Rakan Blogger

Monday, September 12, 2011

Anak Ponteng Sekolah, Tanggungjawab Guru?

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke  blog Kancil 8349.


Ponteng sekolah adalah masalah disiplin yang paling kerap berlaku di mana - mana sekolah. Kekadang ia masalah yang sukar dibendung oleh sesetengah sekolah apabila ibu bapa sendiri yang menggalakkan anak - anak mereka ponteng ke sekolah. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kehadiran anak mereka. Bagi mereka, anak berbaju sekolah bermakna mereka akan ke sekolah sedangkan mereka boleh melencong ke arah lain. Sebabnya tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Bila pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa anak mereka tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari. Ibu bapa pula bekeras bahawa anaknya selalu datang ke sekolah. Malah menuduh pihak sekolah sengaja mengada- adakan cerita. Sedangkan bukti rekod kehadirannya sudah ada. Bila ditanya kepada anak, pastinya jawapan anak tu betul dan dipercayai walaupun tiada bukti kukuh.

Satu kes lagi, bila anak gagal dalam peperiksaan, guru juga yang dipersalahkan sedangkan anaknya selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng kerana diizinkan oleh ibu bapa sendiri. Semuanya kerana sayangkan anak dan kalau boleh mahu turuti kehendak mereka. Tapi guru juga yang pening kepala dan guru juga yang dipersalahkan.

Minta maaf kepada semua yang pihak yang tersinggung. Bukan semua sekolah yang terkena macam itu dan ibu bapa yang bersikap seperti Kancil maklumkan. Tetapi mungkin ada di luar sana. Harapan Kancil moga masalah ponteng di sekolah bukan guru sahaja yang menghadapinya tetapi semua pihak  bertanggungjawab.

14 comments:

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

QueeN TerataI said...

betul tue.. jgn salahkan 1 pihak jer.. kalo nk ikutkan bukn salah sekolah pun kalo murid2 tu ponteng.. salah ibubapa la sebab x pantau anak2 mereka kan...

maszull said...

salam kancil....pantaulah anak2 anda semua jika tidak macam nilah jadinya memonteng tanpa pengetahuan ibubapa....:)

Kancil 8349 said...

Wanita2u

terima kasih...Kancil akan terjah kejap lagi

Kancil 8349 said...

Queen :

betul tu...ibu bapa sepatutnya memantau pergerakan anak mereka...

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam mama,
betul tu mama...terima kasih

CikGu Ma said...

kt sekolah saya memang ada 2 beradik yg selalu ponteng...seminggu persekolahan kdg2 2 hari jer datang..ni bukan kes melecong, tapi mak bapak tak ambil berat tentang pelajaran..anak tak mo pergi sekolah pun, ikut jerr...dan kesannya, anak yg di tahun 1 masih belum mengenal alif ba ta dengan baik walaupun sekarang sudah bulan 9!!

aimie amalina said...

ha
betol tu cek kancil..ni lagi satu yg cekgu cekgi bertandang ke rumah saya perihalkan ritu
alih2
cikgu jadi mangsa
haiyooooo
bersbr ye cekgu kancil =]

Kancil 8349 said...

Cikgu Ma :

kita sebagai guru rasa kesian kat bebudak sekolah. Kita lagi lebih risau tentang masa depan mereka. tapi segelintir ibu bapa buat tak tahu plak

Kancil 8349 said...

Aimie :

terima kasih...kami sebagai guru memang bersabar...kalau tak....kena buang kerja sudah kami

Eddy Dce said...

ibu bapa kna sntiasa memantau anak mereka...barulah gejala ponteng ni dpt diatasi...huhu....

Kancil 8349 said...

Eddy :

betul tu...kalau ibu bapa tidak buat apa2...anak2 lagi suka

aizamia3 said...

bila ibubapa ambil sikap mudah dan lepas tangan itu yang buat anak-anak naik lemak mengambil kesempatan.. berani buat kesalahan.. ketegasan ibubapa penting agar anak-anak tidak tercicir dan lebih suka ponteng sekolah..

kadang-kadang diktator itu perlu..

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

betul tu...biar anak menangis jangan kita yang menangis kekecewaan disebabkan mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...