Selamat datang dan salam perpaduan kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.
Agak lama Kancil tidak cerita mengenai pengalaman Kancil ketika menjadi pensyarah kolej dulu. Banyak cerita dan pengalaman Kancil ingin kongsikan namun, Kancil kena cerita satu persatu. Kalau cerita kesemuanya, ada yang tidak larat membaca. Hehehe...
Kisah kali ini mengenai seorang kakitangan baru yang baru diberikan tugas untuk menjadi warden asrama. Masa sesi suai kenal, Kancil tidak ada di dalam pejabat Kancil ketika itu. Kerana Kancil ada urusan luar pejabat. Kakitangan baru ini bernama Mad (bukan nama sebenar). Dia berumur lingkungan 40 - an. Kancil tahu ada kakitangan baru, tetapi disebabkan tugas Kancil yang banyak Kancil tidak berpeluang untuk berjumpa dengannya.
Suatu hari, rakan sepejabat memberitahu ada perlawanan persahabatan bola sepak pada petang tersebut. Kancil pun tidak melepaskan peluang untuk menyertai perlawanan itu. Dipendekkan cerita, selepas perlawanan persahabatan. Kami semua berkumpul di tempat duduk pemain. Tiba - tiba Mad berkata kepada Kancil.
"Boy! Kau ambil beg aku tu. Bawa ke sini" Mad memberi arahan. Kancil buat tidak tahu sambil mengemas kasut dan tuala Kancil. Melihat tiada respon daripada Kancil, dia bersuara kembali.
"Budak nie pekak ke? Mahu kena tampar juga nie taw"
"Kau bercakap dengan siapa Mad?" tanya salah seorang pensyarah kolej. Dalam masa yang sama Kancil berganjak dari kumpulan tersebut dan berjalan kaki menuju ke kereta Kancil.
"Memang budak nie mahu kena penumbuk,"
"Woi Mad! Agak2 juga mahu menumbuk orang. Orang yang kau bawa bercakap tu pensyarah kolej." Semua orang di situ tergelak mendengar kata - kata seorang rakan.
"Dia pensyarah ke?" tanya Mad yang dalam serba salah.
Sehingga kini, Mad tidak pernah meminta maaf kepada Kancil di atas kejadian tersebut. Tetapi sejak dari itu, Mad lebih berhati - hati bila bercakap dengan orang yang tidak dikenalinya.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.
23 comments:
mgkin dia nk mintak maaf kot tp segan.. hmm, dia brhati2 tu mgkin xnk ulangi bnda yg sama & ada rsa hrmat trhdap sorg pnsyarah
bukan main 'hero' lg si Mad tu...hahaha. Pengajaran buat diri sendiri, jgn suka ckp lepas...
Entri terbaru Jom Buat Duit Dengan HeartBeat!
heran la..heran..kenapa ramai yang tak boleh bezakan kancil dengan student...dkna teka yea...dkna teka yang kancil nie awek muda sebab tu orang tak tau dia PENSYARAH! :)
Salam,saya follow sini...
memaafkan orang lebih mulia dr menunggu org meminta maaf..maaf ye..
Niena :
mungkin juga...sebab dia lebih berusia daripada Kancil...malu dan segan
Ahmad :
betul tu...macam tulah orang kata...jangan terlepas cakap
Adylia :
masa tu umur Kancil baru 23 tahun...dan berat badan pun masih 45 kg...hehehe...memang kurus betul
Cinnamon.com :
hehehe...betul tu...terima kasih...tetapi Kancil tidak marah pun keadaan macam tu...hehehe
agak kurang aja disitu..even x kenal pun kene la cakap elok2 kan
Cik Najihah :
memang kurang ajar tetapi dia ingat Kancil nie student dia...hehehe
hehehehehe.. seronok je baca pengalaman kancil nie...
owg mcm mad tu mmg berlambak kt atas muka bumi nie....
agaknya dia tengok kancil mcm student jugak tu...pastu muda belia pulak. takpela kancil, memaafkan org yg buat salah pada kita lebih baik...
Queen :
terima kasih kerana sudi membaca...
Tentang Kita :
ndak sedar status dia di muka bumi
Santri :
betul tu..dan terima kasih...
santri memang suka subjek sejarah!... terima kasih atas informasinya kancil.
santri :
minat yang sama lah...hehehe.
ur welcome
selinap darah aku ni Kancil...rasa mcm nk penyepak mamat tu !
Kancil Menggo .http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/bgr-kancil.html
alamak..mesti dia malu kan:)hehe
emmm..rindu plak kat sabah:)hehe
Khairul :
hehehe...sabar...kalau tak kita yang rugi...biasalah orang baru dapat kerja...berlagak ndak sedar diri
Yayath :
hehehe...btul tu...malu tak terkata
Pengajarannya adalah???
Berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata.. Kecil-kecil cili api.. Kusangka anak rupanya emak.. hehehe...
Post a Comment