Rakan Blogger

Monday, September 12, 2011

Taklimat Terakhir Untuk Murid - Murid UPSR SK St Patrick Tawau

Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia yang sudi singgah ke blog Kancil 8349.



Hari ini, semua guru sidang petang turun ke sidang pagi. Manakala semua murid kecuali tahun 6 tidak hadir ke sekolah. Ini kerana, sekolah membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada hari esok. Seperti biasa, satu taklimat khas yang disampaikan oleh Guru Besar kepada semua murid.

Dalam ucapan beliau, beliau meminta agar murid - murid bersedia dan tenang semasa menjawab peperiksaan. Sentiasa menjaga kesihatan dari segi makanan dan minuman sebelum peperiksaan. Jika berlaku keracunan, yang rugi adalah murid itu sendiri. Bagi murid yang datang jauh, diminta datang awal seperti biasa. Dan pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan minuman untuk semua murid.

Beliau juga berharap, agar murid dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang seperti mana yang telah dilakukan oleh abang - abang dan kakak - kakak mereka sebelum ini. Acara terakhir, adalah bersalaman dengan semua guru.

Kancil juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan 

Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan UPSR 

untuk semua murid tahun 6 di seluruh Malaysia yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada esok hari. Jangan hampakan usaha mak bapa kamu. Percaya pada diri.

15 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

smoga mereka berjaya :D

Niena Pengembara Ilahi said...

smoga mereka berjaya :D

aimie amalina said...

waaaaa
mesti cekgu lagi dupdapdupdap
huhuhu
gud luck sumeee!
wee
cek kancil..maceh ye bg alamat =]

Kancil 8349 said...

Niena :

Amin...itu yang kita harapkan

Kancil 8349 said...

Aimie :

tulah yang pasal....terima kasih kerana ucapkan gud luck untuk mereka...

terima kasih kembali

maszull said...

salam kancil...semoga anak2 murid cikgu berjaya hendaknya...:)

Eddy Dce said...

Gud luck pada semua yang akan menduduki peperiksaan upsr... :)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Salam Mama, terima kasih...semoga mereka dapat menjawab dengan bai

Kancil 8349 said...

Eddy :

terima kasih

hira said...

wah, nak upsr dah eh? goodluck adik-adik :D

Kancil 8349 said...

Hira :

hehehe...betul tu...terima kasih

aizamia3 said...

wah.. rindu dengan suasana macam tu..


anyway.. gooluck buat semua murid darjah 6 yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ni.. ;)

Kancil 8349 said...

Aizamia3 :

Kancil pun rindu situasi tersebut...

terima kasih dan sama2lah kita berdoa untuk mereka

~iz~ said...

memang tinggi harapan nk mereka berjaya...:)

Kancil 8349 said...

~iz~

betul tu...moga mereka berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...