Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke blog Kancil 8349.
Entri kali ini Kancil mahu meluahkan kisah lama yang Kancil tidak luahkan untuk sekian lama. Bertahun menyimpan perasaan sakit...hehehe...nak cerita siapa yang mahu berkongsi time tu. Apapun, sekadar perkongsian maklumat untuk kita semua.
Baru - baru nie Kancil ada post kat wall FB kancil mengenai tajuk di atas. Ramailah yang memberi respon yang positif (rasanya ndak ada negatif). Yang menarik minat Kancil kenyataan seorang rakan mengenai tajuk di atas. Katanya seperti ini ;
"Kalau bekerja untuk nama, pasti akan merana. Kalau bekerja untuk dipuji pasti akan dikeji. Kalau bekerja untuk pangkat, pasti akan merempat. Kalau bekerja untuk segalanya, pasti akan gila dan kalau bekerja kerana - Nya, hidup anda pasti BAHAGIA....sekadar dipinggiran"
Kancil sokong kenyataan beliau. Memang betul apa yang dikatakan oleh beliau. Tapi itulah, manusia mana yang tidak sedih bila kita buat kerja hasilnya orang lain dapat. Samalah seperti kita menanam jagung. Kita berusaha menyiram air dan menjaganya setiap hari, bila masa nak dipetik, dikebas dek pencuri. Sedih tak?
Lain situasi, penat - penat buat kerja, orang lain kata kita tidak buat kerja. Bila kerja tu menjadi dan berjaya, orang lain yang dapat nama. Kita? Orang sekeliling pasti kutuk kita sebab kita tak buat kerja padahal mereka tidak nampak siapa yang bertungkus lumus. Bohong kalau ada manusia yang dapat bersabar dengan kutukan rakan sepejabat. Mesti tertekan kan? Bila kita berhenti kerja, barulah sedar siapa yang bekerja. Tapi semua sudah terlambat.
Mungkin bukan rezeki kita dan ia bukan untuk kita. Balik kepada niat asal kita. Walaupun sebenarnya semangat kita sudah hilang untuk memulakan sesuatu kerja. Malas untuk bekerja. Kalau ada, buatlah kerja sampai lewa. Itulah yang banyak berlaku sekarang. Apapun, bekerja kerana ikhlas, minat dan keseronokannya dengan niat kerana - Nya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
43 comments:
alangkah bahagianya jika semua operkara yang kita lakukan hanyalah ikhlas semata-mata kerana Allah swt... Insya Allah keja akan senang hati..
x pe la kalo org lain yg dapat nama janji kita dah jlnkan tanggungjawab kita dengan ikhlas kan..
andai semua yg dilakukan dgn niat ikhlas semata-mata untuk allah,pasti ada ganjaran utk kita.
balas kunjungan dari blog cheq sue dieyha,terima kasih sudi singgah.
hmm...niat ikhlas tu yg utama
Kita kena nilai sendiri diri kita samada ikhlas ke idak..Kalo xikhlas 2 sebabnya org lain y dapat nama walaupun kita y bertungkus lumus membuatnya...
hmm ad 1 kisah sahabat nabi yang ad kaitan dgn perihal ni tapi hamba kurang pasti mengenainya..
tapi hamba tak akan pernah lupa tentang makna disebaliknya...
janganlah terlalu mengendahkan kata-kata manusia lain kerana tidak mungkin semua orang sempurna dan boleh memenuhi semua kehendak segala bagai permintaan umat lain
macam pepatah ni lembu punya susu tapi sapi dapat nama...
Lumrah kehidupan...
Kita buat apa yang patut kita buat...
Jangan pedulikan orang nak hargai atau tak..
Yang penting kita ikhlas kerana Nya...
rasa sakit hati bila kita penat buat tapi orang lain dapat nama.. tapi sampai bila nak mengalah.. sesekali kena tonjolkan diri yang menda tu kita yang buat dan kita perlu dapat nama..
bukan untuk membangga diri tapi hak kita, kenalah pertahankan.. jangan mudah menyerah.. 'ah.. takpe.. bukan rezeki aku..' lagi kita tak kisah lagi senang orang pijak kepala kita..
kdg2 dlm dunia nie org lebih byk nmpk keburukan kita dr kebaikan yg kita buat...
Emm tambah sakit bila orang tuduh kita lembap pulak. Seolah-olah kita punya kerja yg tak jalan.
pasti lah terasa. walaupun kita buat kerja tu ikhlas, tapi hasil kita dikatakan orang lain yg punya. jadi tak seronok nak bekerja~
tak kiralah apa org nak buat,berkerjalah kerana Allah..apa saja kita buat kerana Allah,pasti dtg ikhlas tu nnti..
semuanya bermula ngan niat kan..
tapi betul la..mmg geram pun kalo org lain dpt nama. pulak tu org ingat kita tak buat kerja pulak.
tapi aslkan kita iklas, apa yg kita bg tu dpt kt kita balik nanti (ikut pengalamn sy la)
jangan risau..pasti ada ganjaran daripada-Nya...
hmm..memang rasa sakit hati bila kita yg bersusah payah buat kerja tapi org lain yg dapat nama.masa tu nak tak nak kena la bersabar kan.agak susah.tapi ganjaran untuk org bersabar ni sangat la besar :)
singgah lepas terok kena hacked
salam kancil....betul tu semuanya kancil...org lain yg bekerja keras org lain yg dpt namanya...sungguh kejamkn apa2 pun satu hari pasti akan terbit kebenarannya...:):)
salam,
saya bersetuju dengan semua di atas...Insyaallah jika kita lebihkan bersabar, ganjarannya akan lebih hebat dan besar.
Gen2Merah :
betul tu...akan senang hati bila hati kita tidak diusik...
Phat :
betul tu...yang penting ikhlas membuatnya
Cheq Sue Dieyha :
betul tu...bukan sekarang ganjarannya tetapi di akhirat sana nanti
Niena Pengembara Ilahi :
betul tu...pasang awal2
Miss Normala :
mungkin juga tu...tapi selalunya kita diuji untuk menghadapi dugaan tersebut
Azam :
tidak dinafikan tu...memang betul
3no gr33ny :
betul tu...kancil menyokong tapi kita nie manusia...lemah pada persekitaran kita...
Santri :
tulah realitinya...
Ain1914 :
betul tu...
Aizamia3 :
betul tu...tapi kancil kata macam tu sebab nak pujuk hati kancil pada ketika tu...tak kan nak mengamuk kan...hehehe...
Tentang Kita :
betul tu...banyak benda baik, satu jahat tu je yang dibesarkan
Simply Seoul :
Kancil sokong 100%...tu melibatkan prestasi kerja kita...
dhiera :
betul tu...kita akan lemah semangat untuk bekerja...memang patut bersabar tapi sambil bila kan?
cinnamon.com :
betul tu...kerana Allah taala...moga kita dibukakah hati yang ikhlas
Eera Shera :
betul tu...masa awal kita sakit hati tetapi masa lain kita dapat yang lebih baik..
Adylia :
betul tu...
Dylla Abas :
sakit yang tidak sangka...tapi ganjaran lebih bila kita bersabar tapi setakat mana tahap kesabaran kita kan?
Khairul :
kesiannya...mengapa boleh macam tu? kes dengki nie
Maszull :
Salam mama,
tulah orang kata, kita tak kejam dengan dorang tapi orang kejam dengan kita...namun sedar ia adalah suratan takdir
Rahmah Ram Ram :
terima kasih...moga kita bersabar selalu
erm... situasi ni biasa berlaku.. tp ada betulnya komen aizamia3 tu.. makin kita mengalah makin org pijak kepala.. tp kita kenalah ambil pendekatan yang positif utk menonjolkan diri kita.. sifat ikhlas tu mmgkena ada.. kerana setiap kebaikan kita dan keikhlasan kita akan dibalas yg baik juga.. tak dapat nama mungkin ada anugerah yg lain kita akan dpt...
Queen :
terima kasih...kancil akan cari pendekatan yang positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada
mmg sedih. tp pasti akan terubat kalau ada yg sudi dgr dan faham. cth, luah pd kwn, family, atau kt blog. kalau sorang2 je, lagi lah tertekan.
Muhammad Burn :
terima kasih dengan nasihat kamu...memang betul...
Post a Comment