Rakan Blogger

Tuesday, September 27, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform Siri 2 Peringkat Sekolah SK St Patrick Tawau, 2011 # 3

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Selamat datang kepada semua rakan blogger dan pembaca setia ke blog Kancil 8349.

Perkhemahan hari ketiga diteruskan lagi dengan beberapa aktiviti. Seawal 6 pagi sesudah mengerjakan solat Subuh. Semua peserta berkumpul di tapak berkhemahan untuk melakukan senaman pagi yang Kancil kendalikan. Hehehe...jawatan disandang kekal dan berpencen.

Aktiviti sama seperti semalam, Kancil tidak mahu buat senaman yang memenatkan kerana mereka perlukan tenanga untuk aktiviti mereka seterusnya. Selesai slot Kancil, mereka semua dikehendaki berkumpul di tapak perkhemahan untuk mengambil sarapan pagi. Memandangkan Kancil ada tugas baru untuk majlis penutupan. Kancil berkemas untuk balik ke rumah. Mahu pakai pakaian seragam uniform. 
Ketika Kancil meninggalkan sekolah, para peserta melakukan aktiviti yang dikenali sebagai Permainan Minda. Mereka bergerak mengikut unit masing - masing. Rasa seronok tergambar wajah mereka.

Majlis Perasmian Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah.



Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Herman Bin Kuraga, Pegawai Khas Anti Dadah Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Dengan ucapan perasmian penutupan maka berakhirlah perkhemahan siri dua untuk SK St Patrick.


Selesai upacara perasmian, sesi bergambar bermula. Terlihat di wajah anak - anak murid sedih kerana berpisah walaupun pada hari Selasa ini mereka akan berjumpa lagi. Apapun, Kancil ingin ucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya menghabiskan masa di perkhemahan uniform ini. Dan tidak lupa kepada semua guru yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahun depan kita buat yang lebih terbaik...

Terima kasih kerana sudi membaca dan tinggalkan komen di blog Kancil 8349.

8 comments:

Ce'gu JAERA said...

wahh, seronoknya perkemahan di situ... tahun ni sekola kami macam tak buat... takda bajet GB kata... ehehehe..

Kancil 8349 said...

Gen2Merah :

sayangnya geng...ndak apa tahun depan ada lagi kan...

Zul fattah said...

tringat zaman skolah dulu.. huhu.. rindu pun ada

Kancil 8349 said...

Zul Fattah :

wah mesti banyak cerita best nie kan...sesiapa pun rindu dengan kenangan tersebut lebih2 kawan rapat

Unknown said...

kenangan sewaktu sekolah rendah lah yg paling indah utk dikenangi.. zaman kanak2 la katakan.. lbh2 ;lg bila berkawin dgn rakan sekelas sewaktu sekolah rendah so kdg2 bila teringat zaman kanak2 mesti boleh tergelak dan agak menarik utk diceritakan kpd anak2.. hehehehe

korang ada? xdekan... kihkihkih

Kancil 8349 said...

Queen :

Dengkinya Kancil dengar...apapun tahniah dan semoga ia jodoh kamu kekal...

maszull said...

assalamualaikum kancil....bestkn kalau join perkhemahan mcm ni...:)

Kancil 8349 said...

Maszull :

Waalaikumsalam mama,

memang best mama..tapi guru jadi penjaga mereka je nie...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...