Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Sebagai seorang suami, Kancil akan membawa isteri Kancil makan di luar. Asyik makan di rumah je. Sekali sekala makan di luar juga kan. Lagipun, memberi penghargaan kepada isteri kerana menjaga makan minum kita. Isteri mana yang tidak suka...tentulah suka kan.
Ketika tiba di warung makan, Kancil meminta isteri Kancil turun dari kereta untuk mengambil tempat duduk manakala Kancil mencari tempat letak kereta. Setelah parking kereta, Kancil terus mencari isteri Kancil. Sampai di warung makan di mana isteri Kancil duduk. Kancil terus duduk berhadapan dengan isteri Kancil.
Tiba - tiba datang seorang mamat dari meja sebelah menuju ke meja kami. Ingatkan dia pelayan warung makan tersebut.
"Bro! Awek kau ke ni?" Kancil sekadar memandang bersahaja tanpa bersuara sepatah perkataan pun. Tapi hati memang ndak senang.
"Mungkin adik kau nie kan? Boleh aku berkenalan dengan dia." Isteri Kancil memandang wajah Kancil. Tergambar wajahnya seakan takut Kancil bertindak agresif. Lalu Kancil menjawab;
"Bro dia bukan awek aku dan bukan juga adik aku."
"Geng! Bukan awek dia" Mamat tersebut menjerit ke arah rakan - rakannya. Bersorak semua rakan mamat tersebut. Sehingga orang ramai yang memandang ke arah mereka.
"Kalau dia bukan awek kau. Tentu kawan kan?"
"Dia juga bukan kawan saya tetapi dia ISTERI SAYA. Kamu ada masalah dengan itu ke?" Mamat tersebut terkejut memandang Kancil apabila Kancil menyebut perkataan ISTERI SAYA. Lalu dia beredar dengan cepat dari meja Kancil dan terus mencapai helmetnya di meja sebelah. Melihat mamat tersebut beredar, rakan - rakan lain pun turut beredar.
Nasib juga tiada apa - apa berlaku. Sejak dari kejadian tersebut, Kancil ndak pernah sudah menyuruh isteri Kancil mencari tempat duduk berseorangan. Kali ini bersama - sama Kancil. Kalau korang dalam situasi Kancil macam manalah tu?
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
38 comments:
hahhaaaaa..kelakar jugak kan....dkna tak ada pengalaman lagi sebab belum kawen..heheeee
alahai.
mesti isteri kancil cantik :)
tapi, bro2 td tu kuangajaqqq -.-
mesti cantikkan isteri kancil =)
tapi bagus jgk kancik xbtindak agresif ngan mamat ti..mybe dye bebudak yang xtau pape g..huhu..
p janganlah tinggal isteri yang cantik sorang2 g...
aduina.. tersirap juga darah baca kisah kamu ni ums... kalau awek aku d kacau macam tu pun konfom aku panas... inikan isteri...
badigol punya mamat tu.. kena bagi penumbuk sebijik tu..
hahahaha... mesti wife muda and cun gilaa kann??? hehee .. untung laa ~ tp kita x kawen lg . hikhik
mesti wife lawa, kan.. kan..
hahaha lawak la
siapa yg tak sayang isteri...kan kancil?
ahaha lawak..untung la wife cantik..semoga bahagia;)
diorg tu salah orgla,,tak sangka dh kawin upanya,,,sabo jelah ,,len kali memg tkleh tinggl isteri yg cun melecun sengsorg tau,,,
mesti isteri cantik ni? hihi
salam kancil...wah mesti isteri kancil kecik molek org nyer n cantik tu sebab budak2 tu ingat isteri kancil adik kancil...:)
p/s semoga berbahagia yer...:)
wah... mesti isteri kancil comel n lawa kan??? hurm syukur x ada apa2 yang berlaku... hurm... dan syabas juga kerana kancil boleh mengawal emosi... :) hehehe...
Adylia :
kelakar ke...huhuhu...boleh berperang sebab nie...hehehehe..nasib ndak apa2 berlaku...ndak apa..belajar dari pengalaman orang lain...sebab itu Kancil kongsikan pengalaman Kancil
Ayuyuuu :
Cantik di mata dan di hati Kancil...:) terima kasih...betul tu...mamat tu kurang ajar...tapi Kancil kena bertenang masa tu...
3no gr33ny :
:)
sebab Tawau bukan tempat Kancil dan masa nie Kancil belum kenal sesiapa lagi...terima kasih atas nasihat kamu
nakal budak tu, nasib baik die masih ade rasa malu, klau xde rasa malu tak tahu nk ckp ape huhu
Gen2Merah :
sesiapa pun mesti panas geng...time nie aku masih kerja kat kolej dan aku belum kenal lagi ko geng...ndak ada sesiapa kawan aku di tawau sebelum nie sehingga aku bergelar guru...hehehe
CikPipiTembam :
terima kasih...belum ada rezeki tu...sabar menanti orang kata..
Lulu Caldina :
di mata dan di hati Kancil dia cantik...:)
Ana Raisya :
hehehehe...nasib tiada pergaduhan
Santri :
mestilah sayang oo...
Coklatberapi :
terima kasih...
Missina :
ingat kami nie belum kahwin...masih muda lagi masa tu...
Kahty Tuah :
di mata dan di hati Kancil dia memang cantik...
Maszull :
Salam mama,
terima kasih doakan Kancil...di hati dan di mata Kancil dia memang cantik
Permata Biru :
terima kasih...sebab Kancil berfikir, kalau bertindak emosi confirm kalah kancil sebab itu bukan kawasan kancil dan tiada kawan pada masa tu...sebab Kancil kerja di kota kinabalu
Imbobo :
betul juga tu...nasib juga mereka tahu malu
hikhikhik.. mamat tu memang berani tapi tersilap percaturan.. dan Alhamdulillah takde perang mulut..
macam ai.. ai akan pastikan en. suami ada bersama baru masuk ke dalam kedai makan.. tak pernah lagi ai masuk dulu.. sebab ai rasa macam tak selamat kalau en. suami takde.. hikhikhik.. ter gedik pulak..
hehehehe... mamat tu pun x agak2 nak mengacau orgkan? kalo En. Hubby sya confirm dia lg mengusik mamat yg suka usik org tu... tp okla tu.. as long as x jd perkara yg x elok.. kita pun kena sabar gak layan org2 yg suka mengusik ni...
waahh... berani tol mamat sengal tu... kn dh malu sndri.. hahah.. kalau seorang perempuan bersama seorang lelaki... dah jgn la kacau.. tak reti2!!!???
Aizamia3 :
betul tu...hehehe...nasib juga ndak bergaduh
Queen :
entahlah mengapa kancil kena usik...mungkin nak menduga tahap kesabaran kancil
Syuzi :
mamat tu ndak tahu kami nie suami isteri...hehehe...tapi pandai juga dia malu
melampau btol "budak" skarang ni..isteri org pun nak dirembat jgk ye..klau sy dah lama dia tu kena humban ke sungai
ini bkn cerita kelakar. sbb mungkin blaku pgaduhan yg sudah pasti kesudahannya tidak baik. tp sy stuju, perlu ambil iktibar.
Pen Biru :
dorang ndak tahu itu isteri orang...main datang kacau je...hehehe
Muhammad Burn :
terima kasih...memang betul kita ambil iktibar
Post a Comment