kancil. Insya Allah kancil akan bantu. Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
15 comments:
ttp blh minta pembantu pengurusan murid utk menjaga murid tersebut kan...sementara menunggu ibunya dtg..klo mcm di skolah sini...ppm yg hanta budak tu ke klinik..n call kt ibubp budak berkenaan..tp klo kwsn luar bndr mcm ni..biasanya..ppm yg akan hantar terus ke umah budak tu...
tp..klo dh anak tu sakit..x perlu la dtg ke skolah..n ibubp harus bg kerjsm...
sepatutnya ibubapa pelajar mengambil langkah awal bila mengetahui anak mereka kurang sihat sebelum ke sekolah...
bg saya persoalan samada tanggungjawab guru atau ibubapa tak wujud dlm situasi seperti itu..mustahil dlm satu sekolah 2 tak ada satu kakitangan pun yg dpt hantar murid tu ke hospital?itu sakit perut tp kalau sakit lebih teruk mcmana ya?bukankah sekolah tu tempat 'mendidik'...
yuni x tau nak cakap ape..tp kasihan murid itu..persoalan siapa yg bertggungjwb susah nak dibahaskan...:(
oh cikgu....tak tahu nak kata ap..tapi memang besar tanggungjawab guru..
sebaiknya ibubapa lah yg patut lebih mengambil berat hal2 begini. Sepatutnya jika dah didapati anak tersebut sakit knp perlu anak tersebut pergi juga ke sekolah... makanya dlm perkara begini ibubapa lah yg lbh patut dipersalahkan.. msg2 ada tanggungjawab msg2.. jgn fikir sush sendiri shj.. kena pikir susah senang sama2... tak perlu nak tuding jari itu tanggungjawab siapa ini tanggungjawab siapa.. kalau msg2 tahu jlnkan tanggungjawab msg2 pasti tidak akan ada yg boleh dipersalahkan... apa2 pun segalanya bermula di rumah...
Teringat pulak Eza masa zaman sekolah dulu-dulu. Cikgu yang hantar Eza balik rumah. Eza rasa bersyukur sebab kebanyakan cikgu kat sekolah tu, saudara mara Eza jugak. Alhamdulillah.
Dalam kes entry ni, Eza rasa ibu bapa perlu ambik berat kan anak dia lebih. Kalau anak kurang sihat, tak payah je antar g sekolah. Bagi surat cuti.
Pendapat Eza lagi, murid yang tengah sakit jangan dibiarkan keseorangan. Bahaya. Mungkin boleh dicadangkan kat pihak sekolah tentang wujudnya bilik sakit yang lengkap dengan katil dan kemudahan ubat-ubatan asas. Pengawas sekolah boleh diberi tanggungjawab menjaga mereka yang sakit sementara menunggu penjaga sampai. selain, mohon kerjasama guru yang free time untuk menjaga pelajar tersebut.
Sorry, komen panjang pulak dahh :P
urrm,, bkal menempuh situasi begini nanti bila dah ngajar..=)
jom renung2 sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/kenapa-ilmu-itu-penting.html
tidak semua sekolah adalah sama..sama ada dari segi bilangan guru, murid dan macam2 lagi..terkadang ibubapa dan pihak luar juga harus bertimbang rasa...apatah lagi dengan bilangan guru yang sedkit dan perlu mengawal bilangan pelajar yang berlipat ganda banyaknya...
apa salahnya saling bertolak ansur demi masa depan anak muda dan generasi baru kita..
tapi guru juga perlu gunakan pendekatan yang berhemah dengan kesantunan bahasa dalam meminta pertolongan atau mendapatkan persefahaman dari pihak ibu bapa dan masyarakat dalam sesuatu hal
p/s : maaf panjang pula..heheh
tidak semua sekolah adalah sama..sama ada dari segi bilangan guru, murid dan macam2 lagi..terkadang ibubapa dan pihak luar juga harus bertimbang rasa...apatah lagi dengan bilangan guru yang sedkit dan perlu mengawal bilangan pelajar yang berlipat ganda banyaknya...
apa salahnya saling bertolak ansur demi masa depan anak muda dan generasi baru kita..
tapi guru juga perlu gunakan pendekatan yang berhemah dengan kesantunan bahasa dalam meminta pertolongan atau mendapatkan persefahaman dari pihak ibu bapa dan masyarakat dalam sesuatu hal
p/s : maaf panjang pula..heheh
tanggungjawab guru pada pelajar, tanggungjawab ibubapa pada anak2,
masing2 ada tanggungjawab masing2....bergantung pada keadaan juga untuk tentukan tanggungjawab siapa pada ketika kejadian kecemasan secara tiba2....
bergantung kepada keadaan....
ibubapa kena perlu lebih bertanggung jawab dlm hal nie....
pantau anak2 dari rumah... kalau dh nampak anak tak sihat.... terus bwk pi klinik......
tugasan guru disekolah selalunya padat...... tapi kalau ade yg berkelapangan....tak salah bawa anak murid keklinik....
itu sebabnya sekolah teman dulu.... klinik kesihatan sebelah pagar sekolah..... senang utk para pelajar.....
sepatutnya ibu bapa yang amik...cikgu tolong khabarkan..tpi kalu ibu bapa tak leh nak ambil, cikgu perlu menggalas tanggungjawab tu...tengok gaya perckpn ckgu tu, agak keras.memang tak patut.,mungkin ibubapanya bz betul.kenapa tak tolong kan?yang kesian kat pelajar tu....amalkan sikap memberi dari menerima...insyaAllah..sekdar peringatan sebab pernah bekerja di PASTI.. ^_^
assalamualaikum kancil...kita sebagai ibubapa ni kalau dah tahu anak kita sakit x payah suruh pergi ke sekolah tu just telepon pihak sekolah bagitahu....
kalau dah jadi mcm ni kan menyusahkan cikgu n ibubapa juga sbb terpaksa dtg ke sekolah untuk mengambil anak mereka yg sakit tu...
kan elok terus jer hantar pi klinik n dptkn MC lg senang....
bergantung pada keadaan.. tapi rasanya kalau kena pada ai.. ai sanggup balik ambil anak sebab hanya kita sebagai ibubapa yang tau keadaan anak (kalau dia ada penyakit tertentu), tapi pihak sekolah pun boleh membantu mengatasi masalah tersebut.
Post a Comment