Rakan Blogger

Tuesday, January 17, 2012

Ulang Tahun Pertama Blog Kancil 8349.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.

Tidak sangka, blog Kancil sudah berusia setahun. Dalam tempoh setahun nie, banyak cerita dan ilmu yang Kancil sendiri dapat dalam memperbaiki blog ini dan diri sendiri. Selain itu, Kancil dapat menambah kenalan di dalam alam maya. Mengingatkan kembali kali pertama membuat blog. Pada mulanya was - was sebab takut tidak sehebat rakan sejawatan Kancil iaitu Gen2Merah.

Semua bermula, apabila Kancil menemui blog Gen2Merah. Kagum dengan entri - entri beliau yang menceritakan tentang diri, keadaan sekolah dan kereta beliau. Sehinggalah satu masa, blog beliau menjadi sebutan di PPD Tawau disebabkan beliau membuat entri mengenai aktiviti program mereka. Terdetik pada masa itu, Kancil  mula meminta bantuan beliau dari segi nasihat dan pandangan. Syukur beliau tidak lokek ilmu untuk membantu.

Pada bulan pertama sehingga bulan kelima, bilangan follower Kancil masih dalam angka 17 orang. Pada ketika itu, Kancil hanya mempunyai seorang pengomen setia iaitu Gen2Merah. Atas cadangan beliau, beliau telah memperkenalkan Kancil kepada blog Lulu Caldina dan blog Ben Ashaari. Kemudian barulah blog BK. Beliau juga mencadangkan agar Kancil menyertai mana - mana segmen mereka.

Melalui 3 blogger otai, nama blog Kancil meningkat dari satu peringkat ke satu peringkat. Ini kerana Kancil menyertai mana - mana segmen mereka. Mungkin terlepas satu dua segmen yang mereka anjurkan disebabkan keadaan masa yang tidak mengizinkan Kancil untuk tidak menyertai segmen mereka. Syukur, Kancil sudah memiliki 662 orang follower. Terima kasih kepada mereka yang sudi menjadi follower Kancil.

Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa singgah ke blog Kancil. Mahu sebut satu persatu, takut ada yang terlepas. So, Kancil maklumkan kepada mereka yang menjadi pengomen dan pembaca setia di blog ini. Kancil bersyukur memiliki pengomen dan pembaca setia di blog ini.

Harapan Kancil pada blog nie masih sama seperti tahun lalu. Menjadi rujukan dan panduan kepada orang lain yang ingin mengambil bahan atau cerita yang Kancil kongsikan di dalam entri blog Kancil. Semoga blog ini menjadi blog pilihan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

42 comments:

Jahirah said...

tahniah.....teruskan berkongsi info.....slmt ulang tahun ptma utk blog ni...:)

Anonymous said...

Happy anniversary blog Kancil.. semoga byk lg ilmu yg bermanfaat boleh dikongsi bersama :)

Aien Not Alien said...

Selamat Ulang Tahun yang Pertama Blog Kancil 8349 ^_^"


maju dan terus maju kehadapan.. :)

Pen Biru said...

dahsyat la tu kancil..baru setahun follower dah beratus-ratus..sy ni bulan mac baru cukup 1 tahun..follower seratus lebih je..heheh

Lulu Caldina said...

tak sedar dah setahun usianya.. semoga lebih maju lepas ni... :)

MERAN QAMAR said...

wahh congrath................keep it up....yaaaaaaaaa

Unknown said...

tahniah.....
saya pun belum sampai setahun jagung lagi......

selamat berjaya dan selamat ulangtahun

Apple Pearl said...

yeah!! congrte ya Encik Kancil..SELAMAT ULANG TAHUN..^_^

Unknown said...

tahniah kancil.. wah setahun follower dah 500 ke atas.. satu pencapaian yg boleh dibanggakan.. semoga success selalu

RamRamCute said...

Tahinah Kancil semoga terus sukses dan Selamat Ulang Tahun yang pertama ye. :)

Sheila Adziz said...

erm... tahniah kancil... semoga maju jaya... :-)

yana-feehily said...

selamat ulangtahun yg pertama blog kancil 8349.

moga lebih sukses ^__^

Reena Sidek said...

Selamat ulang tahun kancil...
Semoga terus berjaya...

nuranne said...

Kenapa kancil guna nama kereta juga? Hehe. Anyway selamat ulang tahun untuk blog kancil. All the best in another year.

Cikgu Ma said...

selamat ulangtahun blog cikgu...teruskan berbelogging dengan entri menarik =)

Unknown said...

happy befday yang pertama blog incik kancil. hewhew.. Eza akan tetap jadi pembaca setia kat blog ni. Happy blogging. Semoga hobi berblogging ni ada manfaatnya kepada diri sendiri dan pembaca.

Kancil 8349 said...

Aishah :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Citra :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Aien :

terima kasih A.N.A

Kancil 8349 said...

Pen Biru :

terima kasih..ndak dahsyat sangat pun...Mak Dara pun sama usia dengan blog Kancil...dia sudah beribu follower

Kancil 8349 said...

Lulu Caldina :

betul tu...terima kasih

Kancil 8349 said...

Meran Qamar :

terima kasih

Kancil 8349 said...

Azam :

terima kasih...insya Allah kamu akan macam kancil juga tu.

Kancil 8349 said...

Apple Pearl :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Queen :

terima kasih...amin

Kancil 8349 said...

Rahmah Ram Ram :

terima kasih...:)

Kancil 8349 said...

Pn. Sheila :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Yana :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Masz Sidek :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Simply Seoul :

suka guna nama tu...sebab ia mewakili diri Kancil sendiri...rendah (cewah)

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

terima kasih...

Kancil 8349 said...

Eza Boom Boom :

terima kasih...Amin

Ce'gu JAERA said...

tahniah Ums... semoga blog ini akan kekal meningkat sebaik ya mungkin... sapa tau ianya menjadi top ranking pada masa akan dtg kan... all the best ums

ciK LyndaWawa said...

bagila award kat gincu merah..heheh

Unknown said...

selamat ulang tahun blog kancil !!!!

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

terima kasih...Amin

Kancil 8349 said...

Cik Lyndawawa :

insya Allah...nanti di belanja bah dia

Kancil 8349 said...

Remyhazza :

terima kasih

Uji Hussein said...

dah setahun rupanya!Moga tambah semangat untuk terus blogging dgn sokongan blogger2 sekelian ye.

3no gr33ny said...

selamat hari kelahiran buat halaman sahabat Kancil..heheh (^_^)

Kancil 8349 said...

Scarlett O'Hara :

terima kasih di atas sokongan kamu

Kancil 8349 said...

3no gr33ny :

terima kasih...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...