Rakan Blogger

Sunday, June 5, 2011

Kahwin Oh Kahwin




Bagi pasangan muda, ini merupakan hari dan kenangan yang paling istimewa di dalam hidup mereka. Dapat duduk bersama dan berkongsi hidup di dalam satu bumbung. Manakala, saudara mara dan rakan - rakan turut rasa gembira dan mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.

Dalam cuti sekolah nie, banyak jemputan kahwin yang perlu saya hadiri. Sehingga saya terpaksa membahagikan masa saya untuk ke majlis mereka. Dan ada juga yang terpaksa saya batalkan kerana jauh. Apapun hadiah yang mampu saya berikan adalah mendoakan mereka bahagia dunia dan akhirat dan mendapat cahaya mata yang baik - baik.
Hari ini sahaja, saya menerima 4 jemputan kahwin. Satu di Kalabakan, Taman Semarak, Hill Top Tawau dan Pekan Kunak. Kebetulan pula, isteri saya pun menerima jemputan juga di Kampung Sabdani. Terpaksalah kami memendekan masa kami di sesuatu tempat. Kalau bujang tu tidak mengapa dan kalau pun dah kahwin tetapi belum ada anak pun....lagi tak mengapa. Macam kes kami, terpaksa menjaga dua orang putera nie. Terlepas dari pandangan huru hara kami suami isteri mencari mereka hehehehe...

Anak - anak masih belum mengerti dan masih kecil. Kita sibuk menikmati makanan, mereka pula sibuk meneroka kawasan yang mereka anggap baru. Kekadang, berganti - ganti makan kami suami isteri untuk menjaga mereka. Tapi ia kenangan dan tentunya sakit tapi indah bila dikenang....hehehehe

Apapun, yang melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah nie, saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru...moga bahagia sepanjang hayat...amin........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...