Rakan Blogger

Sunday, June 5, 2011

Raket Baru Jenama Fleet


Sudah hampir dua bulan saya menggunakan raket baru nie namun tidak sempat mahu menceritakan mengenainya di dalam blog saya. Saya terpaksa membeli yang baru kerana yang lama iaitu Raket Yonex saya sudah bengkok terkena pukul dengan raket orang lain. Biasalah kalau orang baru belajar nie...hahaha

So saya beli yang baru dan kebetulan ada tawaran istimewa di kedai badminton di Eastern Plaza. So saya bersama sahabat Cikgu Gen2Merah pergilah ke kedai tersebut. Harganya RM 199.90 untuk satu batang raket dan ada percuma satu batang raket, tali, grib dan beg. Kira berbaloi jugalah.

Namun saya masih menggunakan raket lama saya untuk tujuan memanaskan badan. Sebenarnya raket yonex yang saya beli adalah raket untuk latihan. Sesuailah untuk memanaskan badan sebelum saya menggunakan raket Fleet. Jom kita lihat beberapa gambar di bawah...

 Beli satu percuma satu

 Grib

Beg

Kekal digunakan untuk memanaskan badan

Cerita mengenai raket Yones saya boleh kamu lihat kat sini ...Klik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...